Episode 56

4.7K 361 9
                                    

Hana hanya kaku duduk di hadapan Mingyu yang jelas sedang menayangkan wajah dingin dan bengis. Selepas tiga hari majlis dilangsungkan, ini adalah kali pertama Mingyu datang ke rumah ini. Sungguh, dia rindu. Dia gembira. Tetapi yang membuatkan dia rasa spoil apabila wajah Aeyeon juga bertandang ke rumah ini. Dia rasa tidak bebas jika wanita itu turut ada sekali. Tetapi masalah sekarang ini, Mingyu.

"Kenapa diam? Dah tak reti nak bagitahu saya yang awak gugur? Hmm?" Hana mendongak dengan mengecilkan mata mendengar ayat hamburan Mingyu itu. Bukan dia sengaja tidak mahu bagitahu, tetapi dia tidak mahu menganggu kebahagiaan Mingyu dan Aeyeon.

"Bukan tak nak bagitahu.. awak kan baru kah..."

"Penting sangat ke benda tu? Awak lebih penting tahu tak? Awak tu isteri saya. Saya nak..."

"Aeyeon pun isteri awak. Dia tengah mengandung sekarangkan? Saya ni dah tak ada apa-apa. Pergilah jaga dia sana. Jaga saya buat apa?" Tiba-tiba keadaan menjadi tegang. Emosi masing-masing kini berada di hujung tanduk. Pecah seorang, habis runtuh langit.

"Kenapa awak berubah? Kenapa awak jadi macam ni? Cakap jelah yang awak sebenarnya tak rela yang saya kahwin dengan Aeyeon kan?" Mingyu membentak pula dan dia nampaknya mula hilang sabar. Mereka berdua di dalam bilik, duduk berhadapan dan berada di atas katil. Mingyu tertekan sebenarnya. Tertekan dengan kerja, dengan Aeyeon yang tidak putus-putus untuk terus menggodanya, dengan Hana, dengan keluarga. Macam-macam! Dia sangat tertekan! Macam-macam benda kena lakukan.

"Saya tak nak bergaduh dengan awak." Hana mengundurkan tubuhnya ke belakang sedikit. Kaki dilunjurkan dan bersedia untuk tidur. Entah kenapa, sejak dua menjak ini dia mudah tersentuh. Tak boleh kena marah, tak boleh kena tegur. Macam sekarang. Mingyu marahkannya kerana tidak memberitahu bahawa dia keguguran. Dia tidak mahu menganggu Mingyu. Dia tidak mahu mengingati lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu bersedih dan dia tidak mahu mengenangkan perkara yang sedih. Cukuplah matanya bengkak kerana menangis sepanjang Mingyu tiada di sisi. Sumpah, dia ternanti-nanti kedatangan Mingyu tanpa Aeyeon. Tetapi hari ini.. lelaki itu datang bersama Aeyeon. Terasa dirinya terbatas untuk berdua-duaan dengan Mingyu.

"Sayang..." Mingyu kembali seperti dulu. Nafas dilepas panjang. Susah rasanya ada dua isteri. Dia perlu jaga yang dia sayang sahaja. Tetapi dalam masa yang sama dia terpaksa menjaga yang dia benci dan jelak. Dua wanita yang dia perlu jaga dan yang pasti, hanya satu wanita sahaja yang ada di hatinya. Hana.

"Pergilah tidur dengan Aeyeon. Dia cari awak nanti." Hana sengaja memenuhkan katil ini supaya Mingyu tiada ruang untuk berbaring. Tetapi tubuh kecilnya tidak cukup untuk memenuhi katil besar ini. Luas pula tu. Mana-mana Mingyu boleh baring.

"Tak nak. Biarlah dia. Pandai-pandai hidup." Mingyu melabuhkan kepalanya di atas bantal. Dia memejamkan mata. Tuhan, nikmatnya. Sepanjang berada dengan Aeyeon, dia tidak pernah tidur sekatil. Malah sebilik untuk berlama-lama pun dia tidak pernah. Geli. Jijik. Jelak. Macam-macam jenis perkara negatif ada.

"Tak baik tau.. abaikan isteri kedua." Sengaja Hana menekankan dua perkataan terakhir itu. Mingyu tidak menjawab. Sebaliknya hanya terlentang dan memejamkan mata. Nampak letih terbias pada wajah kacak itu.

Hana membetulkan perbaringannya. Sungguh dia rindu. Rindukan lelaki ini. Wajah Mingyu direnung dari sisi. Tadi dia marah. Tetapi sekarang sudah reda. Memang benar. Hana dan Mingyu tidak boleh memarahi antara satu sama lain lama-lama. Pasti sekejap sahaja akan pulih semula.

"Miss me, sayang?" Mingyu menanya dalam keadaan yang sama. Hana tersenyum nipis. Dia mengangguk.

"Hmm. Too much."

