Sekejap sahaja menghitung hari. Hari ini merupakan perkahwinan Aeyeon dan Mingyu. Majlis dilakukan secara tertutup sahaja. Hanya memanggil dua atau tiga orang tetamu untuk menjadikan majlis ini tidak kekok. Pukul 10 pagi majlis akan berlangsung. Tetapi jam 8 pagi Mingyu masih belum bangun dari tidur. Puan Kim dan Yihan berada di dewan majlis. Menyiapkan Aeyeon. Hana pula ditugaskan untuk Mingyu. Dia sendiri yang rela hati hendak menyediakan dan menyiapkan Mingyu seperti mana yang pernah diucapkan dulu. Sedih. Sangat sedih. Terpaksa mengharungi hari kebahagiaan suami sendiri sedangkan dia di dalam penderitaan yang entah bila akan berakhir.
Hana melangkah sayu untuk naik ke bilik Mingyu. Dia hanya berpakaian biasa sahaja. Tidak berniat langsung untuk ke dewan majlis. Perlahan-lahan memulas tombol itu. Bibir dikemam untuk menghilangkan rasa gemuruh dalam hati. Dan juga mengelakkan dari air mata terus jatuh.
Luas sahaja pintu bilik, Hana tersentak. Dia menekup mulut dengan tangan. Mingyu baring di atas katil dengan keadaan bilik yang cukup bersepah. Segala kertas, baju, dan barang lain bertaburan. Hana tidak tidur bersama dengan Mingyu sejak minggu lepas lagi. Hari ini barulah dia masuk kembali. Dia melangkah dengan berhati-hati. Mingyu masih tidur. Ketika itu barulah dia perasan tangan Mingyu ada bajunya. Baju yang belum dicuci lagi. Tuhan, hati Hana luruh di situ. Keadaan Mingyu teruk ketika ini. Walaupun mereka satu rumah, tetapi lelaki itu seperti hilang jejak langkahnya.
Hana melutut sambil menyeka air mata. Hana mengakui, dia tidak boleh memarahi Mingyu terlalu lama. Dia tidak mampu hendak berpisah dengan Mingyu walaupun Puan Kim tegas bersuara kelmarin. Jujur, semangat Hana ialah Mingyu. Hilang lelaki itu, hilang semangatnya. Tetapi bukan sekarang untuk dia mengenangkan rasa pedih dalam hati. Dia perlu mengejutkan Mingyu dan bersiap untuk ke majlis.
"Mingyu... Mingyu bangun..." tubuh Mingyu digegarnya perlahan.
"Min..."
"Hana... Hana..." Mingyu meracau. Hana menekup mulut. Dadanya sakit. Sampai macam tu sekali Mingyu melawan perasaan. Meracau-racau menyebut namanya. Hana menarik nafas. Dia nekad. Hari ini dia mahu membiarkan Mingyu melunaskan rindunya. Tanpa ada halangan kerana dia juga rindukan Mingyu. Sangat!
"Hana dekat sini, sayang. Bangunlah..." Mingyu bergerak sedikit. Matanya mengecil melihat Hana yang berada di hadapan mata. Hana cuba menahan menangis. Mata Mingyu kelihatan sedikit bengkak dan ada lingkaran bawah mata. Rambutnya juga tidak terurus. Badannya tidak setegap dulu. Cepat susut.
"Hana kat sini..."
"Hana!" Terus Mingyu bangun dan memeluk tubuh Hana. Hana memejamkan mata mendengar tangisan lelaki Mingyu keluar. Eratnya pelukan itu, seakan tidak mahu dilepaskan. Seminggu menanggung rindu sendirian di dalam bilik. Hanya ditemani dengan pakaian Hana sahaja. Tiap-tiap hari dia bersendirian. Dan hari ini ada wajah Hana di matanya.
"Saya rindukan awak, Hana. Rindu sangat-sangat." Pelukan masih dikejapkan. Hana menolak tubuh Mingyu perlahan. Dia sedar, bau badan lelaki itu tidak semenarik dahulu. Hatinya diketapikan dahulu. Yang penting, Mingyu akan disiapkan untuk majlis perkahwinan.
"Pergi mandi sana. Kejap lagi awak ken..."
"Hana..." Mingyu menyebut nama Hana. Dia perasan Hana cuba mengelakkan pandangan. Dia mengesot sedikit.
"Pandang saya..." perlahan dagu isteri kesayangannya ini ditarik supaya dekat dengan wajahnya. Hana mendongak dan mendekati wajah itu. Dia terlalu ingin mencium Mingyu. Terlalu ingin! Tetapi...
"Awak kena kahwin dengan Aeyeon. Pergi mandi, nanti saya siapkan pakaian awak. Okey?" Hana bangun. Dibatalkan sahaja niat untuk mengucupi suami sendiri. Dia bimbang dia tidak dapat mengawal hati. Takut jika dia sendiri yang terkandas nanti. Lebih-lebih lagi melihat Mingyu seperti hilang isteri.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanfictionSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...