Mata bertentang mata, amarahnya yang dulunya tidak aktif kini telah meletus bak gunung berapi memuntahkan laharnya menyebabkan suasana semakin tegang. Panas. Kata sepakat telah ditemui. Hanya pujukan tidak berhasil.
" ayah..kami bukan nak buang ayah.. kami hanya ayah dijaga dengan baik.. sekurang-kurangnya-"
" ayah nak dijaga oleh anak ayah sendiri..ayah tidak mahu dijaga oleh orang lain..lagipun,siapa kata ayah sakit? Ayah masih boleh bergerak.. ayah tidak akan kacau kerja kamu.. kalau ayah boleh jaga kamu semua semasa kecil, kenapa ayah yang seorang ni tak boleh kamu jaga? Ayah tak setuju.." potong iruka membalas kata kai dengan perasaan marah. Dia berpeluk tubuh lalu membelakangi anak-anaknya. Hanya itou dan miyata sahaja tidak berada dalam bilik tidurnya. Perasaan sedihnya mula bersarang dalam jiwanya. Kai mengetip bibirnya.
kalau ayah tak nak taka pa.. tapi, kami tetap dengan keputusan kami.. kami tidak akan berganjak dari keputusanitu.." tegas kai sebelum meninggalkan bilik itu. Mereka semua hanya berdiam diri. Sasuke mencuit matsuzawa sebagai isyarat meninggalkan bilik itu dengan segera. Dia tahu, sekarang ni apa yang diperlukan oleh ayahnya adalah bersendirian. Melangkah keluar sahaja Sasuke, adik-adiknya turut keluar. Kitsune orang yang terakhir keluar dari bilik itu. Sebelum dia menutup pintu, matanya sempat melirik ke wajah ayahnya yang diairi oleh air mata.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.