" saya nak tahu tentang perkembangan dari organisasi kamu, Tamaki," ujar Karma ketika dia melawat persatuan naga ungu itu. Tamaki mendiamkan diri sambil menghirup kopi yang telah disediakan di meja bar. Ligat otaknya berfikir sebelum mengeluh.
" maklumat yang kamu cari tu..sukar nak cari.." luahnya dengan perlahan. Terbeliak mata karma apabila mendengarnya lalu menghentak meja.
" karma, dengar dulu apa yang ingin saya cakapkan.." Tamaki cuba tenangkan karma. Namun, karma bagaikan cacing kepanasan tak tentu arah.
" orang-orang saya mati dibunuh ketika dalam misi 7 beberapa hari yang lpeas.. pembunuh tu licik.. dia seperti tahu apa yang kita fikirkan. Tapi, bagi dia, kami hanyalah penghalangmya.." jelas Tamaki. Berkerut dahi karma mendengar penjelasan Tamaki.
" Tamaki...saya tak faham apa yang kamu maksudkan.." ujar karma. Tamaki mengeluh lalu membuka bajunya. Terkejut karma apabila melihat balutan yang melilit dibadan rakannya.
" dia adalah Wild.. pembunuh buas yang bernilai 100 juta.." terus terang Tamaki. Menggigil karma mendengar nama pembunuh buas itu. Salah satu penjenayah yang dikehendaki oleh semua kerajaan kota. Ramai yang telah dibunuh oleh pembunuh itu. Cara pembunuhannya memang ngeri sehinggakan mimpi menjadi trauma.
" saya akan laporkan perkara ini kaze.." ujar karma berdiri. Dia menarik nafas sebelum menghembusnya. Ketakutannya sedikit demi sedikit hilang. Dia melihat papan pekerjaan persatuan itu.
" Tamaki, kenapa tinggal pekerjaan ganjaran yang rendah dekat papan pekerjaan kamu ni?" tanyanya. Tamaki hanya tersengih.
" sejak kebelakangan ni, orang tak sanagt mengupah kami.. hanya tinggal yang taraf hardez dan easiz.. tapi, ada seorang lelaki nie, dia ambil semua upah ganjaran hardez.." terangnya.
" lelaki?"
" dia masih muda lagi..tapi, dia menyelesaikan kerja tu hanya 3 hari.. paling lambat seminggu.." ternganga luas mulut karma.
" jadi, dia dimana sekarang?"
" dipecat oleh pembantu saya..sebenarnya, saya sendiri pun tak tahu kes ni.. tapi, apa yang saya dengar.. dia mencuri duit organisasi.."
" jadi, betullah dia mencuri?" Tamaki menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Melepas peluang karma.
" kalau dia ada, senang sikit kerja.. terlepas lagi peluang.." mengeluh karma.
" memanglah rugi..sebab dalam senarai pekerjaan hardez, ada si pelilit...dan dia Berjaya menyelesaikan kerja itu.." terang Tamaki. Malang betul nasibnya, getus hati karma.

YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasyberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.