2 minggu berlalu. Hana dan Mingyu mula regang. Dalam tempoh 2 minggu itu, hanya sekali Mingyu datang rumah dan berjumpa dengan Hana. Itu pun sekejap sahaja. Alasannya, Aeyeon perlu diberi banyak perhatian. Hana juga perasan Mingyu mula berubah. Jika dulu lelaki itu tidak mengendahkan Aeyeon, tetapi sekarang lelaki itu banyak mengambil tahu tentang Aeyeon. Lebih-lebih lagi apabila Aeyeon dikatakan terjatuh dalam bilik air dan mengalami pendarahan. Mujur anaknya masih dapat diselamatkan kerana Mingyu cepat membawa Aeyeon ke hospital. Sejak dari itulah Mingyu mula mengabaikannya sedikit demi sedikit.
Rumah kosong. Hana kebosanan. Studio Kai yang kendalikan. Perasaan hendak ke studio langsung tiada. Tetapi hatinya tergerak untuk mengemas rumah. Bosankan? Jadi tak salah rasanya dia mengempur segala apa yang ada dalam rumah ini dan ubah suai sedikit. Keluarkan peluh sikit untuk menyihatkan badan. Juga... dapat lupakan Mingyu buat seketika.
Rambut diikat tinggi. Bersedia untuk mengemas rumah. Hana mulakan dengan menyapu dan mengelap. Kemudian menyelongkar segala barang yang terselit sana sini. Bawah sofa, belakang almari, belakang televisyen dan sebagainya. Habis dia keluarkan dan lap kabinet-kabinet seperti biasa. Tingkat bawah, dan tingkat atas, habis dicuci dalam masa 3 jam. Jam pula menayangkan angka 6 petang. Sudah lewat. Yihan dan Puan Kim dikatakan pulang lewat dan memang nasibnya duduk di rumah sendirian. Kerja Hana masih belum selesai. Dia belum mengemop lantai.
Batang mop dicapai di stor, baldi juga turut dicapai. Setelah diisi air dan pewangi, Hana mengemop lantai perlahan-lahan. Entah macam mana, kakinya tersepak baldi dan terpercik air sabun pewangi ke lantai. Sebenarnya hanya air dan tiada sabun. Cuma pewangi itu sedikit licin. Hana tidak perasan. Dia terus sahaja mengemop dan tidak semena-mena terpijak pada percikan air tadi. Nasibnya tidak baik, terjatuh tubuh itu di atas lantai.
"Auww..." Hana mengaduh. Mukanya berkerut. Jelas, sedang menahan sakit. Tapi memang betul, dia tengah sakit. Seperti hendak menangis pun ada. Perlahan-lahan Hana bangun dari terduduk sambil memegang pinggang. Sakit pada bahagian itu bagaikan menyengat ke seluruh tubuh. Hana meninggalkan perkakas di situ sahaja dan naik ke atas untuk melihat keadaan dirinya sendiri.
________
"Kau dah okey kan? Aku nak balik rumah omma. Seminggu." Ujar Mingyu sambil membutangkan baju kemejanya membelakangi Aeyeon yang duduk di katil. Sudah lama dia tidak menjenguk Hana. Rindu semakin menebal. Bukan sengaja dia tidak menjenguk, tetapi atas arahan dan amaran Puan Kim, dia perlu menjaga Aeyeon ketika isterinya itu jatuh sakit akibat pendarahan kelmarin. Dan hari ini barulah dia berkesempatan hendak bertandang ke rumah Hana.
"Kau nak balik rumah omma? Aku... aku nak ikut." Kata Aeyeon lantas bangun dari duduknya dan mendekati Mingyu. Tubuh itu dirangkul daripada belakang. Mingyu berdecit.
"Tak payah ikutlah. Kau tu masih tak sihat. Nanti jatuh lagi, aku yang susah." Mingyu menolak perlahan tangan Aeyeon yang membelit pinggangnya. Rimas. Selalu kena begini. Asyik dipeluk, dicium.
"Alah.. aku dah sihatlah. Takkan aku nak terperap aje kat rumah. Aku.. aku nak juga berbual dengan isteri kau tu." Kata Aeyeon dan meletakkan dagunya pada lengan Mingyu. Matanya tertala pada wajah Mingyu yang kacak. Sentiasa kacak pada matanya.
"Tak payahlah, Aeyeon. Kau kata nak surgery muka kau. Doc dah cakap kau tak boleh kena cahaya matahari untuk sebulan. Kau nak juga ikut aku. Baik tak payah buat surgery." Keluh Mingyu geram. Wanita itu seboleh-boleh hendak memulihkan wajahnya. Dan dari situlah Mingyu dapat melihat sikap materialistik Aeyeon datang. Sebelum ini elok sahaja ke mana-mana dengan wajah berparut. Tetapi selepas kahwin, sibuk merengek hendak membetulkan wajah.
"Sorry, sayang..." Aeyeon menjingkitkan sedikit dirinya dan mendaratkan ciuman pada pipi Mingyu. Mingyu berdecit. Dia mengelap pipinya bekas dari ciuman Aeyeon dan berlalu keluar dari bilik. Tetapi sempat Aeyeon menarik tangannya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanficSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...