Episode 42

4.5K 382 21
                                    

Kaki panjangnya melangkah laju masuk ke dalam bangunan hospital ini. Pakaiannya seperti biasa. Labuh, berwarna gelap dan ada selendang yang menutupi separuh wajahnya. Fikirannya hanya memikirkan seseorang. Seseorang yang dia cintai. Tidak pernah terpadam walau sesaat.

-----

Hana terjaga. Perutnya lagi tadi tidak rasa selesa. Bagaikan ada sesuatu yang berjalan-jalan. Seakan-akan ada 'bubble' yang bergerak-gerak.

Disebabkan tidak selesa, Hana bangun dari sofa. Dia tidur di situ, menemani Mingyu yang masih lena akibat penangan ubat yang masuk ke dalam tubuh. Mesti tidak sedar. Hana menyentuh perut dengan dahi berkerut. Rasa tidak sakit, tetapi tidak selesa.

"Lapar kut..." Hana menggumam perlahan. Tergerak hatinya hendak ke kafe hospital yang berada di bawah. Tetapi... ini hospital. Perasaan takut itu masih ada. Lagipun Mingyu tiada sesiapa yang menemani. Puan Kim, ibu mertuanya masih dalam perjalanan ke sini bersama Yihan. Tetapi mungkin jalan sesak. Sebab itu lambat.

Hana berdiri. Dia mahu ke tandas. Mujur ini ialah bilik VVIP. Di dalam bilik ini tersedia tandas khas. Tidak perlulah Hana keluar untuk ke tandas. Mingyu juga tidak perlu dirisaukan lagi jika dia tinggalkan sementara.

Hana melangkah perlahan menuju ke pintu yang ada di hujung bilik. Tombol dipulas, tubuhnya terus hilang masuk ke dalam.

------

"Cik, boleh saya tanya, pesakit bernama... Kim Mingyu kat wad mana ya?"

"Sebentar ya, puan." Jururawat berpakaian pitch itu memesan. Lincah tangannya mencari nama yang diminta oleh wanita berpakaian labuh dan berselendang menutupi separuh wajah ini.

"Emm.. dia ada di wad 4 Anggerik. Ruangan VVIP." Jururawat itu memberitahu selepas dalam beberapa saat berlalu. Dia tersenyum ke arah wanita ini.

"Terima kasih." Wanita itu menunduk separuh tubuh sebelum membuat langkahan pantas ke bilik yang dikatakan jururawat tadi.

"Mingyu.. aku datang untuk kau..." bibirnya mengomel perlahan. Kakinya laju sahaja melangkah sehinggalah tiba di wad VVIP berkenaan. Agak menggigil tangannya hendak menolak slidding door bilik itu. Tetapi dikuatkan hatinya. Pintu slidding dibuka. Terus matanya melihat sekujur tubuh seorang lelaki terbaring atas katil.

"Oh my... Mingyu..." dia mendekati perlahan-lahan katil Mingyu. Matanya hanya tertancap pada figura itu. Lelaki yang ditinggalkannya hampir setengah tahun. Lelaki yang membuatkannya gila setiap masa. Jantungnya berdebar. Entah, dia tidak tahu. Tetapi dia sedang berdebar. Seperti mula-mula dia jatuh cinta dahulu.

"Mingyu..." tangannya menyentuh wajah itu perlahan-lahan. Terketar-ketar juga tangan dia ketika itu. Rasa tidak percaya bahawa dia dapat menyentuh lagi lelaki ini setelah meninggalkannya lama.

"Aku cintakan kau. Aku menyesal buat kau dulu. Aku menyesal. Hidup aku tak seindah orang lain. Aku sedar, yang kau memang untuk aku. Aku... aku nak kita macam dulu, sayang. Aku nak macam dulu..." wanita itu menangis dalam ucapannya. Terhingut-hingut bahu dia dibuatnya gara-gara menangis. Tangannya tidak lepas dari terus menyentuh Mingyu. Bagaikan tidak mahu dilepaskan. Cintanya kembali. Sayangnya hadir. Rindunya tidak terlunas. Kalau Mingyu sedar...

"Tapi... aku nak kau ceraikan isteri kau! Aku tak nak kau dengan dia. Aku nak kau dengan aku je. Isteri kau perampas. Aku yang cintakan kau dulu. Bukan dia." Dia marah pula. Meskipun air mata masih mengalir.

"Kalau kau tak nak ceraikan dia, aku sanggup jadi isteri kedua. Aku sanggup." Bagai kurang siuman, dia bercakap pada Mingyu. Mingyu tidak akan sedar kerana suaranya perlahan dalam nada berbisik. Tangannya juga hanya diam menyentuh tubuh Mingyu. Tidak goncang, tidak gegar. Tidak menganggu tidur lena Mingyu.

"Aku cintakan kau..." dia kembali menangis. Tetapi dia ketawa. Emosi yang bercampur baur yang mampu buat orang yang melihat menyangka, dia orang kurang siuman.

Dia menilik wajah Mingyu. Diperhati seluruh wajah itu sebelum turun pada bibir pucat Mingyu. Jarinya menyentuh tempat itu perlahan. Rindu. Dia rindukan Mingyu. Terlalu rindukannya. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala. Niat di hati, tidak boleh ditahan lagi.

Dia memejamkan mata. Wajahnya dan Mingyu semakin mendekat. Tetapi apabila hidung mereka mula bersentuhan, telinganya menangkap bunyi pam air dari tandas. Niat terputus. Matanya membulat dan segera dia mengangkat kepala. Akibat cemas, terus sahaja dia berlari keluar dari bilik ini tanpa sempat melunaskan niat.

TBC
Nak exam dah ni. Update start slow balik. Ahahahaha tabahnya hati bila EXO COMEBACK KITA DUK EXAM 😬😬😬😠😠😠

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now