bahagian lapan

33 3 0
                                    

Matahari telah menutup tirainya lalu timbulnya sang bulan dengan taburan bintang di langit monokrom. Awan berarak mengikut alurnya hanya kedengaran bunyi cengkerik di malam sepi. Bertemankan nyalaan api pelita, dia khusyuk menyiapkan kes pelanggan sebelum percubaan perbicaraan di mahkamah. Dahinya berkerut. Dia mengurut kepalanya yang kian sakit. Dia lansung tiada idea bagaimana nak pertahankan defenden nanti. Buktikan yang menunjukkan defenden tidak bersalah adalah sifar. Dia mengeluh lalu berdiri berjalan ke arah cermin jendela. Cahaya bulan semakin malap apabila ditutupi dengan awan yang berarak. Sekali lagi dia mengeluh berat.
            " saya jarang melihat abang mengeluh berat seperti ini.. tak dapat idea lagikah?" Tanya satu suara yang tiba-tiba muncul di perpustakaan istana itu. Dia menoleh lalu tersenyum apabila melihat pemilik suara itu.
                   " kenapa kamu belum tidur lagi? Ia akan menjejaskan prestasi mengajar kamu esok..." nasihatnya. Yasuko mengambil tempat duduk berlawanan dengan meja tempat kerja abangnya.
           " ia juga akan menjejaskan prestasi abang di mahkamah nanti..." balas semula yasuko sambil tersengih. Kai hanya tersenyum lalu mengusap rambut adiknya. Dalam ramai-ramai adiknya, hanya yasuko sahaja yang dia rapat. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
         " kenapakah?" Tanya yasuko.
         " tiada..cuma kes ini lain daripada yang lain..tiada bukti yang menunjukkan dia tidak bersalah...tetapi, menurut saksi, dia barada di tempat kejadian. Enam tempat kejadian pada waktu yang bezanya 10 minit... tiada senjata yang dijumpai...peliknya, defenden ini dia tidak mahu dibela dengan alasan dia tiada kewangan yang mencukupi..."jelas kai. Yasuko mendengar penerangan abangnya dengan penuh minat.
              " siapa yang bawa kes ni ke mahkamah sebenarnya? Latar belakang defenden..rekod jenayah defenden? Pihak pendakwa macam mana pula?" Bertalu-talu yasuko bertanya. Kai tersenyum lalu memukul kepala adiknya dengan helaian kertas. Terasa geram pun ada juga.
           " tanya satu-satulah lembap... kamu menyoal mengalahkan polis detektif..lebih baik kamu tukar profesyen kamu menjadi polis detektif..." ujar kai.
        " lecehlah jadi polis detektif...jadi guru lagi best..." jawabnya.
        " latar belakang defenden sukar  nak didapati... guna sistem arkib pun tak berjaya...tetapi, rekod jenayahnya adalah sifar...kalau pihak pendakwa raya pula..abang tak pastu..latar belakangnya sangat kabur... " jelas kai sambil berfikir panjang. Yasuko mengeluh panjang.
         " abang kai, saya ada satu idea.." senyum yasuko. Lantai kai melihat yasuko denga  perasaan minat.
           " idea apa??"
            " abang belum pernah buat lagikah cara tue? Apa kata... abang gunanya sekarang..." yasuko utarakan pandangannya. Kai hanya tersengih. Tak sangka yasuko masih lagi teringatkan cara tu. Dia tak gunakan lagi gaya tu setelah dia masuk dalam bidang perundangan. Tetapi, mungkin juga dia akan gunanya untuk pertama kali selepas jadi peguam.

Ametis : Kebangkitan RevolusiWhere stories live. Discover now