Mingyu mencapai kunci kereta Hana dan kunci keretanya yang tersangkut pada tempat penyangkut kunci. Hana yang melihat kelakuan lelaki itu mengecilkan matanya. Panas telinga dibuatnya menerima bebelan pedas dari Mingyu semalam. Hana hanya mampu menahan walau hakikatnya sakit segala organ menerima omelan lelaki itu.
"Mingyu..." Hana memanggil. Dia masih berpakaian tidur. Matanya digagahkan juga untuk celik meskipun hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa mengantuknya mata! Semua ini memang berpunca dari Mingyu. Kalau bukan kerana suaminya itu membebel tak berhenti, sudah lama dia lena.
"Nak apa?" Soal Mingyu, dingin. Dia sibuk menghidupkan enjin kereta Hana yang tidak boleh dihidupkan ini. Mingyu masih marah dengan Hana kerana tidak memberitahunya tentang kemalangan yang melibatkan isterinya itu.
"Kim Mingyu!"
"Nak apa, Hana?!" Mingyu mengetap gigi sambil menjengilkan mata memandang Hana. Sengaja dibesarkan matanya itu.
Hana diam. Akur sahaja. Dia meletakkan pipinya pada sisi pintu sambil melihat Mingyu. Lelaki itu berbaju putih bersama seluar jeans hitam. Ringkas. Diperhatikan sahaja lelaki itu menggodeh setiap inci kereta berjenama Audi itu. Tiada tanda-tanda untuk kereta itu hidup. Berkali-kali Mingyu cuba hidupkan, tetapi gagal juga.
"Mingyu..." Hana memanggil lagi. Dia menyarungkan selipar dan berjalan perlahan menuju ke arah lelaki itu.
"Nak apa?" Soal Mingyu dengan suara gemersiknya sambil mengusap perlahan kepala Hana yang bertutup dengan hoodie itu. Harus juga berlembut meskipun masih dalam keadaan cukup sebal dengan Hana.
Hana mengeluh pendek sambil melihat keretanya. Semalam macam tak teruk mana. Kenapa bila tiba pagi ini, macam teruk pulak?
"You masih marahkan I lagi ke?" Tanya Hana sambil mendongak memandang Mingyu. Dipegang hujung baju lelaki itu. Serupa minta gula-gula dengan suami sendiri. Comel.
Mingyu tidak menjawab. Menggeleng tidak, mengangguk juga tidak. Hanya diam merenung anak mata Hana yang mula berkaca itu.
"Gyu... I ask you ni. Jawablah..." Hana merungut kecil dengan suara yang bergetar. Hana kelihatan sedikit gementar dan gerun jika Mingyu masih marahkannya.
Mingyu tetap diam. Dia menutup pintu kereta Hana. Sengaja mengabaikan soalan isterinya itu.
"Mianhae..." Hana menaikkan tangannya sehingga ke lengan Mingyu dan berdiri menghadap lelaki itu. Diberanikan juga dirinya walaupun jantungnya ketika itu kuat mengepam darah ke seluruh badan. Matanya juga mula berkaca hebat. Seakan memberi tanda yang dia mahu menumpahkan empangan air di sini.
"I tak nak menyusahkan you kalau I bagitahu yang I..."
"You tak pernah menyusahkan I, Hana. Buat apa nak sorokkan benda serius macam ni? Nasib baik you tak apa-apa. Kalau cedera teruk? Macam mana?" Soal Mingyu bertalu-talu menyebabkan Hana semakin dihambat rasa bersalah yang amat sangat. Dia menunduk. Tangannya terlepas dari lengan Mingyu.
"Please... bagitahu I kalau lepas ni ada jadi apa-apa kat you. I tak nak ada rahsia antara kita." Kata Mingyu lagi tetapi dengan suara yang lebih lembut dan memujuk. Dia tahu Hana sedang berlawan dengan perasaan sendiri. Dicapai tangan isterinya itu dan digenggam perlahan.
"I sayang you tau. Jangan simpan apa-apa dari I. Even benda tu, benda kecil je. Okey, sayang?" Mingyu menolak hoodie Hana ke belakang. Diselak rambut Hana yang menutupi dahi itu. Setelah itu, diletakkan bibirnya pada dahi Hana. Hanya sekilas.
Hana memejamkan mata. Sejuk rasa tangan dan kaki ketika ini. Lebih-lebih lagi menerima sentuhan dari Mingyu. Lemah rasanya segala urat saraf dalam badan.
"Hana... pandang I..." arah Mingyu. Ditarik wajah itu supaya memandangnya. Tersenyum Mingyu melihat wajah Hana yang memerah itu. Blushing mungkin.
"Say something..." kata Mingyu. Hana tidak tahu hendak memberikan respon apa. Masih kaku.
"Hana... I beristerikan patung ke? Patung secan..."
"Tak payah gediklah." Hana menolak dada Mingyu perlahan apabila Mingyu tiba-tiba mendekatkan tubuh ke arahnya. Walaupun adegan seperti itu sudah banyak kali menimpa Hana dan Mingyu, Hana tetap malu. Bagaikan ada virus yang merebak.
Mingyu ketawa. Direnung wajah Hana dalam-dalam. Ya, lama-kelamaan dia mula rasa... rasa bahagia. Bahagia yang selama ini tidak pula dia rasa ketika bercinta dengan Aeyeon dahulu. Bahagia yang kali ini, seakan bahagia yang sukar untuk ditafsirkan. Sayang Hana? Ya, dia sayang. Suka malah. Tetapi yang satu tu.. dia tidak pasti dan baginya... mungkin tidak sampai lagi?
"Mingyu..."
"Yes, my dear?"
"Boleh hantar I ke studio pagi ni? I ada class." Pinta Hana sambil melenggokkan tubuhnya sedikit.
"Emm.. boleh. Tapi tunggu Cheol dengan Hoshi datang sekejap boleh? Dia nak hantar kereta you pergi bengkel."
"Ohh.. okey. I nak naik masuk dalam. Nak dress up." Hana meminta diri untuk beredar. Tetapi tangannya direntap perlahan. Hana menoleh. Wajah Mingyu dipandang dengan tanda tanya.
"Nak apa?"
"Morning kiss for me..." Mingyu tersengih kecil menampakkan gigi tariknya yang kelihatan itu. Dihalakan jari telunjuknya pada bibir. Hana yang melihat sedaya-upaya menahan ketawa. Dilepaskan tangannya dari pegangan Mingyu sebelum beredar dari situ. Hana tersenyum sendiri ketika masuk ke dalam rumah. Berbunga hati rasanya. Bahagia kini sedang menyelubungi diri.
"You make me crazy, Kim Mingyu!"
TBC
Daily update? Tak sanggup!!
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
Fiksi PenggemarSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...