Meet

2.6K 309 41
                                    

" Kau borak dengan siapa?" Soal Wonwoo.

" Hye.. Bella!" Hampir sahaja nama Hyerin meniti di bibir Mingyu.

" Kau dah kenal dia? So apa pendapat kau?"

" Hm taste kau kan?"

" Semestinya! Tu lah next target aku" Wonwoo tersenyum sinis.

" Mangsa baru kau?" Mingyu tergelak besar sehingga sakit perutnya. Haih! Siapa mainkan siapa sekarang ni Jeon Wonwoo oii?! Kalau lah Wonwoo tahu yang dia lah yang tengah dipermainkan sekarang. Tapi tidak pula Mingyu berniat untuk memberitahu perkara sebenar kepada Wonwoo. Biar mamat ni tau rasa sikit. Sekali sekala nak juga tengok Wonwoo kena main.

" Yang kau gelak kenapa?"

" Takde lah. Aku tengok minah tu macam susah nak dekat je" Mingyu memberi alasan.

" Hello! Ni Jeon Wonwoo lah. Pernah ke orang tolak aku?" Nadanya kedengaran angkuh sekali.

" Jeon Wonwoo ke tak, kalau aku dah lama blah tau. Eii siapa lah sanggup layan perangai tiga suku kau tu!" Kutuk Mingyu selamba.

" Eh kau kawan dengan aku dah lebih 10 tahun, hidup je. Tak mati pun"

" Ye tak ye kan" Mingyu mengiakan.

******

" Macam mana first day kerja? Best? Ada mamat hensem tak nak buat suami?" Soalan dari Yoongi itu disambut ketawa kecil dari Bella. Mamat hensem nak buat suami takde, mamat hensem bekas suami ada lah.

" Orang pergi sana nak kerja. Bukan cari jodoh" Bella menjawab.

" Alang-alang dah kerja tu, cari lah jodoh. Tak pun goda je bos besar. Senang lah hidup adik nanti" Yoongi berkata lagi.

" Bos besar? HAHAHAHHHHA" Kali ini ketawa Bella lebih kuat. Cari nahas goda bos besar? Taknak aku. Baik aku goda Kim Mingyu. Hensem pun hensem.

" Bos adik dah tua! Perut boroi. Kepala botak. Oppa nak ke dia jadi adik ipar oppa?" Tipu Bella. Ada ke patut samakan Wonwoo dengan orang tua.

" Okay reject!" Sekali lagi ketawa mereka berdua pecah.

*****

" Noona kerja mana?" Soal Jungkook. Ketika itu, Bella sedang lepak bersama Yoongi dan kawan-kawannya di Cafe Jungkook. Percaya atau tidak, Jungkook dah buka cafe. Ternganga dua saat juga lah Bella mendengarnya dulu.

" Errr.. alah syarikat biasa-biasa je" Bella membalas. Masih cuba menyembunyikan tentang syarikat dimana dia bekerja.

" Bella ni sepatutnya enjoy dulu tau. Ni tak, balik dari study terus kerja. Tak stres ke?" Soal Hoseok.

" Ada sorang mamat ni kan. Dia tinggal kat rumah Bella. Dia asyik membebel je cakap Bella menghabiskan beras kat rumah. Sebab tak tahan lah Bella terus cari kerja" Padu dan jitu sindiran Bella terhadap Yoongi.

" Ek eleh. Main sindir-sindir pula. Dia yang tergedik-gedik cari kerja"

" Mana ada adik tergedik! Oppa ni kan!" Bahu Yoongi di sebelahnya ditumbuk manja.

" Guys, jom pergi belakang. Main game!" Ajak Taehyung. Kini, hanya tinggal Jungkook dan Bella sahaja di situ. Rancak mereka berbual tanpa menghiraukan sekeliling. Kadang kala tawa mereka pecah. Ketawa lah kuat mana pun, apa orang kisah? Ni cafe Jungkook, kalau teringin ditendang keluar, cubalah marah mereka berdua.

" Jungkook!" Satu suara menganggu perbualan mereka. Serentak Jungkook dan Bella menoleh. Membuntang mata mereka berdua melihat Wonwoo tercegat berhadapan mereka.

" Hyu.. Hyung! Kau bua.. buat apa sini?" Soal Jungkook tergagap.

" Datang cafe adik sendiri pun salah ke? Eh Bella! Apa awak buat kat sini? Dengan.. Jungkook?" Melopong Jungkook apabila Wonwoo kelihatan selamba menegur bekas isterinya.

" Sa.. saya saja lepak sini. B.. Bos kenal Jungkook?" Bella terpaksa menjawab. Kali ini hampir jatuh rahang Jungkook. Bos?!

" Oh dia adik saya. Jungkook, kau kenal Bella?"

" Err.. dia.. dia.. noona angkat! Haa noona angkat aku!" Isyarat mata Bella itu betul-betul difahami Jungkook. Nampak sangat Bella merayu agar tidak memberitahu identiti sebenarnya. Hyungnya pun satu. Bodoh kuasa tiga betul lah. Bekas isteri sendiri pun tak kenal. Tapi tak hairan lah kan, Yoongi yang hidup 20 tahun bersama Bella dia pun tak kenal adik dia haritu.

" Hyung dengan noona pun kenal jugak ke?"

" Haah. Dia secretary aku. Baru mula kerja hari ini" Dengan baik hatinya Wonwoo tolong jawab. Jawapan itu membuatkan Jungkook memandang Bella dengan pandangan 'What's-going-on-?'

" Oh patut lah noona beria cakap bos dia hensem gila" Jungkook membalas dendam. Entah kenapa idea nakal itu muncul. Rasanya inilah peluangnya untuk menyatukan kembali bekas kakak iparnya itu dengan Wonwoo. Membulat mata Bella mendengar kata-kata Jungkook. Spontan kakinya menendang kaki Jungkook yang duduk berhadapan dengannya.

" Oh ye? Terima kasih atas pujian tu. By the way, Bella boleh teman saya minum?" Wonwoo bertanya sambil senyum gatal.

" Eh boleh! Boleh sangat!" Jawab Jungkook. Sekali lagi kaki Bella spontan menendang kaki Jungkook. Tiba-tiba satu perkara terlintas pada fikiran Bella. Macam mana kalau Yoongi oppa tiba-tiba keluar dari belakang? Mesti akan terjadi dua perkara tak diingini. Satu, Yoongi pasti akan mengamuk bila melihat Wonwoo. Masih dia ingat kata-kata Yoongi dahulu ketika mahkamah memutuskan bahawa Wonwoo dan dirinya bukan lagi suami isteri.

" Kalau aku nampak kau dekat dengan adik aku lagi, mati kau aku kerjakan. Kau faham tak jahanam?!"

Sebab kedua. Identiti dia pasti akan terbongkar! NOOOOO!!

" Bos, apa kata kita minum kat tempat lain? Sebenarnya saya nak beli something, alang-alang tu boleh teman saya beli barang" Tanpa menunggu jawapan Wonwoo, tangan Wonwoo sudah ditarik Bella. Sebelum itu, dia sempat membisikkan sesuatu kepada Jungkook.

" Jangan bagitau Yoongi oppa please!"







Update! Vote and comment for this chap. Saranghae readers ♡♡♡♡♡♡

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now