Episode 18

5.5K 470 5
                                    

Lagu Sway berkumandang. Sementara Hana dan Kai pula sedang menyusun rentak untuk tango mereka.


"Ready?" Kai membisik perlahan pada telinga Hana. Hana mengangguk teruja. Sudah lama dia hendak belajar dengan lebih dalam tentang tarian tango ini. Lama dia menanti kepulangan Kai. Akhirnya dapat juga dia belajar.

"Go..." rentak diatur. Lemah lembut tubuh dua penari ini berdansa mengikut rentak muzik yang didendangkan. Gaya mereka tidak ubah seperti sepasang kekasih. Tarian yang cukup menggoda.

"Wow! Kau makin mahir sekarang. Siapa ajar?" Kai berkata perlahan. Tarian tetap diteruskan.

"Kim Jong In..." berderau darah Kai ketika itu apabila Hana tiba-tiba berubah menjadi seksi pula. Inilah yang dia tak suka. Hana memang kaki goda lelaki dengan tariannya. Terasa meremang bulu roma apabila tangan Hana mengusap lembut belakang tubuhnya.

"Hana, kau jangan nak mengada-ngada. Side sexy keluar tiba-tiba dah kenapa? Aku rasa part tadi tak masuk." Kai ketawa kecil. Hana melihat cermin besar yang menampakkan pergerakkan tubuhnya bersama Kai. Dia tersengih kambing.

"Baru kau tahu ke? Side sexy aku memang dah lama keluar." Hana mencuit perlahan hidung Kai menyebabkan lelaki itu seakan hilang arah. Ditarik kejap pinggang Hana. Hana tersentak.

"Ke.. kenapa? Kai?" Tarian terhenti. Hana melihat anak mata Kai yang tajam menikam anak matanya. Gerun melihat wajah serius lelaki itu.

"I hate you.." Kai membisikkan ayat itu perlahan sebelum melepaskan Hana dan meneruskan tarian. Terbahak-bahak Hana ketawa.

"Seronok kau ya? Aku masukkan part ni eah?" Kai datang ke arah Hana lantas diangkat tubuh itu perlahan-lahan di atas bahunya.

"Kai!! Aku gayat! Turunkan balik!" Nak ketawa, nak menangis, nak menjerit, nak marah. Semua bercampur aduk kerana dia memang rasa nak toreh muka kacak Kai jika lelaki itu bertindak mengangkat tubuhnya ketika tango.

"Kai!" Hana menundukkan tubuhnya dan meronta kecil. Mereka sama-sama terjatuh dan ketawa. Lagu masih tidak tamat tetapi mereka sudah ketawa geli hati.

"Kau makan apa?! Batu?! Beratnya! Sakit tulang aku." Kai duduk. Hana turut sama duduk.

"Kaulah! Mengada nak angkat. Kan dah..." Hana mengelap air mata yang mengalir. Sakit perut dia menahan gayat tadi.

"Unnie! Oppa!" Tiba-tiba bilik latihan ini dipenuhi dengan tiga orang gadis lingkungan 20-an yang merupakan pelajar Hana dan Kai.

"Sae Ra, Ae Jung, Ahreum? Awal sampai?" Kai menyapa dan bangun. Ketiga-tiga gadis itu tersenyum nipis.

"Dah lama tak ke kelas. So hari ni awal sikit datang." Kata Sae Ra. Kai mengagguk.

"Romantik betul dance tadi. Ajar Ahreum boleh?" Ahreum tersenyum comel. Dipandang wajah Kai dan Hana silih-berganti.

"Boleh, Ahreum. Jangan risau..." Hana menjawab. Kai menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Girls, unnie nak turun kejap. Kalau dah cukup orang, ambil kedatangan. Nanti jumpa unnie ya? Untuk yuran bulan ni." Pesan Hana. Mereka bertiga menganggukkan kepala. Hana turun ke tingkat bawah. Kakinya menghala ke kabinet. Telefon bimbit yang dicharge tadi dicapai.

"Misscalled?" Hana mengerutkan dahi. Jarinya lincah menyentuh skrin.

"Mingyu?"

"Seol Hana..."

TBC

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now