Prologue

19.1K 871 47
                                    

Sinopsis penuh

Sepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis itu. Mingyu mula kebuntuan. Majlis semakin dekat. Akhirnya, satu-satunya jalan dia ambil.

"Lepas ni you akan jadi isteri I. Tapi ingat, just silent married. I tak nak you bocorkan perkahwinan ni kat sesiapa." -Kim Mingyu-

Pelik. Silent married, tapi menggantikan Kang Aeyeon kepada Seol Hana dan semestinya akan ada ramai jemputan, bukan? Mingyu mahukan Hana menyamar menjadi Aeyeon sekali gus menikahi wanita itu. Mingyu ada perancangannya sendiri.

"Sampai bila kita nak silent married? Kita tak serupa suami isteri pun. You 'dera' hati I. Pura-pura bercerai atas nama Aeyeon tapi masih dengan I dan kita silent married. Gyu, you're to much." -Seol Hana-

Sesungguhnya hati Hana mudah terpikat dengan sikap lelaki ini. Garang tetapi prihatin, cerewet tapi sayang, sensitif tetapi cinta. Hidupnya memang berwarna dengan lelaki ini. Sekalipun Mingyu tidak mengambil keputusan untuk mendedahkan perkahwinan mereka kepada umum, dia tetap sayang. Cinta malahan.

Konflik mula datang. Lama Mingyu dan Hana bersama tetapi dalam keadaan senyap-senyap. Kini datang Aeyeon untuk menganggu.

"Mingyu! Dia.. dia mengandungkan saya, aunty!" -Kang Aeyeon-

Penipuan demi penipuan. Sehinggakan perkahwinan kedua buat Kim Mingyu terjadi. Menjadikan Hana bagai dihambat rasa gila kerana terpaksa menerima Aeyeon sebagai sebahagian hidupnya dan Mingyu. Disebabkan status 'duda palsu' pada Mingyu sudah diketahui ramai, jadi orang beranggapan Kang Aeyeon merupakan pengganti Mingyu. Bukan isteri kedua lelaki tersebut.

Sakit? Perit? Menderita? Nantikan...

_______________

PROLOG

Gyu Ra dibawa ke dukungan. Daripada anak perempuannya itu menangis, baik dia bawa dahulu ke bawah. Mingyu juga sedang menunggu sedangkan dia belum siap satu benda pun pada tubuh.

Perlahan-lahan kakinya menuruni anak-anak tangga dengan tangan yang kejap memeluk Gyu Ra yang berusia 2 tahun. Tubuh anak kecil itu sedikit memberat kerana dalam keadaan tidur. Dia pula orangnya kecil. Payah juga hendak mendukung. Biasanya Mingyu yang berserah diri untuk mendukung Helen.

"Mingyu..." Hana memanggil suaminya yang duduk menghadap televisyen di ruang tamu.

"Yes my dear? Oops.. sorry, sayang. Kenapa tak panggil tadi suruh bawa Gyu Ra ke bawah?" Mingyu segera bangun dan mendekati isterinya yang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Cepat-cepat dia mengambil Helen dari dukungan Hana.

"Ingatkan awak nak hidupkan enjin kereta. Tu yang Hana tak panggil." Kata Hana sambil menyerahkan Helen kepada Mingyu. Dia sedikit mengah kerana mengangkat Helen dari tingkat atas ke bawah. Bukan apa, Hana ada sedikit masalah pada saluran pernafasan kerana dulu dia pernah mengalami kecederaan yang mengakibatkan tercederanya di situ. Jadi dia mudah termengah dan semput.

"Taklah. Saya kat sini lagi tadi. Tunggu awak turun. But, takkan awak nak macam ni je?" Mingyu menanya sambil melihat susuk tubuh isterinya yang masih berpakaian biasa. Berbaju T tanpa lengan dan seluar pendek paras paha.

"Ehh taklah! Saya belum siap lagi. Jagakan Gyu Ra sekejap. Saya naik atas."

"Tapi sayang..." Mingyu meragut lengan Hana. Hana menoleh.

"Betul ni nak pergi tengok Aeyeon? Tak takut kena kejar macam minggu lepas?" Soal Mingyu. Dia masih ragu-ragu dengan keputusan Hana untuk menjenguk bekas isteri keduanya yang berada di hospital sakit jiwa sekarang.

"Taklah. Tak salahkan, nak jenguk madu sendiri?" Sengaja Hana menggegarkan hati Mingyu dengan menekankan perkataan 'madu'.

"Sayang..." Mingyu menapak ke hadapan mendekati Hana tetapi Hana mengundur. Tangannya masih erat di tangan Mingyu.

"Mingyu, cukuplah kita silent married dulu. Saya tak sanggup dah nak senyap-senyap dan tak nak awak pegang status 'duda palsu' tu lagi. Padahal awak dengan saya masih bersama sebab penceraian fake tu berlaku atas nama Aeyeon kononnya. And... nasib baik... perkahwinan kedua tu tak lama and omma setuju sepakat untuk diamkan relay kita. Gyu, saya tak nak lagi dah benda-benda macam tu jadi. Kalau boleh, saya tak nak bermusuh dengan sesiapa, saya tak nak sorok-sorok macam dulu. Saya nak bahagia. Macam sekarang. Aeyeon tu, biarlah dia. Saya tak nak berdendam dengan dia. Walaupun dia dah rampas Mingyu saya ni dulu." Kata Hana panjang lebar. Digenggam tangan suaminya seerat yang mungkin supaya lelaki itu percayakannya. Mingyu kehilangan kata-kata. Tangan sebelah lagi mengusap kepala Hana perlahan kerana sebelah lagi menampung tubuh Helen.

"Saya takut awak tak kuat..."

"Saya kuat. Jangan risau. Okey?" Hana senyum. Dia sudah lama kuat. Cuma tinggal membuktikan kekuatan itu sahaja.

"Okey. Saya percaya awak. Tapi ingat, jangan nangis bila jumpa Aeyeon nanti. Sayang tu hati kapas. Tengok sikit orang macam tu, dah meleleh air mata." Sempat Mingyu mengejek. Hana mencebik kecil. Memang dia seorang yang kuat menangis. Lagi-lagi bila mendapat tahu Aeyeon, bekas madunya mencuba untuk membunuh diri dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Mingyu sendiri tidak faham kenapa isterinya mudah menangis dan bersimpati kepada orang lain yang pernah menyakitinya.

"Takdelah! Saya okey. Saya naik dulu. Nanti lambat."

"Okey. Saya tunggu."

_________

Ada tukar nama sikit untuk anak diorang. Prologue lari sikit dari episode2. Abaikan je pun okey. Cuma nak kasi point je. Enjoy!

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now