Episode 57

4.9K 365 31
                                    

Pagi tadi, Mingyu dan Aeyeon pulang ke rumah tanpa dia sedar. Mingyu tidak memberitahunya apa-apa. Terus sahaja pergi. Timbul rasa kecewa dan sedih dalam hati Hana tetapi diteguhkan hatinya supaya tidak menangis. Sejak Mingyu hilang dan beralih kepada Aeyeon, Hana menjadi seorang yang kuat menangis. Ditambahkan lagi apabila dia keguguran. Ketulan darah yang disangka benda remeh itu ialah janinnya. Selamat dia plush tandas dan... hanyut.

Punggung dilabuhkan pada kerusi di meja makan. Ada roti dan jem. Itu menarik tetapi sekarang tiada apa yang menarik. Rindunya sekejap sahaja terlunas. Selepas itu Mingyu beralih semula kepada Aeyeon yang perlu diberi banyak perhatian itu. Dia memegang dada. Sakit. Sakit menahan rindu dan pelbagai perasaan.

"Hana..." Puan Kim muncul dari dapur sambil membawa puding roti. Hana mengukir senyuman nipis pada bibir kepada ibu mertuanya.

"Ya, omma?"

"Omma nanti ada appointment dengan klien. Barang dapur dah habis, Yihan nanti dia nak beli. Kamu temankan Yihan boleh?" Pinta Puan Kim. Hana terus sahaja mengangguk. Sekali-sekala ambil mood kat luar daripada terperap je kat rumah. Bosan juga lama-lama.

"Boleh, omma. Bila?" Tanya Hana.

"Kejap lagi, unnie!" Yihan berlari masuk ke rumah seraya menyampuk perbualan ibu dan kakak iparnya. Ada Queen bersama di dukungan gadis muda itu.

"Ohh okey. Tapi unnie tak bersiap lagi." Kata Hana. Yihan duduk di sofa ruang tamu. Tetapi dia masih menghadap kakak iparnya.

"Unnie bersiaplah dulu. Yihan main-main dengan Queen." Kata Yihan girang. Nampak aje ganas bila dalam mahkamah, jumpa kucing, terus lembut macam sotong.

"Okey." Hana menjawab sepatah. Dia hanya merenung makanan atas meja. Sumpah, selera mati.

"Kenapa tak nak makan, Hana? Nanti lapar." Tegur Puan Kim. Hana menggeleng kecil.

"Tak ada selera nak telan makanan."

Puan Kim menegakkan tubuh. Faham. "Tapi kamu kena makan. Kamu baru lepas gugur kan? Makanlah. Balikkan tenaga tu." Pujuk Puan Kim. Dia mencapai roti dan menyapu jem anggur. Lantas diletakkan atas piring Hana. Cawan ditelentangkan dan menuangkan teh hijau ke dalamnya buat Hana.

"Entahlah, omma. Selera tu mati." Hanya itu sahaja yang Hana mampu jawab. Dipandang sepi roti dan air teh tersebut. Puan Kim menggeleng.

"Hana, omma minta maaf tapi omma terpaksa pisahkan kamu dengan Mingyu. Dia kena bagi pengajaran. Kalau tak.. macam tu lah dia. Omma janji, lepas semua dah reda, lepas Mingyu boleh buktikan yang dia tak salah, omma akan uruskan penceraian diorang dan Hana boleh dekat dengan Mingyu semula. Hmm?" Pujuk Puan Kim. Hana memandang ibu mertuanya dengan sayu. Terus dia teringat mendiang ibu kandungnya. Ibu kandungnya lembut, manis, dan pandai memujuk. Sama seperti Puan Kim. Tapi Puan Kim penuh dengan ketegasan. Jadi dia akur dengan sikap satu itu. Pasrah sahaja.

"Tapi bolehkan kalau Hana nak jumpa Mingyu?" Pinta Hana. Puan Kim terpaksa juga mengangguk.

"Boleh. Bila tiba giliran kamu." Kata Puan Kim. Ya, jujur dia memang pedih melihat Hana diduakan. Tetapi ini untuk kebaikan semua orang. Puan Kim mahukan bukti yang kukuh dari anaknya bahawa anaknya itu tidak bersalah. Dia akan tunggu.

"Tiba giliran... tadi malam pun..." Hana mengeluh. Dia terpaksa membuka soal hatinya di depan Puan Kim. Kalau boleh dia tidak mahu membuka apa-apa soal isi hatinya kepada Puan Kim. Bimbang nanti wanita itu semakin mengetatkan perjumpaannya dengan Mingyu. Lagilah dia terseksa.

"Tak apalah, Hana. Sabar." Puan Kim sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak menasihati Hana kerana dia sendiri pun memiliki perasaan yang bergolak. Macam-macam perasaan dia rasakan sekarang. Rasa bersalah terhadap Hana kerana mengahwinkan Mingyu dan Aeyeon. Rasa marah dan kecewa kepada Mingyu dan dalam masa yang sama itu anak kandungnya. Rasa benci kepada Aeyeon dan dalam masa yang sama terbias rasa kasihan itu juga. Dia tidak tahu hendak melebihkan pada siapa. Ketiga-tiganya penting.

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now