Handbrek ditolak. Pedal minyak dipijak perlahan apabila gear sudah berada di kedudukan R. Matanya fokus pada cermin pandang belakang, tetapi pemikirannya tidak sepenuhnya di situ. Pelbagai benda menyerabutkan kepala. Sehinggakan tidak sedar ada lembaga sedang melintas pada ketika dia mengundurkan kereta.
BUKKK!!!
Automatik kakinya ditarik dan kereta terhenti. Matanya membulat kerana terkejut dengan kejadian spontan tersebut. Tubuh ditegakkan dan melihat apa yang berlaku melalui cermin pandang belakang dan cermin sisi. Ada sesuatu yang bergerak-gerak. Segera dia turun.
"Ahh!!! Auch..." kedengaran suara lembut seseorang mengaduh kesakitan. Mingyu melajukan langkah dan melihat apa yang terjadi tadi.
"I'm so sorry. But.. are you okay?" Soal Mingyu lantas melutut untuk membantu gadis muda ini. Gadis itu hanya menunduk. Tidak mengangkat kepala walau sikit pun. Rambutnya yang terjuntai itu automatik membuatkan tangan Mingyu gatal untuk menyelitkan rambut itu ke telinga. Gadis itu sedikit terkejut.
"Err... I just want to see your face. Are you okay?" Sekali lagi Mingyu menanya dan kali ini gadis itu mengangkat wajahnya yang berkerut-kerut menahan sakit. Mingyu sedikit tersentak apabila dahi gadis itu mengeluarkan darah dan mencemarkan separuh wajahnya yang kelihatan cantik itu.
"I... I terjatuh. Lepas tu kepala tersungkur. But.. I'm okay. Don't worry."
"Let's me..."
"It's okay. I boleh bangun. Luka sikit je ni."
"Let's go." Sesungguhnya Mingyu memang seorang pemaksa namun dia seorang yang prihatin. Ditarik tangan gadis yang tidak dikenalinya itu lantas diheret menuju ke pintu penumpang. Dibuka dan disuruh gadis itu masuk tanpa sempat gadis itu hendak memotong. Kaki panjangnya cepat sahaja melangkah untuk ke bahagian pemandu.
"Sorry, I dah menyusahkan you."
"Salah I. I patut tebus kesalahan I tadi tu. You pun satu, dah nampak kereta I nak undur pun jalan je. Tak tengok kiri kanan." Tidak semena-mena Mingyu memarahi gadis ini. Tak sedar yang dia pun tengah berangan. Berkerut dahi gadis itu dibuatnya kerana dimarah tidak tentu pasal. Tetapi dah memang betul pun dia main berjalan sahaja tanpa melihat kiri dan kanan. Sampaikan terlanggar dan terjatuh.
"I.. I busy sikit tadi dengan phone. Sampai tak hati-hati. By the way, my name is, Hana. Seol Hana."
"Mingyu. Kim Mingyu. Next time you must carefully. Zaman sekarang ni bahaya. Untung tadi I berhenti. Ada yang terus langgar pun ada. So, hati-hati." Kata Mingyu tanpa memandang Hana yang berada di sebelahnya. Sempat memberikan sedikit nasihat kepada Hana. Matanya fokus pada jalan raya kerana pemanduannya agak laju.
"I... kepala I sakit, Gyu." Adu gadis ini tiba-tiba. Dia memegang kepalanya yang luka itu. Mingyu menoleh. Tersentak dia dibuatnya melihat darah yang semakin banyak keluar itu. Mungkin disebabkan anti-bodi Hana yang tidak kuat.
"Relaks. Take a rest. Jangan bergerak. Wait..." Mingyu memusingkan tubuhnya ke belakang dan mencapai sehelai baju T-shirt Polo miliknya yang memang disediakan di dalam kereta setiap kali dia ke gimnasium. Mingyu menghulurkan T-shirt itu kepada Hana.
"Lekapkan luka you pakai T-shirt I dulu. Biar darah berhenti. Ingat, jangan pejam mata. Nanti you pengsan." Pesan Mingyu lagi. Teragak-agak untuk Hana menyambut pakaian lelaki itu.
"Sorry, I dah ban..."
"Stop saying anything. Take a rest. Kejap lagi sampai."
TBC
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanficSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...