Bahagian 27

34 3 1
                                    

Iruka menyuap makanan ke mulut sedikit demi sedikit. Makanan pada pagi itu tidaklah berat dan tiaklah ringan. kalau diukur dalam ranking, ia dikira sebagai neutral. Tidak kedengaran rungutan Itaki setiap kali jumpa sayur dalam pinggannya. Hanya pertanyaan dan ingin tahu yang keluar dari mulut budak kecil tu. Iruka hanya menjawab sepatah demi memuaskan hati cucunya. Gaya masakan Ryu tidak sama dengan gaya masakan Matsuzawa. Ryu seperti tahu cita rasa seseorang. Tanggapannya selama ni terhadap Ryu semakin pudar. Dalam otaknya ligat berfikir rancangan selepas ini. Dulu, ketika dia masih memerintah, dia tiada peluang langsung untuk meluangkan masa bersama anaknya. Bila anaknya dah memegang tampuk pentadbiran, dia terasa sunyi di istana. Dia meletak garfu di atas pinggan lalu mengusap lembut rambut Itaki. Andai kata ketika itu dia tidak bodoh, dia pasti dapat melihat Ryusuke membesar. Telatahnya, kegemarannya, gelak ketawanya, dan perkataan yang ingin dia dengar adalah ayah. tapi dia telah mensia-siakan semua peluang.  Itaki memandang Iruka yang tunduk sambil mengusap rambutnya.

        "Atuk..." panggilnya perlahan. Iruka menyeka air matanya sambil tersenyum." Lepas ni, kita keluar. Nak bawa kamu jumpa dengan seseorang.." ujarnya dengan mata berkaca. 


* *********************************************************************************************

Kakinya berhenti untuk seketika dihadapan pintu pagar besi. Dia tahu tempat tu. Bukan semua orang boleh masuk dalam kawasan ni. Dia  teringat yang Tuan Keita pernah bagitahu tentang tempat ni. Nak masuk senang, nak keluar susah. Bukan semua orang boleh masuk dalam kawasan ni. kalau nasib baik dapatlah keluar. Tapi bukan dalam keadaan yang waras. Dari luar dah boleh nampak, kegelapan alam disebalik pagar besi. Itaki menelan air liurnya. Badanya sedikit menggeletar. 

           " Ne~ atuk, bukan tempat larangan kah nie?" tanyanya semakin tersengih. 

           " Emm.. kalau tempat larangan macam mana? kamu takut?" acah Iruka lalu menolak pintu pagar besi itu. kedengaran bunyi pagar dibuka. Kabus berebut keluar. Bayu kesejukan mula membelai tubuh kecil Itaki.

         " seriuslah atuk...?"

        " Pernah nampak atuk bergurau kah selama ni? dan lagi satu, jangan rosakkan bunga kegemaran atuk.. kamu rosakkan, tinggal lah kamu selamanya dalam taman gelap ni.." ujar Iruka sambil buat reaksi menakutkan. Tegak badan menggigil Itaki sambil mengangguk akur. Iruka hanya tersengih lalu melangkah masuk.

Itaki mengikuti Iruka dari belakang sambil memandang persekitaran gelap tempat itu. Dia merasakan dia berada di alam lain. Pokok-pokok tinggi dengan rimbunan daun yang tebal, kabus menyelubungi alam, sejuk dan satu lagi kalau tersalah langkah confirm akan sesat. Dalam masa yang sama, dia merasa ada mata-mata yang memerhatikan mereka. 

       " Jangan takut Itaki... mereka takkan ganggu.. mereka hanya memerhatikan.. tempat nie hanya keturunan kerabat raja kerajaan kota carlot-aulia dan Kerabat diraja kerajaan kota syllvia yang boleh masuk dan tidak akan sesat didalam ni.." terangnya serba sedikit mengenai kawasan yang dinamakan sebagai taman larangan. Itaki terlanggar belakang Iruka.

               " Jangan lah berhenti mengejut.." marah sikecil lalu memandang wajah Iruka.

              " kita berhenti sekejap... cakap hai dengan perempuan cantik ni.." ujar bersahaja Iruka tersengih, sambil menunjuk kearah dua kuburan yang berada dihadapan mereka. 

               " Eik.. " terundur tubuh Itaki terkejut. Tergelak Iruka apabila melihat gelagat Itaki. Itaki memandang Iruka dengan perasaan yang geram.

              " kata nak jumpa seseorang,,"geramnya. 

              " memanglah nak jumpa seseorang, tapi kita jumpa dulu sicantik ni..." sambil tergelak. Itaki memalingkan wajahnya sambil berpeluk tubuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ametis : Kebangkitan RevolusiWhere stories live. Discover now