"Baguslah kalau dah boleh baik. Lega omma..." kata Puan Kim sambil menarik nafas lega. Direnung Yihan dan Mingyu sedang mengemas baju masuk ke dalam beg.
"Emm... lepas ni, oppa dah tak boleh makan kekacang. Haram! Jangan makan benda alah tu lagi." Kata Yihan pula. Beg kecil Mingyu dizip. Mingyu menjeling tajam adiknya.
"Masalahnya ni alahan pelik. Selama ni baik je makan kekacang. Ni sampai bengkak-bengkak salur tekak." Kata Mingyu. Nak mempertahankan juga kebenarannya. Salah satu makanan yang sedap dikunyah ialah, kacang. Ni, tak boleh pulak. Meraung.
"Itulah. Omma pun pelik sebenarnya kenapa kamu tak boleh makan kekacang . Kalau masa baby tak apa, ini dah tua macam ni baru tak boleh makan kacang."
"Omma... ayat 'tua' tu..." Mingyu mengangkat kepala memandang si ibu. Puan Kim hanya membuat wajah tidak tahu sahaja sementara si Yihan seronok mengetawakan abangnya.
"Ni.. omma nak uruskan check out kamu kejap." Puan Kim membetulkan tali beg tangan yang disangkut pada bahu. Mingyu melabuhkan punggungnya di birai katil sambil menganggukkan kepala. Puan Kim terus sahaja keluar, meninggalkan kedua-dua anaknya di dalam bilik ini.
"Oppa... nak baring ke nak duduk?" Soal Yihan.
"Duduk aje. Malas nak baring." Jawab Mingyu, perlahan. Yihan hanya mengangguk dan membawa beg galas Mingyu berisi pakaian ke sofa. Kemudian dia membawa dirinya juga di sebelah si abang kesayangan.
"Yihan, Hana unnie mana?" Seakan baru teringat tentang isterinya. Pagi tadi Hana ada. Tetapi apabila tiba tengahari, Hana pulang dan memberitahu akan datang semula nanti. Tetapi sampailah dia dibenarkan pulang ke rumah, Hana masih tidak menayangkan batang hidung.
"Hana unnie? Masa Yihan dengan omma keluar rumah tadi, tak ada pula sesiapa yang singgah. Kereta Hana unnie pun tak ada. Bukan dia kat hospital ke tadi?" Yihan mengerutkan dahi, hairan.
"Ya. Tapi tadi dia balik sebab nak mandi, tukar baju apa semua. Lepas tu dia cakap, tengahari nanti dia datang lagi. Masalahnya, sampai sekarang tak ada lagi. Mana dia?" Terdiam sekejap Yihan dibuatnya. Pulak dah macam tu. Dia mengalihkan matanya ke tempat lain.
"Cuba call." Cadang Yihan.
"Nak call pakai apa? Gigi? Phone oppa tak ada. Kat rumah." Mingyu menayangkan wajah 'annoying' kepada Yihan. Yihan menjeling kecil. Tangannya menyelongkar beg tangan mencari telefon bimbit.
"Nah, call pakai ni." Yihan menghulurkan Samsung A8 miliknya kepada si abang. Mingyu menyambutnya. Terus dia menyalakan skrin itu dan mendail nombor Hana. Yihan memerhati sahaja tingkah laku abangnya itu.
Mingyu berdecit sedikit apabila panggilannya tidak berjawab.
"Dapat tak?"
"Tak." Mingyu kembali menekupkan telefon ke telinga. Tetapi sama juga seperti tadi, tidak dijawab.
"Tertidur kut, oppa. Alah nantikan kita balik rumah jugak. Tak lari tak Hana unnie tu." Yihan mengambil semula telefon bimbitnya dari tangan Mingyu. Mingyu hanya diam. Dia tidak menjawab apa-apa. Tetapi hatinya risau tentang Hana.
-------
"Aku cakap, jangan angkat call tu."
Mencerlung mata Hana memandang seorang wanita berselendang menutupi separuh muka yang berada di hadapannya ini.
"Kau nak apa dari aku? Hmm? Kau nak apa?" Hana menyoal dengan tenang. Tetapi hakikatnya hatinya seperti ada ribut taufan! Risau dan ingin tahu, siapa yang menelefonnya sebentar tadi.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanficSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...