Episode 48

4.6K 410 67
                                    

Hana nekad. Dia mahu menanyakan soalan ini kepada Mingyu. Dia tidak mahu menyimpan apa-apa soalan dalam hati. Biar semua diluahkan dan dapat dijawab dengan jujur. Daripada dia pedih dan hadam sendirian. Langkah diatur untuk menuju ke arah Mingyu yang berada di balkoni bilik. Mingyu diam sejak masuk ke dalam bilik tadi. Langsung tidak bertegur apa-apa. Keadaannya juga tidak seperti selalu. Tadi mereka bergembira di pusat membeli-belah, kali ini Mingyu diam pula. Hana tahu apa puncanya. Dia dengar semuanya. Ruang tamu dan tingkat atas boleh dengar. Lebih-lebih lagi Mingyu dan Puan Kim melantangkan suara sesama sendiri. Terluka juga. Tetapi didiamkan diri sahaja walaupun pedihnya tidak terkata.

"Tak sejuk ke malam-malam duduk luar?" Spontan pinggang lelaki itu dipeluknya daripada belakang. Tuhan. Selesanya. Jarang dia memeluk Mingyu seperti ini.

"Tak." Jawab Mingyu, sepatah. Dia memusingkan tubuh menghadap Hana sementara pinggangnya dibiarkan sahaja dipeluk.

"Kenapa ni? Hmm..." sengaja Hana tidak terus ke soalan asalnya. Dipandang wajah Mingyu dari bawah. Lelaki tinggi lampai ini hanya melepaskan nafas berat.

"Tak ada apa-apa. Penat."

"Penat kena desak dengan omma?" Mingyu menundukkan kepala. Mata Hana ditenungnya. Serta-merta jantung Mingyu berdegup pantas. Entah, dia tidak tahu kenapa setiap kali melihat anak mata Hana, jantungnya berdegup laju. Seakan ada sesuatu yang membuatkannya kurang enak.

"Awak dengar ke apa yang omma cakap kat bawah tadi?" Soal Mingyu, perlahan dan syahdu. Tiba-tiba sahaja dia dihambat rasa sedih. Bagaikan hendak berpisah dengan isteri sendiri.

"Betul ke semua tu berpunca dari awak?" Soalan, dibalas dengan soalan. Ya, soalan itulah yang dia hendak tanya. Adakah betul Mingyu menjadi penyebab dan punca Aeyeon datang kembali dan menganggu rumah tangganya? Adakah dari suaminya sendiri datangnya masalah berat ini?

"Awak pun percayakan Aeyeon daripada saya? Awak pun nak tengok saya kena paksa kahwin dengan Aeyeon? Awak nak ke?" Soal Mingyu, keras. Hana melepaskan pelukannya perlahan-lahan. Dia sedih. Sangat sedih. Terasa hangat kelopak mata menakung air yang bakal jatuh bila-bila masa sahaja. Tubuh dihadapkan ke arah luar. Dibiarkan angin menampar dirinya tanpa menjawab soalan Mingyu yang baginya memang sulit sekali untuk dia menjawab.

"Hana... saya cintakan awak. Janganlah buat saya rasa serba salah. Sumpah! Saya tak pernah buat Aeyeon mengandung. Punca dia kena simbah asid, bukan datang dari saya. Awak sendiri yang tahu Aeyeon dah kahwin dulu masa bercinta dengan saya. Then dia hilang macam tu je bila majlis kahwin dah nak dekat. Takkan saya pulak yang jadi punca? Kenapa senang sangat fikiran awak dengan omma kena racun dengan Aeyeon? Saya tak faham. Awak nak saya buat macam mana biar semua orang tahu yang saya cuma ada awak sorang je?"

