"Kim Mingyu."
Hana dan Mingyu menoleh ke belakang. Terus bulat mata mereka berdua tatkala melihat sekujur tubuh seorang gadis sedang memerhatikan mereka berdua. Mata gadis itu langsung tidak berkalih dari terus berada pada wajah Mingyu. Hana mula rasa tidak selesa.
"Kang Aeyeon... you bu..."
"We need to talk." Aeyeon terus menarik lengan Mingyu supaya mengikuti jejak langkahnya. Tidak terkata apa Hana ketika itu. Terkebil-kebil matanya melihat suaminya menghilang dibawa oleh seorang perempuan.
Hana mengeluh pendek. Rasa tersisih. Dia terus memilih apa yang baginya menarik dan sedap. Pilih itu, pilih ini, sedar-sedar sahaja trolinya sudah dipenuhi dengan pelbagai barang. Semua itu hanya dia yang ambil. Sedangkan Mingyu? 30 minit sudah berlalu tetapi langsung tidak muncul. 10 minit dia menunggu lagi sebelum ke kaunter pembayaran. Manalah tahu tiba-tiba lelaki itu muncul pula. Tetapi hampa! Tak ada. Hana meraup muka dengan tangan. Kesal.
'Dah macam belanja dengan hantu.' Getus hatinya, geram. Digerakkan tubuhnya ke kaunter pembayaran. Sesekali dia melihat sekeliling sambil menunggu gilirannya tiba. Manalah tahu Mingyu ada. Tapi memang tak ada! Jika jasad pun tak ada, apatah lagi bayang. Ke mana lelaki itu pergi bersama Aeyeon? Aeyeon... itu lagi seorang. Langsung tak sedar diri. Hana mengutuk dalam diam.
"Kamsahamnida..." senyuman dilemparkan buat juruwang yang bertugas ketika itu. Hana menolak troli ke hadapan sedikit. Dipandang plastik-plastik yang berada di dalam troli itu. Banyak dan berat. Perasaan sedih mula timbul.
"Dah macam dalam drama! Dalam novel! Dahlah kahwin tak terancang, dah tu bila dah sayang, sibuk orang lain datang mengendeng. Huh!" Hana membebel seorang diri. Dia betul-betul menyirap sekarang. Ditolak trolinya menuju ke satu tempat. Hendak merehatkan diri. Penat. 2 jam dia belanja sendirian. Mujur ada pekerja yang boleh dibuat berbual. Kesian betul keadaan Hana. Sebab ditinggal suami!
Hana melabuhkan punggungnya dibangku yang tersedia di dalam ini. Pipinya mengelembung apabila dia melepaskan nafas yang berat. Mata yang sedikit berair digosok perlahan. Penat. Letih. Baru tadi mereka berbaik, sekarang Hana rasa kesal kembali.
"Mana perginya sampai 2 jam tak balik lagi? Dia tinggalkan aku kat sini sorang-sorang? Fikir aku apa? Patung?" Hana merungut lagi. Digenggam jari-jemarinya sendiri. Cuba untuk menhilangkan rasa geram kepada Mingyu. Tetapi susah sungguh. Makin cuba dihilangkan, makin geram dia dibuatnya. Hana melekapkan tangan pada wajahnya. Digosok perlahan wajahnya itu supaya melupakan hal yang sedang berlaku ini.
"Call tak, apa tak. Mesej pun tak. Eee geramnya aku!" Dihentak-hentak kakinya pada lantai tanda protes. Dia betul-betul dalam keadaan marah sekarang. Sudahlah penat, Mingyu menghilang dan langsung tidak meninggalkan pesanan. Mana tak anginya?!
"Balik jelah, Hana. Mana tahu dia kat parking kereta." Hana bangun. Dia mahu pulang ke rumah dan berehat. Hatinya berkata yang Mingyu di parking kereta. Mungkin di situ lokasi perbincangan Aeyeon bersama Mingyu.
Perlahan-lahan kakinya dihayun untuk ke parking lot. Cuaca yang tidak menentu ini membuatkan Hana rasa sedikit dingin. Langit pula mendung. Menandakan yang hari hendak hujan. Angin pula menderu kuat. Semakin laju kakinya untuk ke parking kereta.
