Trouble

1.4K 150 13
                                    

" Heyyy!" Tersentak Wonwoo apabila seseorang merempuh masuk biliknya dengan wajah yang ceria.

" Kau ni kan Daniel, kalau aku ada penyakit jantung dah lama aku 'jalan' tau." Bebel Wonwoo. Kang Daniel. Seorang lagi kawan baiknya semasa di Universiti dahulu. Dia, Daniel dan Mingyu memang sangat rapat ketika sama-sama bergelar pelajar dahulu. Mereka lah kawan buat jahat, kawan ponteng kelas sama-sama dan kawan yang suka usik pelajar-pelajar perempuan dahulu. Namun, selepas Daniel menyambungkan pelajarannya ke luar negara, mereka memang sudah jarang bertemu. Tapi tetap sahaja persahabatan mereka masih utuh sehingga kini.

" Hehehe. Mana Bella?" Soal jejaka kacak itu kepada Wonwoo.

" Dekat meja dia. Takkan kau tak nampak masa kau nak masuk tadi?"

" Sebab dia tak ada kat meja dia lah, aku tanya." Bidas Daniel. Sofa yang ada di dalam bilik Wonwoo dijadikan tempatnya untuk berbaring. Bestnya dapat tidur!

" Kau dah kenapa datang tidur rumah aku? Rumah kau dah kena lelong ke?" Pedas soalan itu ditujukan pada Daniel.

" Eleh kedekut! Aku boleh beli sepuluh sofa ni!" Daniel bersuara riak. Sudah lama dia dan Wonwoo tidak bergaduh manja sebegitu.

" Tahulah kaya." Wonwoo buat muka sedih. Sememangnya baru-baru ini dunia gempar seketika apabila Kang Daniel menjadi CEO temuda yang pertama yang berjaya menguruskan projek berharga jutaan ringgit.

" Diamlah!" Bantal kecil diambil lantas dibaling kearah Wonwoo yang duduk dimejanya.

" Jangan buat sepah! Kesian bini aku nak kemas nanti." Ucap Wonwoo.

" