Sorakan para peminat semakin menggila apabila jam sudah menayangkan angka 8. Menurut jadual, persembahan Baek Ji Young bermula 8:45 malam nanti. Segala persiapan sudah disediakan di belakang pentas. Tinggal menanti panggilan naik ke pentas sahaja.
"Sayang..." Mingyu menyapa Hana yang sedang membuka balutan tape pada kotak air mineral di sebelahnya. Hana tidak membalas, malah terus-terusan membuka tape itu.
"Hana..." lengan Hana ditarik perlahan. Tetapi gadis itu hanya berdecit kecil.
"Kenapa ni? Hmm?"
"Nothing."
Mingyu mengerutkan dahi. Pelik. Tangan Hana dicapai. Diramas perlahan-lahan. Bertujuan untuk menenangkan hati isterinya yang seperti disimbah api ini.
"Saya nak suruh awak... jagakan barang. Nah..." telefon bimbitnya diletakkan di atas telapak tangan Hana. Hana tidak memandang Mingyu. Bercakap apatah lagi. Dia terus sahaja bangun bersama dua botol air mineral dan telefon Mingyu di tangan. Dia berjalan keluar dari belakang pentas. Mingyu terdiam jadinya. Hairan.
"Jauh menung. Fikirkan apa?" Tegur seseorang dari belakang sambil menepuk bahu Mingyu. Mingyu tersentak kecil. Dia menoleh.
"Jun... ingatkan siapa tadi." Mingyu mengeluh kecil. Dia masih memikirkan tentang Hana yang tiba-tiba sahaja berubah sikap tadi. Wajahnya masam mencuka. Senyuman pun tak ada. Dalam perjalanan ke Seoul, dia dan Jun memakai kereta lain. Hana pula bersama pengurus Baek Ji Young. Jadi Mingyu tidak tahu kenapa mood isterinya begitu hari ini.
"Kau kenapa? Tegang je aku tengok." Tanya Jun. Sekadar hendak memuaskan hati. Jarang melihat Mingyu begini.
"Hana. Tiba-tiba berdingin." Kata Mingyu. Cerita sedikit sahaja. Jun mengangguk faham.
"Masalah dalaman kut?" Duganya. Mingyu menggeleng.
"Tak. Masalah lain agaknya. Aihh... dia tak pernah macam ni." Mingyu meraup wajahnya sedikit. Alat solek yang ditenyeh tadi boleh hilang gara-gara sapuan tangannya yang tidak berlesen itu. Semua yang terlibat dalam persembahan Baek Ji Young nanti sudah lama bersedia. Rasa tidak sabar.
"Alah... rileks. Nanti okeylah tu. By the way... aku nak tanya kau something." Jun mengesot sedikit punggungnya supaya rapat dengan Mingyu. Matanya juga berkeliaran seketika.
"Tanya apa?" Mingyu jadi teruja.
"Ahreum... dia dah ada.. yang..."
"Kim Mingyu! Wen Jun Hui!" Terbantut ayat Jun dibuatnya apabila nama mereka berdua dipanggil. Leher dipanjangkan untuk melihat apa yang berlaku.
"Yes?"
"Dah nak start! Ppaliwa!" Pengurus pentas dan persembahan memberitahu. Penari-penari yang lain sudah berdiri sementara Baek Ji Young mula naik ke tangga menuju ke pentas. Segera mereka berdua bangun untuk persiapan kali terakhir.
-------
Rentak lagu awalan My Ear Candy langsung tidak mencuit hati Hana. Sikit pun tidak. Malah dia hanya berdiri di belakang pentas dan melihat persembahan melalui skrin pintasan sahaja. Hatinya sakit. Terlalu sakit. Lebih-lebih lagi apabila wajah Mingyu menjadi fokus utama kamera.
"Siapa perempuan tu?" Bibirnya menggumam. Matanya pada skrin, tetapi fikirannya pada benda lain. Situasi petang tadi masih melayar pada ingatannya.
-----
"Mingyu!" Hana memanggil Mingyu. Tetapi lelaki itu tidak muncul. Menyahut pun tidak. Tangannya lincah menyelongkar katil. Bantal dibaling, comforter diselerakkan. Segala benda yang ada atas katil, habis musnah dikerjakan Hana.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)
FanficSepatutnya Kang Aeyeon yang menjadi pasangannya. Tetapi apabila tiba masa, dia menghilang. Meninggalkan Kim Mingyu sendirian seminggu sebelum majlis berlangsung. Majlis terpaksa ditangguhkan untuk mencari Aeyeon. Bukan senang hendak menemui gadis it...