" Itaki, jangan nakal-nakal tau...ibu nak pergi kerja... kalau ibu ada masa nanti, ibu lawat Itaki.." ujar Mitsu lalu mengucup satu-satunya anak tunggalnya sebelum jalan meninggalkan Itaki. Itaki hanya melihat pemergian ibunya dari jauh tanpa menitiskan air mata. Iruka berdiri dibelakang Itaki lalu mengusap rambut cucunya.
" istana kembali sunyi.. tinggal kita berdua jak disini.. sekejap lagi Ryu dating.. Datuk tak tau nak buat apa lepas ni... Itaki tidur dengan datuk ya?" Iruka menepuk perlahan bahu Itaki yang hanya mengangguk perlahan sebelum masuk ke dalam istana selepas Iruka.
***********************************************************************************************
Hujan turun dengan lebat pada malam tu. Angin bertiup dengan kencang lalu menghasilkan irama yang menyeramkan. Walaupun begitu, Iruka tidak menghiraukan irama itu. Pandangannya menatap suasana hujan di luar jendela. Fikirannya melayang entah ke mana. Itaki pula tertidur diatas sofa. Nyenyak. Mungkin disebabkan hujan, sesiapa pun boleh terlena dengan suasana yang sejuk itu. Petang tadi, mitsu merupakan orang yang terakhir meninggalkan istana. cepatnya masa berlalu..bisik hatinya. Tuk! Tuk! Tuk! Iruka kembali kea lam reality apabila terdengar pintuk bilik bacaan diketuk.
"siapa tu?" Tanya Iruka sebagai langkah berjaga-jaga. sebatang rod kaca telah muncul dari lengan bajunya.
" Ryu, Tuanku.." jawabnya dari sebalik pintu. Iruka menghela rasa lega. Rod kaca tadi telah kembali ketempat asal.
" masuklah.." tapi, daun pintu lansung tidak dikuak menyebabkan iruka mula berasa hairan. Sekali lagi, Iruka mempelawa Ryu masuk. Tetapi, daun pintu tetap dalam keadaan yang sama. Suhu kemarahan Iruka mula naik.
" bila orang suruh masuk, masuk... kenapa tak masuk?! Kamu memang nak cari nahaskah?" suara Iruka mula naik seoktaf.
" maafkan saya tuanku.. saya tiada niat nak menolak pelawaan tuanku.. saya memang tak boleh berdepan dengan tuanku disebabkan alasan tertentu.. saya harap tuanku faham dengan situasi saya.." jawab Ryu di sebalik daun pintu. Ketara suaranya menggigil ketakutan. Iruka merenung daun pintu itu dengan perasaan yang menjengkelkan. Apa dia merepek ni? Bukannya saya makan orang pun..bisik hatinya.
" jadi, apa yang kamu nak dari saya?" Tanyanya.
" Tuan muda Kai ada pesan, tugas saya seperti biasa seperti yang dimaklumkan pada tuanku pada awal lagi.. tetapi, saya nak tahu arahan tuanku yang seterusnya.. saya takut apa yang diperintahkan oleh tuan muda kai, tidak disenangi oleh tuanku.." berhati-hati dia menuturkan bicaranya tetapi masih terasa getaran lidahnya berucap. Iruka berfikir sejenak. Sebelum ini dia pernah mengarahkan Ryu agar tidak memasak, tetapi itu hari dia makan masakan Ryu. Masakannya tidaklah sehebat puteranya yang ketiga, tetapi masakan itulah yang dia sangat ternanti-nanti. Ketawa kecil Iruka apabila dia mengenangnya.
" mulai esok, tugas kamu sama seperti butler istana.. dari sekecil kecil tugas hinggalah bahagian pengurusan.. jangan ada satu pun yang tinggal.. untuk malam ni, kamu rehat dulu.. tapi, tolong sediakan makan malam untuk saya dengan Itaki..." sempat lagi Iruka bagi arahan.
" menurut perintah Tuanku.." akur Ryu. Iruka bangun lalu berjalan menuju ke daun pintu. Ketika daun pintu di tolak, tiada seorang pun yang berada di koridor itu. Iruka mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" dia ada buat salahkah atau saya yang buat salah?" monologny sendiri lalu menutup semula pintu bilik bacaan. Tanpa Iruka sedar, di hujung koridor, Ryu melepaskan rasa lega. Dia mengemaskan dirinya lalu menjalankan tugas yang diarahkan.
YOU ARE READING
Ametis : Kebangkitan Revolusi
Fantasiaberlakunya kebangkitan revolusi kerajaan kota carlot-Aulia setelah dua belas tahun berlakunya kejatuhan kerajaan ini.kebangkitannya membawa kejutan kepada semua kerajaan kota yang lain.