Bila sang suria mula menerbitkan diri, si burung ula berkicauan. Walau sebingit manapun kicauannya di corong telinga, walau secerah manapun sinaran si suria, matanya masih terkebil-kebil dengan perasaan yang penuh dengan kebingungan. Bukan disebabkan matanya mengantuk, tetapi persiapan telah disediakan sebelum dia mencelikkan matanya lagi.
" sejak bila dia masuk? Saya tak kunci pintukah semalam?? Kah saya tidur mati??" monolognya lalu memandang suasana bilik yang agak lain daripada yang lain. Langsir biliknya telah diselak. Hanya langsir lapisan nipis sahaja yang menjadi pelindung dari sepenuhnya sinaran suria masuk. Dia terlihat dua pasang baju telah tergantung di depan almari. Sepasang untuknya dan sepasang lagi untuk Itaki. Dia mengeluh lalu menggaru kepalanya yang mula gatal.dia menoleh kearah Itaki lalu menggoyang perlahan tubuh kecil yang masih dalam buaian lena.
" Itaki... sampai bila kamu nak tidur ni??" tanyanya dengan suara serak-serak basah. Namun, Itaki tidak menghiraukannya lalu menarik selimut menutupi tubuhnya. Melihat keadaan cucu pertamanya yang liat nak bangun, timbul perasaan geram terdetik dalam hati.
" sampai bila kamu nak tidur lembap?!" lantang suaranya lalu menarik kasar selimut tersebut.
" maafkan saya.." pinta Itaki dengan suara seperti separuh menjerit.
********************************************************************************************
Matanya bersinar-sinar apabila melihat kemewahan makanan terhidang diatas meja di dewan makan. Sedikit teruja. Dia menoleh kea rah Iruka dengan perasaan yang teruja.
" datuk buat?" tanyanya. Iruka hanya tersenyum melihat gelagat Itaki sambil menuangkan air teh kedalam cawan.
" Ryu yang sediakan semuanya tadi.." lalu menghidangkan the itu kepada Itaki. Itaki mengelap hujung mulutnya yang hamper menitiskan air liuh.
" saya makan dulu.." ucapnya sebagai permulaan untuk mengisi perutnya di pagi hari. Dia mengambil sekeping roti yang masih lagi panas lalu disuapkan ke mulutnya. Geli hatinya melihat Itaki makan dengan gelojoh sehinggakan cucunya tersedak makanan.
" makan dengan perlahan lah lembap.." marahnya lalu memberikan air tadi kepada Itaki. Itaki menepuk dadanya setelah meneguk satu cawan. Walau bagaimanapun, Itaki tetap mengambil kali kedua makanan yang terhidang tadi. Iruka hanya menggeleng kepala lalu mencarik sedikit isi roti. Roti yang dibuat sendiri. Teksturnya sangat baik. Rasanya sebati. Tiada langsung cacat cela. Sekali disuap ke mulut, barulah dia faham kenapa Itaki mengambilnya kali kedua.
Kemudian...
Itaki menepuk perlahan perutnya yang telah penuh sambil tersenyum. Bila kenyang perut, hatinya mula senang. Terukir senyuman puas diwajahnya.
" terima kasih atas makanannya.." ucapnya sebagai penghargaan ke atas makanan yang telah disediakan sebelum dia sendawa. Tergelak Iruka. Dia pun baru sahaja menghabiskan cebisan makanan yang terakhir.
" kan bagus kalau dapat makan makanan macam ni setiap hari..." ujar Itaki lalu menegakkan badannya. Mendengar ungkapan Itaki, ada benarnya juga. Hatinya menjerit nakkan perkara yang sama.
" siapa Ryu?" Tanya Itaki soalan pertama muncul selepas sesi sarapan. Matanya memandang Iruka.
" pengawal keselamatan dan butler istana nie.." jawab ringkasnya untuk memuaskan hati cucunya. Kening Itaki berkerut mendengar jawapan Iruka.
" bukan butler sepatutnya berada di sisi kita time makan?? Tapi kenapa saya tak nampak dia??" petah dia bertanya. Iruka memandang Itaki.
" tiada seorang pun yang bekerja di istana ini melainkan dia. Sudah tentu kamu tak jumpa dia sebab istana ni besar dan dia memang banyak kerja yang perlu dia lakukan.." alasan iruka. Dia tak tau jawapan tu mampu memuaskan hati cucunya atau tak. Tapi, kalau ikutkan sebenar, memang ada benar cakap Itaki. Tetapi, hatinya masih tertanya dengan peristiwa semalam. Terngiang-ngiang kata-kata Ryu.
" lepas nie nak buat apa?" Tanya Itaki yang mula berasa bosan.
" lepas nie ikut datuk keluar.." jawabnya.

YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.