" yo,kitsune....selamat kembali..." sapa rakan sekerjanya, shou. Dia hanya tersenyum lalu kembali pada tempat kerjanya. Shuu menarik kerusinya lalu duduk disebelah kitsune.
" ne...apasal muka sedih ni?? Kena tinggal kekasih?" Tanya shuu sambil memelukk dinding kerusinya." hoi...saya tiada kekasihlah...langsung tiada orang yang nak pun...lainlah kamu, perempuan keliling pinggang...."marah kitsune sambil menyusun kertasnya yang berselerak.
" adeh...orang nie...yalah... kamu ada rupa..takkan tiada yang nak?" Tanyanya. Kitsune hanya berfikir sejenak. Bukan dia tidak mahu, sejak peristiwa itu hanya satu sahaja yang tetap dalam kamus hidupnya, kemaafan dari ryusuke.
" kitsune...." penggil kiiri. Kitsune menoleh ke arah kiiri yang mejanya berada dibelakangnya.
" shuu sebenarnya risaukan kamu...bukan shuu saja, saya,penolong dan ketua bagi bahagian kita pun risaukan kamu.... sejak kamu masuk...bukan itu yang saya nak cakap sebenarnya...kalau ada masalah, jangan tanggung sorang diri...tak perlu nampak kuat...kalau kamu rasa gagal sekalipun,jangab tahan..rehat sekejap kemudian bangun...."nasihat kiiri sambil tersenyum. Bibirnya menggeletar tetapi dia cuba untuk mengukir senyuman.
" terima kasih..." ucapnya. Shuu mendengus.
" apasal tak berterima kasih dengan saya?? Saya ada tolong juga tadi... ada juga saya buang bunga biru ni ke laut nanti..." acah shuu lalu menggapai pasu bunga yang terletak di sudut meja kitsune." hoi..jangan..yang ini jangan kacau..." kitsune rampas semula pasu bunga yang menjadi tempat bunga biru.
" saya tidak kisah kamu nak buang atau ambil barang-barang saya.... cume bunga ni...jangan diusik..sebab...bunga ini penyesalan saya...dan juga harapan saya..." ujar sayu kitsune. Matanya merenung lantai. Suasana mula kembali sunyi.
" maaf..." ucap shuu tanda dia berasa serba salah. Tiba-tiba, siren bangunan itu kedengaran menandakan perhimpunan kecemasan telah diadakan.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.