2 minggu berlalu. Keadaan Hana dan Mingyu sama juga. Tiada perubahan. Pelbagai cara yang Mingyu lakukan untuk memikat hati Hana semula tetapi tidak berjaya. Dia masak, dia beri hadiah, dia bermesra, dia berlembut, semua tidak menjadi. Mingyu mula rasa dia bakal masuk ke jurang putus asa. Dia manusia juga. Ada hati, ada perasaan, dan sabarnya berhad. Kalau bukan kerana dia cintakan Hana, dia tidak akan bertahan ke hari ini. Kelmarin, dia menghantar bunga dan hadiah untuk Hana. Tetapi wanita itu sekadar mengucapkan terima kasih dan biarkan bunga itu layu di dalam kereta. Hadiah pula entah ke mana. Mungkin ghaib. Minggu lepas, Mingyu sanggup turun ke dapur untuk memasak buat isterinya itu. Punah hati dibuatnya apabila pulang sahaja Hana dari studio, Hana sudah makan bersama Kai. Terbuang begitu sahaja makanan yang dimasak. Dan semalam... Mingyu menjemput Hana di studio. Kelam-kabut dia keluar dari pejabat kerana tidak mahu Hana menunggu dan tidak mahu menempuh sesak jalan raya. Tetapi sampai sahaja di sana, Hana tiada. Rupa-rupanya wanita itu sudah sampai di rumah dengan menaiki teksi. Dan hari ini Mingyu nekad, jika kali ini juga, dia tidak berjaya, dia akan berdiam diri dan biarkan rumah tangganya tiada pengakhiran.
"Hana..." panggil Mingyu. Hana yang berada di meja makan, sedang menghadap komputer riba mengangkat kepala.
"Apa?"
"Esok awak ambil cuti boleh?" Berhati-hati Mingyu mengucapkan ayatnya. Supaya tidak terkeluar ayat kasar. Sumpah, ikutkan hati dia tidak mahu melayan Hana lagi. Hatinya sudah berderai banyak kali. Biarlah apa yang Hana mahu lakukan. Dia sudah tidak mahu ambil peduli. Pada matanya, Hana tidak menghargai walau satu pun titik usahanya. Lama dia menahan sabar. Kali ini dia tidak boleh tahan lagi. Dia lelaki bermaruah. Bukan lelaki murahan.
"Nak buat apa?" Hana tanya kembali. Dia tidak dapat baca perasaan Mingyu sekarang. Dia terlalu seronok mengenakan lelaki itu dan mahu menyeksa suaminya itu sehingga hari ini. Maknanya, hari ini dia mahu mengakhiri saat-saat 'seksa' Mingyu terhadapnya. Hana langsung tidak perasan air muka Mingyu berubah.
"Boleh ke tak?" Suara Mingyu mula lain. Geram apabila ditanya, jawab dengan pertanyaan kembali.
"Saya sibuk esok. Tak payahlah nak sibuk-sibuk tanya pasal saya. Awak bukannya ambil tahu hal saya pun." Hana terdiam sekejap. Apa yang dia cakap tadi? Mingyu tak ambil tahu tentangnya? Hampir setiap hari tanya itu ini, Hana tercakap seperti itu?
"Bukannya dia dengar pun..."
"Saya tak ambil tahu pasal awak? Seol Hana, siapa yang tak ambil tahu pasal siapa sekarang ni? Dua minggu kita macam ni, awak tak rasa penat ke? Awak buat kerja awak, sedangkan saya sedaya-upaya nak ambil perhatian awak. Ada awak tanya saya sihat ke tidak? Dah makan ke belum? Tak ada. Saya rasa saya yang macam bertepuk sebelah tangan. Kalau dah macam ni, kenapa kita tak bercerai je?" Bentak Mingyu lantas berdiri dari sofa. Hana kelu. Terasa ada darah menyerbu muka sekarang ini. Dia silap. Dia sudah terlebih memainkan Mingyu. Dia terlalu ego sehinggakan pijak maruah suami sendiri.
"Saya tak pernah berniat nak bercerai dengan awak..." perlahan Hana membalas. Mingyu mendengus kasar.
