Episode 3

7.1K 607 27
                                    

Kerusi yang berada di hadapan Minghao ditarik. Wajah yang tampak tidak bersemangat itu dipandang oleh lelaki berketurunan China ini.

"Yah, wéshemá?" Minghao menanya sambil menghirup sedikit air teh hijaunya. Matanya terarah kepada si rakan yang kelihatan begitu serabut. Bagaikan memikirkan masalah negara yang tidak habis-habis.

Mingyu diam. Dia tidak berdaya untuk membuka mulut. Matanya pula tidak dibuka. Keadaannya kini memang betul-betul parah.

"Kim Mingyu. Waegurae? Gwenchanayo?" Jika tadi Minghao menanya dalam bahasa China, kali ini dia menggunakan bahasa Korea. Bukan Mingyu tidak faham. Lelaki 24 tahun ini cukup faham. Cumanya sengaja tidak mahu menjawab.

"Yah... aku cakap dengan patung ke? Mayat hidup? Kau kenapa?" Minghao meninggikan sedikit suaranya. Gelas yang tinggal separuh isinya ditolak ke tepi. Wajah si Mingyu ditatap.

"Aku serabutlah. Macam-macam benda nak kena fikir tahu tak." Keluh Mingyu sambil menyerabutkan rambutnya. Matanya tampak kuyu. Kepalanya berdenyut-denyut memikirkan pelbagai benda. Bukan setakat tadi sahaja kisahnya dan Aeyeon akan berakhir. Dia bakal 'panjangkan' lagi sehingga hatinya puas. Dia mahu menyeksa jiwa dan raga gadis itu sepuas hatinya. Tetapi bukan secara langsung. Dia mahu gadis itu kembali merayu-rayu di kakinya. Biar menyesal seumur hidup!

"Cuba kau cakap dengan aku. Kau kenapa? Apa yang nak diserabutkan lagi? Minggu depan nak kahwin dah. Cuba cakap. Kenapa?"

"Yahh Xu Minghao. Aeyeon tu, perempuan tu, penipu. Tahu tak? Dia tu penipu! Dia tipu aku! Tipu semua! Kau tahu tak Minghao?! Aku sayang dia selama ni. Aku tatang dia macam minyak yang penuh. Dia bagi apa kat aku? Dia bagi aku sakit hati. Aku tak bolehlah wei. Aku.. aku rasa dipijak-pijak." Bentak Mingyu separuh menjerit dengan takungan air pada mata. Dia menghentak meja dengan tangan setiap kali dia bercakap. Kegeramannya bagaikan terpamer di wajahnya yang merah.

Minghao yang mendengar luahan hati rakannya itu kelu. Diam dia dibuatnya. Lagi-lagi melihat Mingyu hampir menangis. Dia sudah tidak diendahkan lagi dengan pandangan-pandangan pekerja kafe ini memandangkan kafe ini miliknya sendiri. Yang penting dia mahukan penjelasan Mingyu lebih lanjut.

"Apa yang Aeyeon tipu kat kau? Gyu, minggu depan je ni, Gyu. Tinggal berapa hari je dah ni. Kenapa dia buat perangai pula?" Minghao menggaru kepala. Dia masih tidak faham dengan keadaan Mingyu. Sesungguhnya dia pun tidak berapa suka Mingyu dan Aeyeon berhubungan.

"Minghao, Kang Aeyeon, dah kahwin. Dah dekat setahun dah. Dan selama ni dia tak pernah serius pun dengan aku. Langsung tak! Aku jumpa dia kat Sungai Han tadi. Dia berpeluk sakan dengan lelaki."

"Lelaki? Siapa?"

"Husband dialah." Mingyu mengawal nafasnya. Cuba tidak melenting dengan lebih lagi. Susah jika meluahkan rasa marah dengan orang lain. Sakit segalanya menahan rasa. Bimbang juga dia termarah orang lain yang tidak sepatutnya dia marah.

"Bila dia kahwin?! Kenapa.. kenapa kita tak.."

"Licik. Memanglah macam tu. Murahan sangat. Kesian jadi dia. Kurang kasih sayang. Dah ada laki pun sibuk menyendeng dengan orang lain. Bodoh!" Kata Mingyu sambil menyerabutkan lagi rambutnya yang sudah sedia serabut itu. Sungguh, tidak terkata rasa geramnya untuk Aeyeon. Terbayang-bayang lagi rasanya susuk tubuh itu bergesel-gesel pada tubuh lelaki yang merupakan suami Aeyeon sendiri. Jika Aeyeon berada di hadapannya, habis dia kerjakan. Biar hatinya puas melihat gadis sebayanya itu terseksa.

"Wei serius ah.. aku tak sangka dia macam tu. Aku ingat selama ni dia..."

"Tak. Dia dengan aku tak pernah serius selama ni. Macam-macam aku bagi kat dia. Aku sayang dia bagai nak rak. 4 tahun kut aku dengan dia. Tak pernah sekali pun dia curigakan aku. Bodoh betullah! Mingyu kenapa bodoh sangat kau ni!!!" Mingyu menepuk-nepuk pipi sendiri. Sehingga merah wajahnya yang putih melepak itu akibat pukulan pada tangan sendiri. Entah, segala deria rasa seakan menghilang. Ditampar wajahnya sendiri berkali-kali pun tidak rasa apa. Semuanya pergi ke hati. Sakitnya kini tertumpu kepada hati sahaja.

"Habis, macam mana majlis next week?" Soal Minghao. Mingyu mengeleng seraya memejamkan mata.

"Entah. Biarlah. Aku malas nak fikir."

"Kau kena fikir. Keluarga kau. Maruah kau. At least kalau tak pun kau kena fikir omma." Kata Minghao, nasihat.

"Kalau majlis tu diteruskan pun, kau nak aku kahwin dengan siapa? Hantu? Dahlah, Ming. Malas dah fikir. Penat." Mingyu menutup telinganya. Tidak mahu Minghao membebel. Cukuplah dia kena bising dengan ommanya kerana Aeyeon menghilang. Dia tidak mahu lelaki yang sebaya dengannya pula turut membebel. Makin serabut kepala otaknya.

"Gyu, jangan risau. Bukan setakat aku, bestfriend kita yang lain semua support kau. Aku, Jun, Hoshi, Seungcheol, Wonwoo. Semua! Semua support kau. Aeyeon... biarlah. Tapi ingat, jangan dendam kat dia. Aku takut kau.. kau termakan dendam sendiri, then tersayang kat dia balik. Bukan sekali aku jumpa. Banyak kali aku jumpa macam tu. Aku tak nak kau pulak yang jadi mangsa." Kata Minghao lagi. Cuba untuk menyalurkan semangat buat si kawan yang sedang menggila. Diperdayakan dengan sayang cinta seorang Aeyeon.

"Thanks. Thanks for everything, bro." Barulah lelaki kacak ini mampu tersenyum.

TBC...

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now