Hana mengerutkan dahi. 'Bukan sini ke tempat parking tadi? Kenapa...'
Kosong. Tak ada kereta. Hana menoleh kiri dan kanan. Cuba melihat kereta-kereta yang ada di sini. Mana tahu, jika kereta Mingyu beralih tempat tetapi tiada! Dia yakin sinilah tempat parking tadi tetapi macam mana boleh tak ada?
"Dia tinggalkan aku dan pergi dengan perempuan tu?" Hana membuat kesimpulan sendiri. Guruh mula berdentum tatkala langit semakin memekat menampung takungan hujan yang bila-bila masa sahaja akan runtuh nanti.
Perasaan Hana berdolak dalih. Dia rasa apa yang dia simpulkan tadi benar. 2 jam pergi, dah tu tak balik-balik sehingga sekarang. Kereta pula tiada di parking. Sedangkan dia? Menunggu di sini dengan barang yang bertimbun. Lagi terluka hatinya apabila Mingyu langsung tidak meninggalkan apa-apa pesanan. Sekurang-kurangnya berilah pesanan. Tidaklah dia tertunggu-tunggu seperti patung cendana seperti ini. Hana betul-betul terguris dengan perbuatan Mingyu itu.
Telefon bimbit dikeluarkan. Dia menarik troli ke belakang sedikit supaya tidak menganggu perjalanan orang ramai untuk ke tempat lain. Telefon dilekapkan pada telinga.
"Helo, Yihan. Tolong jemput unnie kat market."
-----
"Oppa pergi mana pulak? Dia tinggalkan unnie dua jam kat market?" Yihan memandu perlahan untuk memasuki jalan raya. Terkejut dia tadi apabila Hana menelefonnya tiba-tiba dan suruh menjemput gadis itu di pasaraya. Mujur ketika itu dia tiada kes untuk dibicarakan. Jika tidak, kering kakak iparnya di situ.
"Hmm. Dia pergi ikut Aeyeon." Hana mengadu. Biar dia! Rasakan! Tinggalkan aku lagi kat situ. Dengan guruh kilatnya lagi.
"What?! Dia ikut Aeyeon pergi mana?!"
"Tak tahu. Aeyeon tiba-tiba muncul. Dah tu pergi tarik abang Yihan. Unnie ingatkan sekejap je. Rupa-rupanya..."
"Unnie! Kenapa tak kejar diorang?! Tahu tak kalau Aeyeon bawa oppa ke mana-mana, maksudnya dia ada muslihat? Mesti dia cakap macam-macam kat oppa." Bentak Yihan geram. Digenggam stereng sekuat hatinya. Geram sungguh dengan Mingyu yang kadang-kala perangai tidak menentunya terkeluar.
"Manalah unnie tahu. Lagipun unnie tak tahu nak buat apa time tu. Unnie biarkan jelah."
Yihan menepuk dahi. Kenapalah Hana boleh jadi selurus ini dan abangnya boleh jadi sebangang itu? Ditinggalkan isteri sendiri di pasaraya dan pergi ikut Aeyeon yang entah apa-apa itu. Menyirap darah Yihan.
"Oppa ni memang gila. Unnie tahu tak, dulu oppa sanggup buat apa je untuk mempertahankan Aeyeon. Yihan pernah kena marah dengan dia sebab terlanggar Aeyeon masa perempuan tu ada kat rumah. Setakat terlanggar sikit aje pun. Dia pula yang over. Si Aeyeon tu pula pantang diusik. Mengada macam kucing betina miang! Dah tu pulak pisau cukur. Pantang nampak oppa lebih sikit, mulalah nak mengendeng. Berapa banyak duit oppa berhabis untuk dia. Itu pun oppa masih tak serik-serik lagi. Dah tahu pun Aeyeon tu kahwin dengan orang lain, yang dia pergi..." terputus ayat Yihan apabila dia menyedari yang dia kini dalam luar kawalan. Melihat Hana tidak semengah dirinya berangin seperti itu, Yihan mula menyedari yang kakak iparnya ini memerlukan ketenangan. Keluhan berat dilepaskan.
"Yihan minta maaf sebab..."
"Oppa Yihan masih sayangkan Aeyeon ke?"
Yihan terdiam.
TBC
Keep reading. Thanks ^^
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanficSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...