"Tapi awak sendiri yang buat saya rasa nak ambil borang penceraian kat mahkamah." Kata Mingyu. Hana tersentak. Okey, dia sudah tersasar jauh. Komputer riba ditutup. Dia perlu turunkan ego sekarang. Rumah tangganya mula bergolak kembali dan punca semua ini datang dari dia sendiri. Hana bangun dari duduk dan mahu mendekati Mingyu yang sudah pergi ke tempat penyangkut kunci.
"Awak nak ke ma..."
"No need to know."
BAM!
Pintu dihempas kuat. Hana terkejut. Terkebil-kebil matanya memandang pintu rumah yang dihempas oleh Mingyu tadi. Tidak lama selepas itu, telinganya terdengar deruan enjin kereta yang kuat mengaum dikeluar. Hana menepuk-nepuk kepalanya beberapa kali.
"Bodohnya kau Hana! Aishhhh!"
________
Sekejap bangun, sekejap duduk. Sekejap terlentang, sekejap mengiring. Sekejap mengeluh, sekejap menjerit. Hana gelisah. Mingyu masih belum pulang walaupun jam sudah menayangkan angka 2 pagi. Sudah terlalu lewat. Ini berpunca dari Hana sendiri tadi. Menaikkan marah Mingyu dan tidak agak memainkan perasaan lelaki itu. Dia nekad, pulang sahaja lelaki itu dari keluar, dia mahu meminta maaf dan jujur.
"Bodohnya kau ni! Kenapalah kau ikutkan sangat ego kau tu?! Kan dah..." lagi tadi Hana menyalahkan diri sendiri. Rasa seperti mahu tembak diri sendiri pun ada. Kalaulah masa itu boleh diundurkan semula, sudah lama dia berbaik dengan Mingyu dan mulakan rumah tangga mereka dari awal. Tetapi masalahnya sekarang ini, ego dia terlalu tinggi. Hana terlalu mementingkan diri dan asyik mengungkit perkara lama kerana lukanya dahulu masih berdarah. Tetapi apabila Mingyu pula yang berubah seperti tadi, terus dia lupakan semuanya. Dia hanya fikirkan Mingyu, Mingyu, Mingyu.
Hana leka. Jam sudah menayangkan angka 2:30 pagi. Telefonnya berbunyi. Hana terus mencapai telefon itu yang disangka Mingyu. Hilang semangat apabila yang menelefonnya ialah Jun. Bukan Mingyu.
"Helo, Jun."
"Ahh.. Hana. Hana... tolong saya." Suara Jun termengah-mengah. Hana mengerutkan dahi.
"Ke.. kenapa Jun? Awak okey ke tak?"
"Tak. Saya tak okey. Mingyu... Mingyu..." Hana mengerutkan dahi. Mingyu. Nama lelaki itu disebut.
"Kenapa dengan dia? Jun... dia kat mana? Okey ke tak?" Tanya Hana lagi. Hana hilang arah. Tidak tahu mahu ke mana sekarang ini.
"Tak. Tak okey. Mingyu mabuk. Dia tadi masuk kelab and dia story kat saya yang dia dengan awak bergaduh. Awak datang sini kejap. Mingyu mabuk teruk." Kata Jun lagi. Suaranya sudah tidak termengah-mengah. Hana yang menerima berita itu bulat matanya. Mingyu mabuk?! Seumur hidupnya, tidak pernah tahu yang Mingyu mabuk. Tetapi hari ini...
"Okey.. tunggu saya. Hantar location." Pesan Hana sebelum menamatkan talian. Hana terus mencapai beg tangan dan turun ke tingkat bawah. Mujur Yihan dan Puan Kim sudah tidur. Jadi tidak perlu dia risau jika dia membawa Mingyu dalam keadaan mabuk nanti.
Hana menutup pintu rumah. Dia terus berlari ke kereta dan masuk ke dalam. Kunci dicucuk ke dalam tempatnya dan punat START ditekan.
"Kenapa awak mabuk, Kim Mingyu?"
TBC
Yoww yoww. saya tak tahu kenapa story ni nampak pelik. Hahahah enjoy!
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanfictionSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...