"Omma tak peduli! Kamu setuju atau tak setuju, minggu depan kamu kena kahwin dengan Aeyeon! Titik!" Berderai air mata Hana dibuatnya ketika itu. Dia masih dihambat rasa kecewa. Kecewa yang amat sangat. Masih terbayang lagi bagaimana keadaan Mingyu dan Aeyeon separuh tidak berpakaian tadi. Pecah berderai pinggan mangkuk yang ditatang dalam dulang melihat aksi tidak bermoral itu. Aeyeon dan Mingyu bercium. Isteri mana yang tidak pedih mata melihat? Dengan mata sendiri pula tu! Mata sendiri yang melihat.
"Omma... Gyu... Gyu cuma..." Mingyu hilang kata-kata. Salah dia juga tadi. Disebabkan perasaan rindunya terhadap Hana membuak,ketika dia keluar dari tandas, terus ada jasad yang memeluknya. Dan entah kenapa suasana bilik itu gelap. Jadi dia sangkakan itu Hana, diteruskan sahaja aktiviti tu. Tidak sangka langsung yang memeluknya tadi ialah Aeyeon.
"Tak ada! Minggu depan, Mingyu. Minggu depan. Omma akan pisahkan kamu dengan Hana sementara waktu. Hana duduk dengan omma dan Yihan. Kamu berdua... duduk di kondo. Jangan jumpa Hana, Mingyu. Omma tak izinkan." Kata Puan Kim lagi, tegas. Hana berada di sebelah Yihan hanya menunduk. Dia sedang kecewa. Wajah Mingyu pun dia tidak mahu lihat sekarang ini. Dia terlalu marah. Malah hatinya rela jika Mingyu dan Aeyeon disatukan. Tempat berpautnya selama ini buat dirinya tidak percaya. Dia kecewa. Sangat kecewa.
"Tapi omma... sayang..."
"Mingyu..." Puan Kim membesarkan matanya memandang Mingyu. Mingyu diam. Aeyeon yang berada di sebelahnya hanya menunduk. Dalam hati wanita itu sudah bersorak gembira kerana rancangannya ini berjalan dengan lancar. Dia menyangka Hana sahaja yang ada tadi. Tetapi rupa-rupanya dengan Puan Kim sekali ada di rumah. Dia pun apa lagi, teruskan sahaja 'lakonan' sehinggalah kata persetujuan Puan Kim terlunas. Bahagia.
"Jom unnie. Kita naik atas." Yihan membantu Hana bangun. Hana bagaikan tiada kudrat lagi untuk bergerak. Lemah segala urat saraf dalam badan.
"Sayang..." Mingyu bangun. Ditarik lengan Hana supaya ikut dia keluar. Khabar baik, Hana tidak menghalang dan mengikuti sahaja langkah Mingyu. Puan Kim dan Yihan hanya biarkan sahaja suami isteri itu bercakap buat seketika sebeluam 'dipisahkan' nanti.
"Sanggupkan buat saya macam ni?" Mingyu menuturkan kata-katanya. Hana terus mendongak.
"How dare you to ask me like that? Awak cakap saya macam tu, awak tu? Sanggup awak buat benda tu belakang saya? Hah?!" Angin Hana tidak dapat ditahan-tahannya lagi. Sumpah, dia sedang bergolak dengan macam-macam perasaan.
"I'm sorry, sayang. I'm sorry." Mingyu menarik kedua-dua tangan Hana dan dibawa ke bibir. Tetapi tidak sempat lagi bersentuh, Hana merentap kasar.
"Bagi saya masa. Saya tak nak kacau kebahagiaan awak dengan Aeyeon. Ingat, next week awak akan berkahwin dengan dia. Jangan dekat dengan saya lagi, Mingyu." Hana melangkah ke belakang dua tapak untuk menjauhi lelaki itu. Tetapi Mingyu mendekati tiga tapak ke hadapan. Membuatkan tubuh mereka kembali rapat. Sehingga terasa lekuk tubuh Hana pada tubuh Mingyu.
"Awak akan menyesal sebab izinkan saya kahwin dengan Aeyeon."
"Dah memang itu yang awak nakkan?"
"Saya tak pernah minta pun untuk kahwin dengan dia. Banyak kali saya cakap, saya takkan kahwin dengan dia. Awak nak saya buat apa lagi, Hana? Belah dada saya, tengok nama siapa yang ada dalam hati saya sekarang. Nama awak Hana. Nama awak..."
"Saya tak percaya." Luruh terus jantung Mingyu. Kepercayaan Hana hilang begitu sahaja. Dia mengetap gigi. Ini semua salah Aeyeon.
"Awak buat saya hilang percaya pada awak. Semua salah awak. Saya ingat awak tak suka Aeyeon ada kat sini. Rupa-rupanya..." Hana ingin beredar. Tetapi cepat sahaja Mingyu menangkap tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukannya.
"Saranghae..." Hana menahan air mata dari terjatuh. Tuhan, perlu dia merasakan perkara ini setelah menempuh kebahagian dengan Mingyu hampir setengah tahun?
"Lepas..." Hana meronta kasar. Tubuh Mingyu ditolak.
"Awak cintakan saya?" Soal Mingyu. Tangan Hana dipegang. Hana menunduk.
"Saya tak tahu saya cintakan awak ke tidak. Lepas awak dah buat saya..." terus Hana melarikan diri dan naik ke atas meninggalkan Mingyu bersama hatinya yang punah berderai. Mingyu terduduk. Tanpa sedar, dia menangis. Akhirnya... perkara yang tidak akan terjadi, bakal terjadi. Dia terpaksa duakan Hana. Atas kesilapannya sendiri.
TBC
Finally! Ini dia konflik terbesar mereka! Jangan menangis. Sebab ada benda yang buat kalian akan menangis teresak-esak. Muahahahhahaha!! Enjoy!
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
أدب الهواةSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...