Episode 45

4.7K 404 33
                                    

Hari ini Hana dan Mingyu pulang sedikit lewat ke rumah. Mereka berdua melencong ke Lotte City Mall. Window shopping katanya.

"Mingyu..." Hana mendongakkan kepalanya memandang Mingyu yang sedang melihat kedai-kedai yang ada di kiri dan kanannya.

"Hmm..." Mingyu memandang Hana sekilas. Kaki masih digerakkan perlahan-lahan. Lengannya juga dibiarkan Hana memegang. Rasa lebih selesa jika Hana memegang lengannya daripada menggenggam tangan.

"Pergi... kedai sana kejap boleh?" Pinta Hana sambil meluruskan jari telunjuk ke satu kedai yang masih jauh dari mereka. Mingyu mengecilkan mata. Dia melihat apa yang Hana tunjukkan.

"Yang mana? Tiffany. Co tu?"

"Tu buat apa?! Sebelah dia..." kata Hana, sengih. Sesekali dia menggosok hidung yang gatal. Kesihatannya kembali normal. Tetapi nanti pasti akan jatuh sakit kembali. Kesihatan tidak menentu. Faktor 'orang baru' dalam perut.

"Sebelah di..." Mingyu terdiam. Dia terkebil-kebil melihat kedai yang dikatakan oleh Hana itu. Dia menunduk melihat Hana. Hana masih tersengih.

"Baby shop?" Soal Mingyu dan Hana mengangguk laju. Senyumannya masih tersemat pada bibir. Berita tentang kandungannya yang menjangkau 4 minggu itu masih tidak diketahui oleh Mingyu. Sengaja dia memberikan bayang-bayang yang mudah untuk suaminya ini meneka.

"Kenapa nak pergi sana pula?" Hana bagaikan hendak menghempuk kepala Mingyu ke dinding dengan ke'blur'an si suami. Pertanyaan yang tidak berperasaan baginya. Bibirnya memuncung.

"Tak romantik langsung..." gumam Hana, perlahan. Kakinya masih juga dilangkahkan ke kedai peralatan bayi itu. Tangannya juga masih memaut lengan Mingyu tetapi dengan kepala yang ditundukkan. Kecewa dengan reaksi Mingyu yang tidak semengah itu.

"Apa dia?"

"Tak ada apa-apa." Jawab Hana, dingin. Mingyu mengerutkan dahi. Dah pula. Kening digaru perlahan. Dia langsung tidak dapat mengecam apa yang Hana hendak sampaikan. Walaupun rasa tidak sedap, tetapi dimasukkan juga tubuhnya ke dalam kedai bayi ini.

"Rasa macam pelik pula masuk dalam ni." Kata Mingyu. Matanya melihat suasana kedai ini. Terus jiwa kebapaannya naik. Melihat permainan bayi, katil bayi, baju bayi, semuanya menaikkan jiwanya. Kakinya bergerak perlahan dan menarik tangan Hana ke satu kawasan yang menempatkan satu set peralatan bayi.

"Tadi awak cakap, awak pelik kat dalam sini. Kenapa tak keluar je?" Hana menyoal, berbisik. Hatinya kecil pula. Sudahlah reaksi Mingyu seperti acuh tak acuh, lepas tu mengajukan soalan yang mampu mengalirkan air mata wanita. Rasa nak cepuk dengan kayu golf.

"Kenapa cakap macam tu? Saya rasa pelik sebab... rasa macam bakal ada anak bila masuk dalam kedai ni." Kata Mingyu sambil menekankan perkataan 'bakal' itu tadi. Dia membelek dua tiga set peralatan bayi lelaki yang ada di dalam satu rak ini. Tangannya mencapai kotak yang berisi sepasang kasut berwarna biru muda dan melihatnya dengan senyuman nipis pada bibir. Hana hanya melihat wajah Mingyu dari tepi. Disandarkan pipinya pada bahu Mingyu.

"Awak nak anak ke?" Soal Hana, tiba-tiba. Mingyu terus memandang wajah Hana dengan kerutan di dahi.

"Awak tanya saya soalan yang semua orang akan jawab... nak."

"Awak naklah ni?" Soal Hana lagi. Mingyu terus mengangguk. Direct terus. Tak payah nak main tarik tali.

"Kenapa sayang tanya?" Mingyu meletakkan semula kotak dan menghadapkan tubuh ke arah Hana. Kedudukan mereka yang sedikit tersorok dari orang lain membolehkan mereka bertindak seperti di rumah pula.

"Emm... tak ada apa-apa. Saja..." Hana memusingkan tubuh. Tiba-tiba berdebar dengan pandangan Mingyu pula. Tetapi tidak sempat hendak melangkah, tangan Mingyu melingkar pada pinggangnya. Telapak tangan lelaki itu melekap pada perutnya.

