Episode 23

6K 509 58
                                    

Mingyu memerhatikan Hana yang sedang menyapu krim malam pada wajah cantiknya di hadapan cermin. Malas betul kaki hendak melangkah ke bilik sendiri. Dia merasakan bilik Hana lebih seronok dan selesa dari biliknya. Tiada teman hendak berbual dan bertikam lidah dengan Hana yang sesekali memang kuat juga perangai cari pasalnya.

"Hana... I.. I nak minta maaf pasal tengahari tadi. I ada emergency call dari klien. Tu tadi terpaksa tinggal you dulu. Nak call, phone I mati. Tak ada bateri. Sorry, dear." Ucap Mingyu panjang lebar. Dia betul-betul rasa bersalah. Rasa tidak tenang ketika memandu pulang tadi kerana memikirkan cara bagaimana hendak menerangkan tentang perkara ini kepada Hana. Bukannya dia sengaja membiarkan Hana termangu sendirian.

"Tak apa. I okey." Jawab Hana, ringkas. Malas hendak membahas lebih lanjut. Lagipun dia tahu, Mingyu sedang sibuk sekarang. Jadi tiada masa untuk lelaki itu meluangkan masa lebih lama sedikit dengannya.

Hana melepaskan tuala yang membelit rambut dan membetulkannya perlahan. Mingyu memerhatikan tingkah laku Hana itu dengan mata yang dikecilkan. Entah. Tiba-tiba perasaan itu hadir.

"Hana..." tegur Mingyu sambil menyandarkan tubuh pada kepala katil. Rambut yang menutupi dahi diselak perlahan ke atas.

"Yes?"

"Why you look so sexy tonight?"

Hampir tersedak air liur Hana mendengarnya. Kepala ditolehkan memandang Mingyu di atas katilnya. Begitu selesa melabuhkan tubuh yang tidak lagi disirami air itu. Pulang tadi, terus landing.

"You sihat tak ni? Tiba-tiba puji I pulak."

"Tak sihat." Selamba Mingyu berkata dengan letusan ketawa halus. Kepala digeleng perlahan. Tersenyum dia melihat wajah Hana yang berubah aura itu.

"Jangan nak mengarutlah malam-malam ni. Tak lawak."

"Sebab tak lawaklah I cakap, sayang..." kata Mingyu dan sekali lagi Hana seakan tercekik tulang ayam yang melintang di tekak. Mata dipejamkan rapat. Perlu ke seksa Hana sebegini? Sakit rasanya seluruh tubuh badan supaya tidak terpengaruh dengan ucapan romantik suaminya sendiri itu.

"Emm... you dah makan?" Soal Hana sekali gus menghilangkan topik tadi. Punggung dilabuhkan pada kerusi setelah selesai membetulkan rambut. Tidak betah rasanya hendak berdiri lama-lama. Dengan perangai Mingyu yang berubah tiba-tiba ini. Lagilah dirasakan skru lututnya longgar.

"Belum. Dan I rasa macam... nak makan.." Mingyu menggantungkan ayatnya. Mata dipejamkan dan dibiarkan tubuhnya melorot terbaring ketika mengeliat kecil.

"Makan apa?" Terangkat kening Hana menyoal, menantikan jawapan yang keluar dari mulut Mingyu.

"Makan you."

Sekali lagi Hana hendak tercekik. Berapa kali agaknya dia tercekik hari ni gara-gara Mingyu. Lelaki itu punca segalanya! Dikecilkan matanya memandang Mingyu yang sedang meniarap di atas katilnya itu. Bagai hendak luruh jantung rasanya apabila melihat wajah kacak Mingyu. Bagaikan baru sedar yang selama ini suaminya memang kacak.

"Jangan seksa perasaan I boleh?" Kata Hana. Dihamburkan sahaja keberanian yang ada untuk bertikam lidah dengan Mingyu malam ini. Walaupun jam menunjukkan angka 1 pagi, tetapi tetap juga tidak rasa mengantuk. Semua ini memang berpunca dari Mingyu. Kalau bukan kerana lelaki itu bertukar 360 darjah malam ini, agaknya dah lama dia tertidur.

"I tak pernah seksa perasaan you. Kenapa? You rasa terseksa ke bila dengan I?" Soal Mingyu, serius. Hana menggigit bibir bawahnya. Dah pulak. Kenapa serius pulak? Ada berapa banyak personaliti sebenarnya Mingyu ini?

"I nak turun makan. You kalau nak makan, pergi mandi dulu, dah tu turun makan." Kata Hana lantas bangun tanpa mempedulikan kata-kata Mingyu tadi.

"Alah Hana..."

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now