Seminggu telah berlalu..
Kehidupan Itaki begitu tenang tanpa sebarang gangguan sejak tinngal dengan Iruka. Jika dia tinggal dengan ibunya diwilayah ke enam, sudah tentu dia terpaksa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ibunya. Bagi ibunya, peraturan sangat penting untuk mendisiplinkannya agar tidak menjadi seorang yang tidak berguna pada masa akan datang. Tatatertib, etika, elegan, tepati masa, tidak ketinggalan juga belajar pelbagai jenis bidang yang lain. Tapi, bila tinggal dengan Iruka, kehidupannya tidak terikat. Santai. Tiada sebarang peraturan yang perlu dia ikut. Dia selalu mendapat kebenaran dari Iruka bermain di taman. Tetapi, hanya satu perkara yang dia rasa pelik. dia tidak pernah berjumpa dengan Ryu, butler istana ini. Pernah satu masa, dia berjalan satu kawasan istana semata-mata nak berjumpa dengan Ryu. Tetapi, segala usahanya sangat sia-sia. Akhirnya, dia putus asa mencari Ryu.
Itaki bermain di kawasan taman istana seorang diri pada petang itu. Iruka berada di bilik bacaannya. Ketika dia bermain, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Jarak dari taman istana menuju ke bangunan utama tidak jauh - 10 minit jika berlari. Itaki berlari menuju ke pintu bangunan utama tetapi langkahnya terhenti apabila suasana gelap yang diiringi dengan hujan lebat bertukar terang untuk seketika sebelum kembali gelap. Dia duduk mencangkung sambil menutup telinganya apabila dia mendengar bunyi kilat sabung-menyabung. Tubuh kecil itu kaku tidak bergerak. Bunyi kilat merupakan ketakutannya paling utama. Basah lecun baju. Air matanya mula mengalir dicampuri dengan air hujan.
" tolong.." rayunya perlahan sambil menangis teresak-esak.pada ketika itu, dia berharap sangat seseorang membantunya keluar dari gelumang ketakutan. Wajah iruka muncul dalam benak fikirannya. Tapi, dia tahu sangat dengan rutin harian Iruka waktu petang. Harapannya iruka datang adalah tipis. Badannya menggigil kesejukan. Dari esakan mula bertukar menjadi tangisannya tetapi ditenggelami dengan bunyi hujan. Tidak tinggal juga bunyi guruh. Cahaya kilat sambung menyambung diiiringi dengan bunyi guruh menyebabkan dia terus kaku walaupun jarak dari tempatnya ke pintu bangunan utama hanya beberapa meter sahaja lagi.
" datuk..." panggilnya perlahan. Ketika dia duduk mencangkung dalam ketakutan, dia terasa ada seseorang tengah memeluknya dari belakang kemudian mendukung berlari masuk ke dalam bangunan utama. Datuk? Tertanya hatinya lalu mencelikkan matanya yang tertutup ketika dalam ketakutan tadi. Bukan. Itaki merenung wajah lelaki yang tidak dia kenali. Lelaki itu menurunkan Itaki ke lantai setelah mereka telah masuk ke dalam bangunan istana. Lelaki itu lantas berlari mendapatkan tuala yang diletakkannya diatas meja kecil. Itaki berdiri sambil memerhati gelagat lelaki itu. Dia mengelap rambut Itaki yang basah.
" maafkan saya tuan muda... saya lambat..tapi, tuan muda jangan takut ya.." ujarnya sambil tersenyum. Itaki terpaku melihat senyuman lelaki itu. Ketakutannya terhadap kilat tadi mula hilang sedikit demi sedikit apabila melihat senyuman lelaki itu. Senyuman itu macam dia pernah lihat tetapi tak tahu dimana. Tiba-tiba, hidungnya terasa gatal lalu Auchum!!! Bergema ruang lobi dengan bunyi bersinnya. Lelaki itu hanya tergelak kecil.
" saya ada masak sup ayam... sedap makan dengan suasana sejuk macam ni.. nanti ajak Tuanku Iruka datang ke dewan makan... saya akan sediakan sekejap lagi.. tapi, sebelum itu tuan muda perlu mandi dulu..nanti sakit.. air mandian telah saya sedian.." ujar lelaki itu dengan lembut. Itaki tidak memberi sebarang reaksi tetapi dia menarik hujung lengan baju lelaki itu.
" saya takut dengan guruh.. boleh temankan saya tak?" tanyanya perlahan tetapi dengan nada merayu bercampur dengan perasaan takut. Lelaki itu mengangguk sambil mengusap rambut Itaki yang lembap.
" saya hantar sampai depan bilik Tuanku Iruka. Jangan risau.. bilik tuanku Iruka kalis bunyi jadi tuan muda takkan dengar bunyi guruh.." pujuk lelaki itu. Itaki hanya mengangguk perlahan lalu memegang tangan lelaki itu. Dia berasa sedikit selamat bila dekat dengan lelaki itu. Ketika lelaki itu mengiiringinya ke bilik tidur Tuanku Iruka, dia hanya berdiam diri tidak bersuara.
" Tuan muda, kita telah sampai ke bilik Tuanku..." ujar lelaki itu. Tangganya mengetuk pintu bilik itu sebelum dia membukanya perlahan. Lelaki itu menolak perlahan tubuh kecil itu masuk sebelum pintu ditutp semula dari luar. Pada ketika itu dia tidak sedar yang dia telah melangkah masuk kedalam bilik itu. Dia sedar sahaja dia telah masuk dan pintu bilik telah bertutup rapat.
" kamu pergi mana tadi?" Tanya Iruka yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah. Ketika dia berada dalam bilik air, dia terdengar bunyi ketukan pintu. Itaki tidak bersuara, dia hanya berdiam diri. Berkerut dahi Iruka melihat reaksi cucunya. Dahlah baju basah.
" eh, kenapa diam?" Tanyanya. Suara Iruka yang naik seoktaf mengejutkan Itaki dari lamunanya. Matanya membulat.
" Tadi saya jumpa seorang lelaki tadi.. dia yang bawa saya kesini.. dia pesan tadi, makanan telah siap.. dia suruh turun kedewan makan.." ujarnya menyampai pesanan lelaki itu dengan nada yang mendatar.
" eh.. kamu jumpa Ryu rasanya.." ujar Iruka lalu menyidai tualanya di tempat sidaian. Terkejut Itaki sambil menuturkan nama Ryu. Terkejut Iruka melihat reaksi Itaki dengan perasaan yang tertanya-tanya.
"kenapa?" tanyanya.
" saya suka dengan senyuman Ryu.. lain daripada yang lain.. bila dia senyum, perasaan takut tadi hilang.." terang Itaki sambil tersenyum. Hamper tergelak Iruka. Kuasa senyumankah? Bisik hatinya. Tetapi, jujurlah bagi Iruka, senyuman yang ditunjukkan oleh Ryu adalah palsu berdasarkan pengalamannya yang dulu. Tapi, mungkin disebabkan Itaki masih kecil, pada matanya senyuman itulah penyelamatnya. Itaki, perjalanan kamu masih jauh lagi, bisik hatinya.
" dah, pergi mandi.. kalau kamu tak mandi, tak dapat Datuk nak makan.." ujarnya acah-acah merajuk. Itaki hanya mengangguk akur lalu berlari menuju kebilik air. Iruka melontarkan pandangannya ke luar cermin pintu. Ryu.. nama tu muncul dalam kotak fikirannya.

YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Фэнтезиberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.