Jatuh air mata Hana mendengar pengakuan Mingyu itu. Terang. Jelas. Nyata. Tak ada selindung pun. Tiada yang tersirat. Mudah sekali untuk dia faham. Tetapi itulah, Hana seorang wanita. Dia tahu bagaimana rasa dilukai. Dia sedang terluka sekarang. Keputusan Puan Kim untuk mengahwinkan Mingyu dengan Aeyeon betul-betul melukainya. Sakit rasa seluruh tubuh ketika itu. Menyesal betul dia mencuri dengar pertelingkahan Mingyu dan Puan Kim tadi. Jika dia tidak dengar, sekurang-kurangnya rasa sakit itu tidak merebak sehingga ke dalam hati yang paling dalam.

"Omma... omma suruh awak kahwin dengan Aeyeon..."

"Dan awak izinkan? Macam tu? Hana, look at me," tubuh Hana dihadapkan ke arahnya. Kasar. Hana mengaduh kesakitan kerana Mingyu mengasarinya. Kemarahan lelaki ini mula tidak terkawal.

"Hana, selagi saya bernafas dekat atas muka bumi ni, saya tak akan lepaskan awak. Walaupun omma suruh saya kahwin dengan Aeyeon, saya tak akan lepaskan awak. Larilah awak ke mana sekali pun, selagi saya tak kata saya akan ceraikan awak, awak masih isteri saya." Tegas Mingyu berkata. Digenggam kuat tubuh Hana sehingga terkeluar esakan pada bibir Hana. Dia terlalu marah kepada isterinya sendiri kerana mudah terpengaruh dengan perbualan tadi. Lantas dilepaskan kemarahannya pada Hana. Dia mula tidak terkawal pada saat ini. Jika Aeyeon ada di hadapan mata, sudah lama dilempang, diterajang tubuh itu. Mati pun matilah. Janji hatinya puas dengan apa yang dia lakukan.

"Mingyu... sakit..." dicuba untuk menolak dada Mingyu. Bahunya sakit digenggam. Perit kulit rasanya.

"Sakit lagi hati saya tengok awak menangis sebab benda remeh ni." Kemudian selamat jasad Hana masuk ke dalam pelukannya. Seolah baru tersedar dengan tindakan bodohnya sebentar tadi. Menyakiti fizikal Hana kerana tidak berpuas hati dengan Aeyeon dan Puan Kim yang mudah sahaja masuk ke jurang wanita jalang itu.

"Saya cintakan awak. Tolonglah... jangan masukkan apa-apa konflik dalam rumah tangga kita. Lupakan benda tadi. Lupakan semuanya pasal tadi. Anggap benda tadi cuma... cuma mimpi buruk awak sepanjang perkahwinan kita." Kata Mingyu lagi. Dikucup kepala Hana bertalu-talu. Cintanya memang tidak ternilai. Sungguh, sekali dia cinta, dia akan cinta selamanya. Biarlah Hana menjadi kali yang terakhir, walaupun bukan kali yang pertama. Dahulu dia buta dengan cinta Aeyeon. Sampai sekarang menyesal sebab pernah menabur janji dan kata cinta kepada wanita itu. Kenapalah dia tidak mengenali Hana dahulu sebelum Aeyeon?

"Tapi awak akan kahwin jugakkan dengan Aeyeon?" Hana melonggarkan pelukan. Mingyu melepaskan nafas yang sangat berat. Soalan itu lagi.

"Tak. Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya tak nak duakan awak."

"Omma ibu awak. Ini arahan dia. Awak tak boleh ingkar."

"Saya sayang isteri saya."

"Tolonglah jangan lupakan tanggungjawab awak sebagai anak. Saya boleh hidup sendiri kalau awak tak ada. Kalau omma tak ada? Awak boleh hidup tak? Takkan, sayang? Tak apa, saya boleh berkorban untuk omma." Kata Hana. Tangan Mingyu dipegang.

