Dalam kesibukan kerajaan kota, terbinanya sebuah bangunan yang teguh megah. Fasiliti yang dibangunkankan sangat moden mampu menampung beberapa jabatan yang sama seperti jabatan bahagian kerajaan. Bangunan ini dimiliki oleh sebuah organisasi yang sentiasa menjadi lawan kepada pihak kerajaan. Organisasi ini merupakan pihak pembangkang bagi kerajaan kota carlot-aulia. Bagi rakyat kerajaan kota Carlot-Aulia, kediaman bangunan canggih ini digelar 'empayar kegelapan'. Terbit sahaja matahari, tempat ini akan beroperasi sama seperti organisasi kerajaan. Dalam sebuah bangunan yang tinggi, terdapat sebuah pejabat yang menempatkan pejabat seorang ketua organisasi itu. Seorang lelaki yang telah melebihi separuh abad, merenung jauh kesibukan kota dari jendelanya. Fikirannya merenung jauh sehinggalah dia mendengar pintu pejabatnya diketuk oleh seseorang.
" Tuan Yaze, putera kerajaan Kilia telah sampai..." ujar satu suara perempuan disebalik pintu pejabatnya. Pemilik suara itu merupakan setiausahanya, setiausaha Aoki.
" masuk.." arahan ringkas. Daun pintu telah dibuka. Seorang perempuan melangkah masuk diikuti oleh seorang pemuda yang berusia lingkungan 20an. Yaze menoleh kearah tetamunya lalu senyum hormat.
" selamat datang ke kerajaan kota Carlot-Aulia, putera muda Eki.." ucap Yaze lalu berjalan mendekati Putera raja tersebut.
" putera muda, dia adalah Tuan Yaze.." perkenal setiausaha Aoki. Putera muda itu hanya tersenyum lalu menyambut salaman Yaze yang dihulurkannya sebentar tadi. Yaze mengisyaratkan setiausahanya menyediakan minuman kepada Putera muda itu. Setiausaha Aoki mengangguk faham lalu melangkah keluar dari pejabat Yaze. Yaze mempelawa Putera Muda Eki duduk di sofa.
" saya dimaklumkan oleh setiausaha Aoki yang Tuanku nak jumpa saya.." ujar Yaze sebagai pembuka bicara antara mereka berdua.
" saya ada dengar khabar angin yang Tuan ada menawarkan satu perkhidmatan yang dikenali sebagai arkib data.." ujar Putera muda Eki lalu mengeluarkan beberapa keeping gambar lalu diletakkan diatas meja. Yaze merenung gambar itu sebelum memandang wajah Putera raja kerajaan kota kilia. Wajah pewaris kerajaan kota Kilia tiada unsur gurauan.
" carikan saya maklumat tentang mereka.." terus terang putera Muda Eki dengan nada tegas. Yaze berfikir sejenak sebelum membetulkan posisi duduknya.
" kenapa pilih perkhidmatan saya?" Tanya Yaze dengan perasaan yang ragu-ragu. Bagi dia, agak pelik putera Muda Eki menggunakan perkhidmatan Arkib Data yang dikelola olehnya sendiri. Dari segi kepakaran mendapatkan maklumat, Kerajaan Kota Kilia lagi hebat daripada Kerajaan Kota Carlot-Aulia. Cara mereka mendapatkna maklumat sangat licin sehinggakan satu jejak pun tidak terlepas dari mata mereka.
" kamu adalah perkhidmatan yang terakhir setelah pakar pembekal maklumat kerajaan kota yang lain gagal.." jawab Putera Muda Eki lalu menenggelamkan tubuhnya kedalam sofa yang empuk. Terasa hilang lenguhnya untuk seketika. Yaze mengetip bibirnya sambil berfikir sejenak.
" jangan kecewakan saya.. ambil masa kamu.. saya tidak akan pulang ke kerajaan kota kilia sehinggalah kamu jumpa maklumat yang saya mahu.." tegas Putera Muda Eki berdiri lalu mengundurkan dirinya keluar. Perbincangan antara mereka berdua terhenti begitu sahaja.
" saya akan buat yang terbaik.." janji Yaze lalu tunduk hormat. Putera muda Eki mengangguk perlahan lalu melangkah keluar dari tempat itu. Sebaik sahaja dia keluar, Yaze menghela nafas lega. Aura Putera muda itu lain daripada yang lain. Dia tidak pernah jumpa orang seperti dia.
" itulah Putera Muda Eki untuk masa depan kerajaan kota disana..' ujarnya perlahan lalu merenung wajah pada gambar yang diserahkan pada dia tadi.

YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.