Pada hari ini, Iruka tersenyum lebar dengan hati yang riang. Kerinduannya terhadap anaknya dapat juga terluah. Telah sekian lama dia tak lihat wajah anak-anaknya. Tak tertidur dia semalam apabila Sasuke mengkhabarkan yang dia akan pulang bersama adik-adiknya yang lain. Sarapan yang disediakan oleh Ryu tidak tersentuh. Pada hari ini Ryu akan bercuti dua hari untuk member privasi kepada mereka sekeluarga. Dia duduk ditepi tingkap sambil merenung pemandangan luar istana. Ryusuke lupa untuk seketika.
"Ayah, saya dah pulang," ucap Matsuzawa ketika membuka daun pintu bilik bacaan ayahnya.
"Matsuzawa, selamat kembali," sambut Iruka berdiri lalu berjalan ke arah puteranya yang ketiga. Dia memeluknya erat.
"Ayah rindu kamu..mana yang lain?" Tanya Iruka lalu melihat belakang Matsuzawa. Dia seperti mencari seseorang.
" mereka pulang petang ni.. mereka masih ada kerja yang perlu diselesaikan.." terang Matsuzawa lalu masuk ke ruang bacaan ayahnya.
" kamu duduklah dulu.. ayah nak buatkan minuman..." ujar Iruka sambil tersenyum. Dia berjalan menuju ke dapur meninggalkan Matsuzawa keseorangan. Apabila kakinya berada diruang dapur, dia terlihat sarapan yang Ryu sediakan. Tanpa berfikir panjang, dia membuang makanan itu ke singki. Dia menyediakan minuman teh tanpa menghiraukan makanan yang telah dibuang. Ketika dia menatang dulang ke bilik bacaannya, dia melihat Matsuzawa sedang meneliti kertas kerja diatas meja. Ketara riak wajah puteranya sibuk dengan urusan kerja.
"Matsuzawa, jangan kerja kuat sangat.. nanti kamu jatuh sakit.." tegur Iruka dengan nada yang risau. Tersentak Matsuzawa lalu tersenyum memandang wajah ayahnya.
" ayah jangan risaulah..duduklah ayah..' Matsuzawa menjemput ayahnya duduk selepas mengambil dulang dari tangan Iruka. Dia menuangkan teh ke dalam cawan.
" kamu tidur sinikah malam ni?" Tanya Iruka lalu menghirup teh panas dengan perlahan.
" saya singgah tengok keadaan ayah.. saya takut pengawal tu tidak menjalankan tugasnya. Tapi, bila saya tengok keadaan ayah, saya rasa..saya tak perlu risau..mungkin abang Kai atau Nanaki bermalam disini.."terang Matsuzawa. Dia melihat reaksi ayahnya yang kian pudar.
" Matsuzawa..ayah teringin na rasa masakan kamu.." luah Iruka lalu memandang wajah Matsuzawa dengan penih pengharapan. Matsuzawa melepaskan keluhan lalu berdir berjalan kea rah muka pintu.
" makan malam hari ini,...adalah makanan kegemaran ayah.." ujarnya senyum sebelum keluar dari bilik itu. Iruka hanya tersenyum lalu melontarkan pandangannya keluar.
...........................................................................................................................
Suasana di dewan makan terlalu sunyi bagi Iruka. Tak ceria seperti dulu. Kalau dulu, kedengaran bunyi rungutan Itaki dan bebelan Mitsu. Sekali sekala, Matsuzawa akan memujuk Mitsu dan Itaki. Yasuko akan mengambil sayur yang tidak disentuh oleh Itaki. Hatinya begitu sakit. Entah kenapa dia terasa terlalu sunyi. Suasana dihadapannya sangat tegang. Rasanya baru sebulan mereka tidak bersama. Lainlah seperti Itou. Putera keempatnya jarang berada di istana. Dia menguruskan urusan kerja diluar kerajaan kota. Selepas dia graduasi, dia telah memasuki dunia luar. Tetapi, anaknya akan dating menemaninya setiap kali dia pulang dari misi. Karakternya tidaklah seperti Kai, tegas sepanjang masa. Dia hanya akan diam dan akan bersuara jika ada yang tidak kena dihatinya.
"Ayah..." panggil Mitsu. Iruka kembali ke alam nyata. Dia memandang puteri tunggalnya sambil tersenyum.
" kenapa Mitsu?"
" saya nak tinggalkan Itaki dibawah jagaan ayah.." jawabnya sambil memotong daging dengan pisau.
" kalau Itaki dengan saya, saya tak dapat nak buat kerja....Itaki akan menjadi sasaran musuh, sekurang-kurangnya, kalau Itaki dibawah jagaan ayah, saya rasa lega sedikit..lagipun, ada Ryu.." sambung Mitsu lalu memandang wajah ayahnya dengan serius. Ryu? Ryu bercuti hari ini sebab anak-anaknya datang. Tetapi, apa yang dia rasa kini, sama ada anaknya dating ataupun tidak, perasaanya tetap sama, sunyi.
" kami semua akan pulang esok. Ryu akan dating pada esok malam.. saya akan cakap sedikit dengan Ryu apa yang perlu.. ayah jangan Risau ya?" terang Kai. Dia cuba kurangkan kerisauan ayahnya. Iruka hanya berdiam diri. Dia meletakkan garfu dan pisau diatas pinggan sampil mengesat mulutnya menggunakan napkin.
" sekurang-kurangnya Itaki ada, taklah ayah terasa sunyi.."jawab Iruka berdiri lalu meninggalkan dewan makan. Anak-anaknya berdiam diri. Iruka berjalan mengambil angin ke taman istana sambil menghadap bunga biru yang terebntang luas. Dia duduk mencangkung sambil merenung bunga biru dengan perasaan yang lara.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.