Seung Cheol mengeluarkan air botol mineral dari dalam peti ais. Tangannya memegang gelas. Terasa kering pula tekaknya. Lebih-lebih lagi dia memang seorang yang kuat minum air.
Air diteguk perlahan. Sambil-sambil itu, dia memikir, apa yang patut dilakukan esok. Cuti minggu. Biasalah.
"Keluar dengan Aira? Fishing?" Seung Cheol bercakap sendirian. Tubuhnya menari kecil. Bibir tersenyum sendirian. Teringat teman wanita. Macam tulah perangai.
Peti sejuk dibuka. Botol diletakkan semula ke dalam rak tepi. Kakinya melangkah ke sinki untuk mencuci gelas.
DUM! DUM! DUM!
Tersentak Seung Cheol dibuatnya mendengar dentuman kuat dari pintu rumahnya. Berkerut dahi mendengar.
DUM! DUM! DUM!
"Choi Seung Cheol!" Kali ini namanya diseru pula. Rasa ingin tahu berkobar-kobar. Namanya diseru serentak dengan ketukan pintu yang kuat. Gelas ditinggalkan, kaki melangkah ke pintu. Laju daun pintu dibuka.
"Kang Aeyeon!" Seung Cheol membulatkan matanya. Mulutnya separuh ternganga. Matanya tidak lepas dari terus memandang figura seorang wanita berpakaian labuh, bertutup kepala yang hampir menutup separuh wajahnya yang berdiri tegak di hadapan matanya ini.
"Yes, Choi Seung Cheol. Kang Aeyeon is back. Akhirnya..." Wanita itu tersenyum manis. Manis yang tiada kemanisan ikhlasnya. Manis kepada kejahatan yang tidak terperi.
"Kau nak apa datang rumah aku malam-malam ni? Kau dah gila?" Seung Cheol membentak. Aeyeon mendengus kecil. Tubuhnya diboloskan masuk ke dalam rumah milik Seung Cheol tanpa jemputan. Seung Cheol tidak menghalang. Dibiarkan wanita itu masuk dan melihat bentuk permainannya.
"Salah ke aku datang? Aku cuma nak tahu berita pasal Min..."
"Tak payah. Dia tak perlukan kau. Dia dah ada Hana. Lebih bahagia kalau nak dibandingkan dengan kau." Pintas Seung Cheol laju. Aeyeon berhenti berjalan mengelilingi kawasan rumah Seung Cheol. Tubuhnya dipusingkan perlahan ke belakang untuk melihat Seung Cheol yang masih tercegat di muka pintu.
"Siapa kau sebut? Siapa? Aku tak dengar." Aeyeon mendekati Seung Cheol beberapa tapak dengan reaksi wajah yang cukul jelak. Seung Cheol diam. Menahan pelbagai perasaan dala satu keadaan. Sikit pun dia tidak goyah. Cuma matanya tertumpu pada satu tempat yang di mana lagi tadi menarik perhatiannya.
"Hana. Seol Hana. Isteri lelaki yang dulu kau tabur cinta kau pada dia. Kim Mingyu."
"Diam! Diam! Aku tak nak dengar. Siapa suruh dia kahwin dengan perempuan tu?!! Aku yang sepatutnya kahwin dengan Mingyu! Bukan dia!" Aeyeon menjerit-jerit nyaring. Tangannya menyerabaikan kepala. Habis penutup kepala yang seakan selendang itu jatuh ke lantai. Ketika itu, Seung Cheol seakan ditimpa batu besar di dada. Wajah Aeyeon. Wajah wanita itu...
"Kenapa dengan muk..."
"Ni, tanda cinta aku untuk Mingyu. Aku sayang dia. Aku cintakan dia. Aku sanggup kena simbah asid dengan
husband aku! Kau tak faham, Cheol. Kau tak faham." Aeyeon terduduk pula. Menangis, meraba separuh wajah sendiri yang habis berparut akibat daripada simbahan cuka getah oleh suami sendiri. Suami yang diagung-agungkan dulu sehingga terpaksa menipu dan membawa kebencian yang tidak terperi sakitnya."Kau patut dapat balasan macam ni, Aeyeon. Kau khianat Mingyu. Kau in relay dengan dia, padahal kau dah kahwinkan? Baguslah kalau kau ditimpa macam ni. Aku tumpang 'bahagia'." Berdas-das Seung Cheol menembak Aeyeon dengan sindiran-sindirannya. Sengaja juga perkataan terakhir itu ditekan kuat. Geram rasa hati kerana membuat Mingyu begitu. Sudah dianggap Mingyu seperti adik kandung sendiri. Dia masih ingat, bagaimana merananya Mingyu apabila mendapat tahu bahawa Aeyeon sudah berkahwin. Majlis perkahwinan Mingyu dan wanita itu yang hampir musnah, tetapi diselamatkan dalam saat-saat akhir oleh Hana. Sekarang mereka bahagia. Mendirikan rumah tangga hampir 6 bulan tanpa ada apa-apa gangguan.
