Episode 21

5.3K 438 2
                                    

Ahreum, Ae Jung dan Sae Ra berkeliaran di sekitar kawasan di hadapan sebuah kafe bernama Viva Polo.

Ahreum, Ae Jung dan Sae Ra berkeliaran di sekitar kawasan di hadapan sebuah kafe bernama Viva Polo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Menurut arahan Hana tadi, mereka perlu menghantar dokumen penting itu kepada seorang lelaki. Tetapi tidak tahulah sama ada lelaki itu membawa teman atau tidak. Puas mereka meneliti kawasan kafe ini. Tak ada juga figura tubuh lelaki yang agak mencurigakan mata mereka.

"Mana ni, Ahreum?! Penat dah wei!" Ae Jung menghempaskan punggungnya pada tembok yang memang untuk orang berehat di situ.

Ahreum berdecit. "Entahlah. Kita tunggu jelah sampai lelaki tu sampai. Ni kan amanah. Kenalah jaga." Kata Ahreum yang memang berdisiplin orangnya. Sampul surat besar coklat dipandang sekilas. Sae Ra pula lagi tadi asyik berjalan sahaja. Tidak reti diam.

"Yah, Sae. Duduk tak boleh? Sakitlah biji mata aku tengok." Rungut Ae Jung pula. Sae Ra menjelir lidah ke arah rakannya itu. Tergeleng Ahreum melihatnya. Seorang tak reti diam. Seorang asyik nak bercakap aje. Tak boleh tenang dia dibuatnya.

"Diam tak boleh ke? Bisinglah. Ini kan tempat awam. Malu orang nampak." Tegur Ahreum. Seperti apa yang dijangkakan, Ae Jung dan Sae Ra hanya membuat muka seposen sahaja. Langsung tak makan saman!

"Betul ke kat sini? Entah-entah unnie salah bagi location." Duga Sae Ra. Penat berjalan, dia duduk di sebelah Ae Jung. Sementara Ahreum pula di kerusi yang terdapat di kafe ini.

"Takkanlah salah bagi kut."

"Bukan unnie, kau tu je kadang mata tak betul." Tuduh Ae Jung. Menyirap Ahreum mendengarnya. Dilemparkan pendangan maut kepada Ae Jung.

"Apa pandang aku? Betullahkan? Aku ingat lagi masa.."

"Anyeonghasaeyo..."

Terputus ayat Ae Jung dibuatnya apabila ada dua orang lelaki muncul di kanan mereka. Terus Sae Ra, Ahreum, dan Ae Jung berdiri tegak dan menunduk 90° ke arah dua lelaki ini. Seorang bermata sepet dan seorang lagi seperti warganegara China. Terpegun sekejap melihat dua lelaki kacak ini.

"Anyeong... Wen Jun Hui." Lelaki yang tinggi sedikit dari rakan sebelahnya memperkenalkan diri.

"Kwon Soonyoung. Hoshi je dah okey. Emm... awak bertiga ni ke yang.. nak sampaikan dokumen tu?" Soal lelaki yang bernama Hoshi ini. Wajahnya sedikit teragak-agak tetapi matanya selalu menyinggah pada Sae Ra sehingga gadis itu tidak selesa dibuatnya.

"Err... saya yang..."

"Nah! Hana unnie pesan suruh bagi kat... awak. Emm.. sebab tadi, kawan dia tak sempat nak bagi." Tiba-tiba Ae Jung merampas dokumen yang berada di tangan Ahreum dan menghulurkannya kepada Jun. Terkebil-kebil mata Ahreum dan Sae Ra dibuatnya melihat sikap Ae Jung yang berubah itu.

"Ahh.. terima kasih." Balas Jun lantas menyambut surat dokumen yang diberikan Ae Jung itu. Ditilik sekilas sebelum melemparkan senyuman manis kepada ketiga-tiga gadis ini. Lebar senyuman Ae Jung dibuatnya.

"Sama-sama..."

"Kalau macam tu.. kami nak minta diri dulu. Ada hal. Terima kasih ya?" Ucap Hoshi pula. Tubuh ditundukkan tanda hormat.

"Ahh... nae. Sama-sama." Balas Ae Jung, Ahreum dan Sae Ra. Ae Jung yang paling beria.

Jun dan Hoshi terus beredar. Niat di hati hendak berlama sikit. Tetapi kerja punya pasal, terpaksa pergi dahulu.

"Auwww kenapa kacak sangat?!" Ae Jung meletakkan tangan di bawah dagu sambil memejamkan mata. Bibirnya mengukir senyuman. Sae Ra yang melihatnya seakan hendak mengetuk kepala rakan baiknya itu. Tetapi tidak Ahreum. Wajahnya tidak beria. Acuh tidak acuh dengan Ae Jung. Entahlah. Tiba-tiba rasa sebal dengan Ae Jung.

"Jom balik." Sae Ra membetulkan beg tangannya.

"Eh? Bukan tadi kata..."

"Jung, balik jelah. Aku penat." Sampuk Ahreum dengan suara yang mendatar. Terus dia beredar meninggalkan Sae Ra dan Ae Jung untuk menuju ke kereta.

"Kenapa dia tu? Nak mengamuk pula." Ae Jung memuncungkan mulut. Sae Ra mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Jom balik."

TBC

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now