bahagian tiga

106 8 0
                                    

      "Itaki,makan sayur ni...," marah mitsu pada anak tunggalnya yang berusia lima tahun.
        " tak mahu..sayur tak sedap..itaki tak suka sayur..itaki nak kek,nak aiskrim.."berontaknya sambil menghentak kakinya ke lantai.
         "Jangan nak melawan cakap ibu...makan sayur ni.." marahnya.
     " tak ma-hu!" Jerit itaki lalu menangis.
       " hei,mitsu...tak penatkah bergaduh setiap pagi?" Tanya nanaki sambil menongkat pipinya.
         " itaki...kalau tak makan sayur, nanti itaki tidak membesar..."pujuk yasuko tetapi itaki mengendahkan pujukan yasuko.tangisannya semakin kuat.matsuzawa hanya mengeluh.
      "Baiklah,saya tidak masak sayur lagi.." pujukan terakhir matsuzawa yang ditujukan kepada itaki.itaki memandang matsuzawa dengan air mata yang berlinangan.esakannya masih kedengaran.
        " betul ni,tuan matsuzawa?"tanya itaki untuk mendapat kepastian.
         " betul..khas untuk itaki..."jawabnya sambil mengusap kepala itaki.
         " abang matsuzawa!"bantah mitsu sambil menghentak tangannya di atas meja.
           " mitsu,cukuplah tu.."tegur ayahnya yang muncul bersama sasuke.
            "Tetapi,ayah-"
             " ayah tak pernah ajar anak ayah dengan didikan sebegitu rupa..." tegas iruka lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.suasana menjadi tegang dan dingin.mitsu menyuap makanannya ke mulut dengan perasaan yang tidak puas hati.hanya kedengaran pinggan dan sudu sahaja yang berlaga.
          " abang sasuke, lepas ni saya nak pergi ke wilayah saya..saya akan pulang esok malam..."ujar miyata sambil memandang abang sulungnya.
         " persidangan tentang apa pula kali nie?" Tanya itou.
           " saya sendiri tidak pasti,abang itou..mereka nak berbincang tentang sesuatu perkara tetapi mereka tidak memberitahu lagi tentang apa..."terang miyata.
         "Miyata,hati-hati.."pesan abang sulungnya dengan wajah yang serius.miyata hanya mengangguk faham.
         "Yasuko.."panggil iruka sambil memandang ke luar cermin tingkap.
         " kenapa ayah?" Tanyanya dengan perasaan pelik dan hairan.
           " kamu pastikah yang kamu tidak terlambat masuk mengajar?" Tanya ayahnya sambil menunjuk ke arah cermin tingkap. Membesar mata yasuko apabila melihat pelajarnya melambai tangan ke arahnya.
           " habislah, saya dah lambat," ujarnya lalu menghabiskan sarapannya dengan secepat mungkin.
          " terima kasih atas makanannya!" Ucap yasuko lalu berlari keluar.
         " yasuko,jangan berlari selepas makan....nanti kamu muntah!" Tegur iruka. tetapi tidak diendahkan oleh yasuko.
       " lembap... sengaja pelajarnya mengenakan dia.." terus terang kitsune lalu mengelap mulutnya. Ranmaru hanya tersengih mendengar adik bongsunya mengejek.
        " kamu pun jangan lambat...ada banyak kerja sedang menunggu kamu.."tegur iruka pada anak-anaknya.
       " baiklah ayah.."akur hiro yang tidak pernah membantah cakap ayahnya. pergerakan mereka semakin pantas mengejar masa mereka yang begitu terhad. Oleh sebab itu jugalah,dia berseorangan di meja makan. Itaki mula dihantar ke akademi sebelum mitsu pergi kerja.keadaan begitu sunyi setelah dia menurunkan takhta pemerintahannya kepada anak-anaknya.
         " tuan iruka..."
         " saya okey,ichi..." ujarnya kepada pembantunya yang sentiasa berada disisinya.
          " saya cuma risau yang...mereka mengulangi kesilapan saya yang lalu..." luah iruka dengan perasaan yang risau yang tidak mampu dia bendung.
         " tuan jangan risau... tuan hanya yakin yang tuan telah pun buat apa yang patut tuan buat.." pujuk ichi tetapi iruka hanya senyum paksa.
         " tetapi..adakah ryusuke dan rika terima dengan apa yang telah saya buat?" Tanyanya.ichi hanya membisu. Dia tahu dia tidak layak untuk mengutarakan pendapatnya sebab ketika itu, dia juga berada pada hari kejadian hitam itu.

Ametis : Kebangkitan RevolusiWhere stories live. Discover now