Bulan mengembang penuh pada malam itu. Matanya terkebil-kebil merenung siling biliknya. Tiada kedengaran bunyi cengkerik pada malam itu. Sunyi. Itaki mula memasuki alam mimpi. Agaknya lah kan sekarang dah pukul berapa ya? Hatinya tertanya. Dia bangun perlahan lalu berjalan keluar dari bilik tidurnya. Dia ingin mengambil angin malam di taman. Tapi, langkah terhenti. Dia berfikir sejenak. Dia duduk di tepi tingkap lalu cuba menggunakan kuasa matanya untuk melihat kawasan istana. Dia cuba tumpukan perhatian sedalam yang mungkin. Gambaran luar istana perlahan-lahan jelas dari kabur. Dia melihat kawasan luar istana. Tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian dia beralih pula kedalam bangunan istana. Sunyi. Arah tujunya pada kali ini hanya satu. Dia ingin tahu keberadaaan Ryu pada waktu ini. Biliknya masih terang. Dia melihat Ryu sedang membaca buku duduk dilantai sambil menyanadarkan tubuhnya di kaki katil. Dia cuba intai tajuk buku yang dibaca oleh Ryu. Pap! Buku itu ditutuo dengan pantas. Lantas Ryu menoleh kearahnya. Renungan matanya sangat tajam. Tidak seperti pandangan mata yang selalu dia lihat. Renungan matanya jelas kelihatan mengandungi aura membunuh.
" siapa kamu? Kalau kamu ada rancangan untuk mengganggu penghuni istana lebih naik lupakan.. saya akan pastikan kamu tidak dapat tengok matahri esok pagi.." ugutnya. Tersentak iruka mendengar nada bicara Ryu untuk seketika. Menakutkan.. dia sedar ada yang mengintainya dia tetapi, dia tidak dapat lihat wajah orang tersebut, fikirnya sejenak. Perlahan-lahan Iruka mengundurkan diri dari kuasa matanya. Terasa gerun. Pandangan mata itu masih lagi menghantui penglihatannya.dia berpatah balik ke bilik tidurnya. Dia rasa renungan mata Ryu.
" kesedaran tidak stabil rasanya?" ujarnya lalu baring diatas tilam. Dia mula merenung siling bliknya.
" Ryu, temankan saya main.." ujar Itaki. Suaranya memecahkan kesunyian bilik pada waktu itu. Hampir tergelak Iruka lalu mengusap rambut Itaki.
" sampai terbawa mimpi kah Itaki?" tanyanya. Dia terlihat senyuman Itaki sambil berbisik-bisik sesuatu. Sejak kebelakangan ni, Itaki selalu bermain dengan Ryu. Tidak lagi dia nampak wajah itaki yang kesunyian. Tetapi, apabila dia melihat suasana antara Ryu dengan itaki, Ryu hilang entah kemana. Bila ditanya, Itaki kata Ryu nak siapkan makan malam ataupun lupa nak angkat kain. Ryu seolah-olah nak larikan diri dari dia.
" Ryu, nak makan masakan Ryu.." pinta Itaki dalam tidurnya. Iruka tersenyum. Ada satu lagi dia sedar sejak kedatangan Ryu hadir dalam hidup Itaki. Tidak kedengaran lagi suara Itaki merungut tentang kandungan sayur dalam makanannya. Itaki tidak tahu latar belakang Ryu yang tidak menyenangkan. Tetapi, dia lansung tidak rasa keinginan Ryu ingin meracuni mereka berdua melalui makanan. Dia tahu serba sedikit tentang Ryu pun dari orang suruhannya. Nak mengharapkan Kai memberitahunya, lebih baik dia cari sendiri. Tetapi, maklumat yang dia perolehi masih kabur.
*************************************************************************************
" saya nak tahu perkembangan hasil siasatan kamu.." ujar Putera Muda Eki dengan wajah yang serius. Terasa ketegasan pada ungkapan bicaranya. Kedatangan Pemangku kerajaan kota Kilia ke pejabatnya tidak terjangka oleh yaze sendiri. Dua minggu telah berlalu sejak pemangku itu menggunakan perkhidmatannya. Kebiasaanya bila seseorang menggunakan perkhidmatan seperti ini, mereka akan tunggu panggilan daripada pihak berkenaan. Tetapi, bagi kes Putera muda ni agak lain daripada yang lain. Dia agak sedikit tergesa-gesa untuk mengetahui perkembangan yang sebenar. Yaze menelan air liurnya dengan perasaan yang berdebar-debar ketika menyerahkan satu sampul surat coklat bersederhana besar kepada putera muda Eki. Putera muda itu mengambil lalu membaca isi kandunggan dalam sampul itu sebelum dia melemparkannya ke atas meja. Dia berdiri lalu berjalan menuju ke cermin tingkap. Dia melontarkan pandangannya kearah kesibukan kotayang tidak pernah henti. Ketara wajahnya merah padam menahan marah dan tidak puas hati dengan hasil siasatannya. Kemudian, dia melontarkan renungannya kerah Yaze. Tajam. Boleh menorah kekebalan dan kekuatan mental.
" Buat semula... laporan kamu sama saja seperti yang lain... ingat, jangan hampa kan saya...." Perintah Putera Muda Eki lalu melangkah keluar dari pejabat itu. Dia tahu apa akan terjadi apabila perasaan marah dibawa dalam perbincangan. Yaze hanya tunduk lalu mengeluh berat setelah bayangan putera muda Eki hilang dari ruangan bilik itu. Yaze merenung laporan yang dia buat. Tidak hairanlah Putera muda marah. Maklumat yang dia perolehi sangat sikit dan tidak berkualiti.
" setiausaha Aoki, saya tidak akan masuk pejabat untuk beberapa hari ni mulai petang ni,, jadi, segala temu janji dan mesyuarat tolong batalkan... saya nak uruskan sesuatu.. kalau boleh urusan dan mesyuarat untuk dua tiga hari ni dianjakkan ke hadapan.. lagi satu, saya nak kamu minta maaf kepada mereka bagi pihak saya.. kes yang bakal diutarakan nanti, tolong lengkapkan.." arah Yaze lalu mengemas mejanya yang berselerak. Dia menyusun semula dokumen ke dalam sampul lalu diletakkan ke dalam beg. Setiausaha Aoki yang berdiri di depan pintu hanya mengangguk akur dengan arahan ketuanya. Yaze mula memakai kotnya lalu membimbit beg kerjanya.
" kalau ada sesiapa yang nak jumpa saya, sila tinggalkan pesanan.." pesan Yaze sebelum dia meninggalkan pejabat. Setiausaha Aoki mengeluh panjang.
" tuan, saya dah kerja dengan tuan hamper sepuluh tahun.. tak perlulah pesan perkara yang sama berulang kali.." rungutnya sendiri lalu duduk di tempat kerjanya untuk menyusun atur segala jadual Yaze.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Фэнтезиberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.