Hana membuka pintu studionya setelah tiba sahaja di bangunan ini. Mingyu pula masih di belakang. Sedang berbual dengan orang di telefon. Nampak seperti terlalu mustahak sehingga berkerut-kerut dahi lelaki itu dibuatnya. Hana menolak pintu studio dan masuk ke dalam. Mingyu mengekorinya dari belakang.
Beg komputer riba diletakkan di atas meja. Suis lampu dan alat penghawa dipetik selepas itu. Sambil-sambil itu dia memandang Mingyu yang masih berdiri bercekak pinggang di pintu.
"Okey, thanks hyung..." Mingyu mengakhiri talian. Hana memandang lelaki itu.
"Siapa?" Soal Hana sambil melabuhkan punggung pada sofa. Dia meregangkan urat saraf pada tubuh sebelum memulakan class pada hari ini.
"Seung Cheol hyung..."
"Ahh.. dia yang datang tadi tu? Dengan Hoshi tadi tu?"
"Ya. By the way sayang," Mingyu datang mendekati Hana dan duduk di sebelah gadis itu. Hana menanti ayat selanjutnya daripada Mingyu.
"Kereta you kena stuck kat workshop 2 weeks."
"What?!" Katup sahaja mulut Mingyu, Hana menjerit kerana terkejut. Terkebil-kebil anak matanya memandang wajah Mingyu.
"Kenapa lama sangat?!" Soal Hana laju.
"Mekanik tu cakap kat Cheol hyung, kereta you teruk. Dah tu workshop tu ramai orang. Kereta you pula baru hantar tadi. Sebab tu lambat." Beritahu Mingyu lembut. Berhati-hati dia menuturkan ayatnya supaya tidak mengundang sebal dalam hati Hana. Bukan dia tidak tahu, kereta itu ialah kereta kesayangan isterinya. Sudah tu pula kereta itu 'sakit', lagilah sakit Hana dibuatnya.
"Alah, Gyu..."
"Apa, dear?"
"Kereta I..." Hana menekupkan muka dengan tangan. Terasa ada cecair hangat keluar dari mata. Terlalu sedih sehingga menangis.
"Ya, I tahu. I ada kan? Boleh hantar you mana you nak pergi..." kata Mingyu, memujuk. Diusap perlahan kepala isterinya itu.
"Tak sama..." diseka air mata yang mengalir. Mana tak sedih, sudah dianggap kereta itu seperti nyawanya. Sakit kereta itu, nazak Hana di sini.
"Sama jelah, sayang. Kereta jugakkan? I hantar pakai kereta..."
"Itu hantar. Ini I drive sendiri pakai kereta tu. Mana sam..." terputus ayat Hana apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Mingyu.
"Okey, okey, okey. Dahlah, jangan nangis. Macam budak kecil." Sempat Mingyu menyakat walhal Hana sedang berperang dalam pelukannya. Walaupun hanya sekadar kereta, tetapi hati mana yang tidak sedih? Setiap hari dipandu ke sana ke mari, alih-alih, 'masuk hospital wad kritikal'. Ingat tak sedih ke?!
Tanpa sedar, Hana membalas pelukan Mingyu. Erat. Kehangatan tubuh lelaki itu menyebabkan dia tidak mahu melepaskan pelukan. Dibiarkan air matanya tidak diseka. Dibiarkan sahaja jatuh pada baju lelaki itu. Sementara Mingyu pula hanya membiarkan Hana melayan perasaannya. Diusap perlahan kepala isterinya. Sesekali dikucup kepala itu tanda sayang. Baru dia sedar, kebahagiaan yang sebenar selama ini datang dari perkahwinan ini. Datang dari Hana sendiri.
"Entah-entah you tipu I kan? Sebenarnya dua hari je kan? Bukan dua minggu?" Sergah Hana lalu ditolak dada Mingyu secara tiba-tiba. Seperti hendak tercabut jantung dibuatnya gara-gara disergah seperti itu.
"Terkejut I, sayang. I nak tipu you buat apa? Bukan I dapat diamond jatuh dari langit pun." Balas Mingyu. Dipandang sayang wajah Hana. Diseka perlahan air mata itu dari wajah Hana.
Hana diam seketika. Dia memejamkan mata. Terasa dirinya disayangi apabila Mingyu melakukan perkara itu ke atas dirinya. Semakin hari dia semakin sayang. Lebih-lebih lagi apabila Mingyu menunjukkan jelas kasih sayang itu terhadapnya. Terasa sayang itu semakin kukuh.
"I sayang kereta I..."
"Lebih sayang dari you sayang I?"
Hana melepaskan pelukan longgar itu. Dia tiada perasaan hendak bersayang-sayang segala. Mood melayang. Tubuh diangkat untuk bergerak naik ke atas. Sekejap lagi pelajar-pelajarnya akan tiba.
"Hana..." Mingyu bangun juga. Dia mula risau dengan keadaan Hana.
"I nak naik atas. You kata you nak jumpa Hoshi. Pergilah. I boleh balik naik teksi." Kata Hana lalu mencapai beg komputer ribanya di atas meja. Sedia untuk naik ke atas. Tetapi lengannya masih kejap dipegang Mingyu.
"You marah I?"
"Tak." Jawab Hana ringkas. Dia tidak marah. Cuma dia tiada perasaan hendak berbual mahupun bercakap.
"Tunggu I okey? I jumpa Hoshi sekejap je. Tak lama. Nanti I datang balik ambil you. Okey?"
Hana hanya angguk. Terlepas keluhan dari mulut Mingyu. Perlahan-lahan tangannya dilepaskan dari terus memegang lengan Hana. Tanpa isyarat, Hana terus berlalu untuk naik ke atas. Mingyu hanya memerhati sahaja. Baru dia tahu, sikap Hana akan berubah jika melibatkan benda yang gadis itu sayang.
TBC
SaeShi scene will coming~~
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
أدب الهواةSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...