"Awak sukalah tengok saya merana kena kahwin dengan Aeyeon? Cuba jangan berlakon yang diri tu tabah sangat, Hana? Seol Hana, saya bercakap dengan awak. Bukan dengan orang lain. Jadi diri sendiri boleh tak?" Mingyu mengetap gigi, geram sungguh. Geram yang teramat. Lagi pedih hatinya apabila melihat Hana ketawa dengan air mata yang tetap jatuh pada pipi. Sakit dada melihat.

"Saya jadi diri sendirilah ni. Mana ada mahkluk lain." Hana cuba untuk mengoyakkan senyuman. Tetapi melihat Mingyu menunduk dengan mimik muka yang menyentuh hati, pecah juga tangisan Hana. Mingyu juga begitu. Tetapi hanya bahunya sahaja yang terhinggut-hinggut. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. Dia sangat sedih. Terlalu sedih. Dirinya bagaikan menanti mati. Ke kanan ditelan buaya. Ke kiri dibaham jerung. Hanya jalan lurus sahaja yang tinggal, tetapi buaya dan jerung sedang menunggu di pangkal jalan. Jika dia patah balik, dia bakal dikejar. Begitulah keadaan Mingyu sekarang. Serba salah. Tidak boleh move on! Terkandas.

"Janganlah nangis. Tak handsome..." Hana cuba ketawa. Dipegang wajah Mingyu yang merah padam itu dan dilap dengan tangan. Menghapuskan air mata yang ada. Tidak teguh rasa kaki melihat Mingyu menangis. Kali pertama dia melihat Mingyu menangis.

"Benda nilah yang buat saya takut. Benda nilah yang buat saya rasa tak tenang." Luah Mingyu dengan esaknya yang masih ada. Hana membalas tatapan mata Mingyu. Tuhan, mata yang penuh dengan kesyahduan. Mata yang penuh dengan dilema. Mata yang penuh dengan rasa cinta. Hatinya terusik lagi. Lantas air matanya jatuh lagi buat kali yang ke berapa.

"Kalau awak kahwin dengan Aeyeon, saya masih dengan awak. Jangan risau. Asalkan awak tak abaikan saya." Mingyu menggeleng.

"Saya tak akan kahwin dengan perempuan tu. Tak akan. Saya tak sanggup tengok awak menangis masa majlis saya nanti."

"Kalau betullah awak kahwin, saya sendiri yang akan siapkan pakaian awak. Tolong awak bertenang. Tapi... saya tak akan ada dekat majlis tu. Saya cuma..."

Automatik Hana diam apabila sepasang bibir Mingyu mendarat pada bibirnya. Lembut, romantik dan perlahan. Hana memejamkan mata. Dia cuba untuk bertenang. Tetapi tidak juga. Jantungnya bergendang laju. Irama yang tidak sekata. Lebih-lebih lagi apabila sepasang tangan Mingyu mendarat pada perutnya.

"Anak kita ada dalam ni..." ciuman dilepaskan seketika. Mingyu memandang wajah Hana yang basah dek air mata. Malam ini penuh dengan tangisan. Tangisan yang entah bakal ke mana hala tujunya.

"Aeyeon pun mengandung jug..."

"Susah sangat ke Hana? Tak payah sebut nama tu..." pantang Mingyu mendengar nama Aeyeon dipetik. Kenapa entah Hana terlalu taksub dengan nama itu. Sehinggakan masa mereka bersama macam ni pun disebut juga nama itu. Pedih. Hana tidak menjawab. Sebaliknya memeluk tubuh Mingyu dengan erat. Hangat pelukan lelaki itu. Cintanya semakin kukuh. Tetapi dalam tempoh pengukuhan itulah datangnya Aeyeon untuk menggoyahkan segalanya. Tuhan, mampukan dia dan Mingyu begini tanpa ada perkahwinan yang lagi satu dilangsungkan?

TBC
Wait... bab ni sedih ke macam mana? Hahahahaha im crying sikit lahh. Btw.. saya nak pra final ni. Isnin until khamis so... update slow balik dah. Gud nite. Luvv...

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now