"Apa yang saja? Sayang pregnant eah?" Hana hanya mampu menayangkan giginya yang elok tersusun rapi. Angguk tidak, geleng pun tidak. Hanya tersenyum bahagia dan mampu membuatkan Mingyu menjerit di situ juga.

--------

"Awak rasa tak apa yang saya rasa?" Soal Mingyu. Ketika itu dia sedang memandu untuk pulang ke rumah. Malam sudah melabuhkan tirai dan Hana mula penat. Puas bergelak ketawa di kedai bayi kerana Mingyu terlalu gembira mendapat tahu tentang kehamilannya yang masih muda. Puas dapat mengenakan lelaki itu sepuas hati. Main tarik tali yang mampu membuatkan Mingyu terseksa dengan isteri sendiri.

"Apa yang awak rasa?"

"Entah. Rasa tak sedap hati." Kata Mingyu. Ya, dia tidak sedap hati. Sebenarnya sejak dia dan Hana di pusat membeli-belah tadi dia terlalu ingin untuk pulang ke rumah. Tetapi disebabkan dia dan Hana sudah lama tidak berjalan bersama, digagahkan juga hatinya untuk tenang dan meneruskan perjalanan sehinggalah ke malam ini.

"Kenapa? Rasa tak best ke? Tak sihat?" Soal Hana lalu tangannya mendarat pada dahi dan leher lelaki itu. Dahinya berkerut. Tak apa-apa pun. Sihat aje. Tak panas. Tak sejuk sangat. Tapi jelas wajah suaminya kelihatan kurang enak.

"Tak. Bukan tak sihat. Tapi... entahlah. Rasa takut je. Tak tahu takut kenpa." Kata Mingyu lagi. Hana menjadi tertarik dengan kata-kata Mingyu.

"Awak takut?"

"Hmm..."

"Awak tahu tak, saya pun rasa benda yang sama macam awak. Saya takut... I don't know how to describe. Tapi saya pun rasa macam tu jugak." Ujar Hana pula. Mingyu memandang Hana sekali-sekala sahaja.

"Hana, promise me that awak tak akan tinggalkan saya if saya buat satu kesalahan yang besar nanti. Mungkin masa tu saya tak sedar. Jangan sesekali ambil keputusan untuk tinggalkan saya. And maybe I terpaksa buat sesuatu yang tak mungkin terjadi dalam hidup kita? Masa tu, saya harapkan awak je jadi tulang belakang saya. Jangan tinggal... hmm?" Tiba-tiba suasana menjadi kelam, sayu, sedih. Kalbu Hana tersentuh. Direnung sisi wajah Mingyu yang sedang memandang hadapan itu dengan mata yang bergenang dengan air mata.

"Kenapa cakap macam tu? Awak cakap macam tu... macam awak pula yang nak pergi dari saya."

"Tak, sayang! Sumpah tak! Saya... saya cakap macam tu sebab saya... saya takut. Kita tak tahu macam mana masa depan nanti. Mungkin sekarang kita macam ni, tapi kita tak tahu kita kekal ke tidak..." kata Mingyu lagi. Bersungguh-sungguh. Perlahan tangannya memegang tangan Hana. Entah, dia pun tidak tahu kenapa dia cakap macam tu. Tetapi perasaan takutnya itu mendorong dia untuk meneruskan ayatnya itu.

"Awak suka ke kalau kita tak kekal? Takkan? Jangan cakap macam tu lagi. Awak cakap, macam awak doakan yang kita tak akan kekal." Ujar Hana, tegas. Dielakkan air matanya daripada jatuh. Sudahlah dia mudah tersentuh, boleh pula malam ini Mingyu menyentuh bab-bab seperti ini. Memang nak kena cepuk!

"Bukan macam tu..." Mingyu kehilangan kata-kata. Moodnya terganggu apabila melihat Hana mula mengalihkan tangan dari terus berada dalam genggamannya. Tubuh yang separuh menghadapnya juga turut digalihkan ke depan. Kepala dipusingkan ke kiri dan memandang luar.

"I'm sorry, sayang..." berhenti sahaja pada lampu isyarat merah, kepala Hana ditarik dan dikucupnya sekilas. Hana hanya memandang luar dan diam. Tanpa sedar, air matanya jatuh. Perlu ke ada perasaan yang pelik-pelik yang menghambat hati Mingyu ketika berita gembira tadi menyusul? Tidak ada ke satu masa yang cukup panjang yang tidak akan habis buat mereka untuk bersama? Itu belum lagi tentang kedatangan Aeyeon yang datang beberapa hari lepas itu. Dia tidak beritahu kepada sesiapa. Dia hanya pendam dan hadam sendiri.

'Kalau betul ada sesuatu yang tak mungkin terjadi, bakal terjadi, saya janji saya tak akan tinggalkan status saya sebagai isteri awak. Saya janji.'

TBC
I'm crying LOLS kat part ni. Aigoo... hahahah enjoy okey!

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now