"Kurang ajar kau, Seung Cheol. Kau memang kurang ajar! Mana Mingyu?! Cakap dengan aku mana dia?! Aku nak bagitahu dia yang aku dah balik. Aku nak kahwin dengan dia. Aku tak puas hantar mesej. Tak puas." Aeyeon berdiri.
"Mana kau dapat number Mingyu? Kaulah yang..." Seung Cheol mengecilkan matanya. Kecurigaannya hampir terjawab.
"Ya! Memang aku yang selongkar telefon kau! Girlfriend kau tu bodoh sangat. Letak sembarangan. Aku hanya ambil kesempatan mana yang ada." Berdekah-dekah Aeyeon ketawa. Mengutuk Aira. Besar mata Seung Cheol dibuatnya.
"Kau.. perempuan licik."
"Asalkan dapat apa yang aku nak. Choi Seung Cheol! Bagitahu aku, mana Mingyu?! Mana?!" Aeyeon hilang sabar. Seung Cheol diterpanya lantas kolar baju itu ditarik kasar. Disebabkan Seung Cheol lelaki, sikit pun tubuh itu tidak berganjak. Tidak goyah dengan segala ucapan Aeyeon.
"Aku takkan bagitahu. Jangan ganggu kebahagian dia." Seung Cheol menjawab tenang dan ringkas. Ditangkap tangan Aeyeon, lantas ditolak tubuh itu menjauhinya. Masing-masing memberikan jelingan maut. Masing-masing hendak berdiri tegak. Tidak mahu berhenti.
"Kau akan menyesal sebab tak bagitahu aku. Kau akan menyesal." Gumam Aeyeon perlahan. Seung Cheol mengecilkan mata. Dilihat bibir Aeyeon terkumat-kamit. Tetapi selepas itu wajah Aeyeon berkerut pula. Hilang kemarahannya. Tangan Aeyeon memegang perut. Wajahnya berkedut seakan menahan sakit. Sekali lagi Seung Cheol terkejut.
"Aku tahu kau terkejut. Aku mengandung anak husband aku. Tapi... kau kena diam. Aku tak nak kau buka mulut tentang kandungan aku. Kalau tak, kau siap." Aeyeon mengugut. Seung Cheol mendengus kasar.
"Kau ugut aku? Kau salah orang."
"Dan kau pun salah orang untuk mencabar aku. Aku tak cakap kosong. Aku akan pastikan, semua orang yang ada kena-mengena dengan Mingyu merana... termasuk kau." Kata Aeyeon selagaknya meskipun dia sedang menahan sakit pada perutnya. Kandungan yang entah berapa usianya itu jelas kelihatan jika Aeyeon memegang perutnya. Tetapi ianya tidak akan kelihatan jika Aeyeon berjalan dan berdiri seperti biasa tanpa menyentuh perut.
Seung Cheol menarik nafas panjang. Agak tergugat juga dia dibuatnya. Tetapi ditetapkan pendirian supaya tidak tergugat walau sedikit pun dengan wanita seperti ini.
"Mana Mingyu?" Aeyeon menyoal lagi sekali tanpa memandang Seung Cheol. Suaranya mendatar. Tujuannya hanya satu. Dia perlu tahu di mana Mingyu.
"Aku cakap, tak payah. Dia tak penting untuk kau dan kau tak penting untuk dia."
"Kau tak payah sibuk hal aku dengan Mingyu."
"Aku berhak sibuk hal kau dengan dia. Sebab aku tahu permainan kau. Ingat, Aeyeon. Mungkin kau sekarang dah ada parut kat muka. Jangan sampai berparut satu badan sudah. Dan aku bukan seorang yang suka bercakap kosong."
Aeyeon memusingkan kepala menoleh ke belakang. Matanya menjeling Seung Cheol. Tajam.
Tanpa membalas kata-kata Seung Cheol, dia mencapai selendangnya kembali, dan terus sahaja keluar dari rumah lelaki ini. Setiap langkahannya, membawa kata-kata dalam hati.
'Aku belum kalah. Belum. Ini cuma halangan-halangan 'syaitan' yang aku kena lalui. Kim Mingyu... wait me.'
TBC...
Here for you guys... enjoy!
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanfictionSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...