Mingyu membuka mata dan mengiring memandang Hana. "Tapi lepas ni, saya tak boleh datang sini hari-hari. Sibuk sikit dengan kerja. And omma. Dia marah saya lagi. Saya tak nak dia marah awak sebab saya selalu datang sini. Simpan rindu tu sekejap ya?" Pesan Mingyu. Kali ini Hana diam. Inilah yang dia tidak suka. Sedih dan terasa hendak menangis.

"Tak apa. Saya tak kisah." Pendek. Jelas Hana tidak yakin dengan diri sendiri. Boleh ke dia macam ni? Boleh ke dia tidak kisah sedangkan 3 hari Mingyu tiada di rumah, Hana meracau setiap malam dalam tidur.

"I promise, saya akan cari bukti yang saya tak salah dalam hal ni. Saya nak cari suami Aeyeon. Dia jelah salah satu orang yang boleh tolong saya dan selamatkan rumah tangga kita." Kata Mingyu lagi. Tangannya mengusap perlahan wajah Hana. Rambut yang tertutup pada wajah itu diselak ke belakang. Kemudian dia mendekatkan tubuh Hana supaya mendekatinya. Ya Tuhan dia rindu. Sangat rindu. Lama rasanya tidak begini.

"Awak tahu ke dia kat mana?"

"Itulah masalah dia sekarang ni. Saya tak tahu." Jawab Mingyu. Dia mahu cepat-cepat menceraikan Aeyeon. Menduakan Hana seperti ini langsung tidak menyenangkan hati. Memang tidak. Terpaksa berpisah selalu.

"Saya nak tolong..." Mingyu menunduk memandang Hana yang memandangnya.

"Tolong apa?"

"Cari suami Aeyeon tu..."

"Don't need."

Hana mengeluh pendek. "Saya nak tolong juga. Saya tahu awak penat. Mata awak ni..." jari Hana bermain pada mata Mingyu yang sembab.

"Kurang tidur eah?" Teka Hana dan Mingyu mengangguk mengiakan sahaja. Memang benar dia tidak cukup tidur. Jujur jelah. Sekarang memang dia hendak mengadu semua benda kepada Hana. Sumpah, dia tidak selesa dengan Aeyeon. Semua benda yang Mingyu buat bernafsu pada mata Aeyeon. Sehinggakan dia hendak menyuap makanan dalam mulut pun payah. Asyik direnung sahaja. Rimas.

"Datang sini nak tidur dengan isteri tercinta." Lantas tubuh Hana dipeluk seerat yang mungkin. Hana ketawa mendengar kata-kata Mingyu. Berbunga hati tiba-tiba. Lama rasanya tidak measai keadaan macam ni. Rindu sangat.

Keadaan sunyi menandakan masing-masing sedang melayan mata. Baru mereka berdua masuk ke fasa tidur, pintu bilik diketuk.

"Siapa?" Mingyu menjerit dari dalam dengan suara lemah. Mengantuk.

"Omma ni! Mingyu, Aeyeon sakit perut tu. Temankan dia dalam bilik."

Lemah terus tubuh pasangan ini. Mingyu menjatuhkan kepalanya malas di atas bantal. Hana pula tidak terkata apa. Dia tahu ini muslihat Aeyeon. Tahu sangat. Sakit perut. Aih.. tapi Aeyeon mengandung. Mungkin betul.

"Pergilah cepat. Dia perlukan awak." Hana menepuk lengan Mingyu beberapa kali. Mingyu memandang Hana. Terbias rasa sayu pada mata itu tetapi Hana diamkan sahaja. Dia perlu keraskan hati dan pandai menjaga hati madunya meskipun sakit untuk menghadapi.

"Tapi saya rasa awak lebih perlukan saya..." Hana menggeleng kecil.

"Dia mengandung, Mingyu. Pergilah..." Hana memujuk. Mingyu seperti hendak menghantukkan kepala ke dinding sekarang. Hana terlalu baik. Sehingga sanggup korbankan waktu-waktu bahagia seperti ini kepada orang yang tidak sepatutnya rasa kebahagiaan.

"I love you, sayang..." Mingyu mengucup bibir Hana sekilas. Lalu dia mengatur langkah ke pintu bilik dan meninggalkan Hana sendirian di bilik. Hana melepaskan nafas panjang setelah Mingyu hilang. Inilah dia. Inilah dia yang dia takutkan. Mingyu akan mula memberikan sepenuh perhatian untuk Aeyeon. Dengan ini, hubungannya dengan Mingyu bakal regang dan... ah! Dia tidak mahu fikirkan itu. Tidak. Perpisahan tiada dalam kamus hidupnya. Mungkin Mingyu akan abaikannya sedikit demi sedikit? Mungkin...

TBC

Nak tahu tak, saya taip semua part ni masa WiFi saya mati. So.. jangan terkejut saya spam update. Enjoy!

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now