Episode 55

4.4K 348 10
                                    

"Puan, anak puan meninggal dunia dalam kandungan. Ketulan darah tu gugur dari rahim atas faktor puan terlalu penat dan stress." Sekali lagi hati Hana berderai. Buat kali yang entah ke berapa. Patutlah dua hari lepas ketika dia berada di dalam tandas, seakan ada ketulan darah yang bertakung dalam mangkuk tandas. Ketika itu Hana sakit perut. Dia fikirkan sakit perut biasa. Rupa-rupanya... janinnya yang pergi dan masuk ke dalam lubang tandas. Hana keguguran.

"Tapi doktor... boleh ke saya mengandung lagi?" Soal Hana, dalam nada suara yang sedih. Mujur kandungannya masih baru. Tetapi tetap terkesan dalam hati.

"Eh boleh! Jangan risau, puan. Puan mudah mengandung. Jadi, usahakan lagi dengan suami ya?" Kali ini Hana diam. Suami? Bercakap tentang suami, dia tidak tahu berita tentang Mingyu sekarang. Pagi tadi rakan-rakannya pulang, dan selepas itu dia datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Kai yang semalam turut menggelabah dengannya juga tidak dapat mengikuti dia ke klinik. Entah ada urusan apa. Hana ke klinik sendirian.

"Perlu ke saya jaga makan? Maksudnya... pantang?"

"Kandungan puan masih baru lagi. Jadi pemakanan tak perlu jaga. Cuma kena jaga tahap stress puan je. Sebab kandungan puan gugur disebabkan puan stress." Doktor menasihati dan tersenyum. Hana menunduk. Dia stress? Ya. Sangat stress! Stress dengan pelbagai masalah.

"Baiklah doktor."

"Oh ya, nanti awak kena datang klinik esok ya? Ada pemeriksaan sikit." Pesan doktor wanita itu. Hana mengangguk faham.

"Terima kasih ya doktor." Hana bangun dan menunduk 90 darjah kepada doktor itu. Doktor itu membalas dan memberikan senyuman kepada Hana.

__________

Hana memasuki rumah. Yihan dan Puan Kim belum pulang. Tetapi dia sudah memaklumkan khabar tentang kegugurannya itu tadi. Hana mengerutkan dahi. Ngilu pula pada bukaan kerana pemeriksaan tadi. Tadi di dalam klinik, dia tidak sedih. Tetapi sampai sahaja di rumah, dia sedih pula. Sebak di dada. Terasa sunyi. Selalunya perut Hana seakan ada belon yang bergerak tetapi kini tiada rasa apa-apa. Sunyi.

"Semua orang tinggalkan aku. Baby, Mingyu. Appa dengan omma..." Hana menunduk perlahan. Dia cuba menahan air mata dari jatuh mengalir. Kaki dijalankan ke sofa. Baru punggungnya hendak dilabuhkan, telefon bimbitnya berbunyi. Hana mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan duduk di sofa perlahan-lahan. Baru hari ini dia rasa sakit di semua tempat. Sebelum ini tidak pula.

"Siapa n... Ryan?"

________

"So... you nak kahwin dah?" Soal Hana kepada seorang lelaki di hadapannya kini. Ryan. Bekas teman lelakinya yang menghilang sepanjang dia berkahwin dengan Mingyu.

"Ya. And... sorry sebab hilangkan diri lama sangat. I... kat overseas." Kata Ryan. Air yang terhidang dihirup perlahan. Hana mengangguk. Kad jemputan perkahwinan dari Ryan disimpan dalam beg tangan. Bulan depan Ryan akan berkahwin. Tetapi dia merasakan yang lelaki itu tidak tahu statusnya sekarang. Perlu ke bagitahu?

"Tak apa. I... tak kisah. And kita dah tak ada apa-apa. Kan?" Hana sedikit kekok apabila berhadapan dengan orang yang sudah lama tidak ditemuinya.

"Siapa cakap tak ada apa-apa? Kita ada relay okey." Kata Ryan dengan wajah yang serius. Membulat mata Hana dibuatnya. Apakah?

"You dah nak kahwin and..."

"Kita ada relay kawanlah. You tak nak berkawan dengan I ke?" Seloroh Ryan. Hana menarik nafas panjang. Buat suspen.

"Of course lah nak. Gila tak nak?" Mereka ketawa sama-sama. Kemudian mereka berdiam diri seketika. Mata Ryan tiba-tiba mendarat pada jari Hana. Kemudian dia tersenyum nipis.

"Mana husband you?"

Hana terdiam. Wait. Macam mana Ryan boleh ta...

"You tahu dari mana yang I dah kahwin? I silent married dengan suami I okey."

"Tapi I tengok tak pun. Hana, I ada spy tau." Ujar Ryan sambil mengecilkan mata. Hana mengerutkan dahi. Tak faham.

"Seriuslah you dapat tahu dari mana ni? I tak cakap apa-apa pun kat you okey. I tak cakap pun yang I dah kahwin apa semua. Macam mana you..."

"Kai ada. I tanya semua dia jawablah. Don't worry..." kemudian lelaki itu ketawa comel. Hana ketawa juga. Bagaikan sudah lama dia tidak ketawa. Hari ini rasa lega sebab dapat ketawa.

"Kai rupanya..."

"By the way, mana suami you? Dia lagi handsome and look young than me I thought." Hana menunduk seketika dengan senyuman palsu.

"Kerjalah. Mana boleh ada selalu dengan I." Perit lidah hendak menipu, perit lagi hati yang merasa. Hana terpaksa menipu. Dia yakin, jika dia menceritakan hal sebenar kepada Ryan, pasti panjang dan berjela-jela. Jadi dia jedakan sahaja cerita dan ambil jalan mudah. Mingyu ,kerja. Pergi rumah isteri kedua dikatakan kerja apa. Kerjalah tu kan?

"Ah... I see. So, bila-bila I nak datang rumah you. I nak bawak future wife jumpa ex-girlfriend I ni. Sekali boleh kenal-kenal dengan husband you. Bolehkan?"

"Of course bolehlah, Ryan. Pintu rumah I selalu terbuka untuk you." Lancar sahaja Hana memberi jawapan. Tak tahu yang hatinya sedang bergolak sekarang.

"That's my friend. And wait... I ingat nak ajak you pergi beli hadiah untuk future I. Boleh teman tak?" Soal Ryan. Hana melepaskan straw yang mengepit bibir.

"Sorrylah, Ryan. I kena baliklah. Macam tak sihat sangat ni. To be honest, I baru balik klinik." Kata Hana. Ryan mengerutkan dahi.

"Klinik? Why? Demam?"

"No."

Ryan masih tidak faham. Hana memang suka main tarik tali.

"Then? What?"

"I... gugur."

"What?!"

TBC

Tbh, this story dh nak habis. Hahahahaha and serius. Tgh sedih tahap nak mati sebab jalan cerita macam ter'seliuh' sikit ni. Sepatutnya jadi lain ,tapi terkucil lain but I still cari punca mana natang haram yg kucilkannya ni. So, enjoy!

[COMPLETED] Silent Married 침묵 결혼 (Mingyu Fanfic)Where stories live. Discover now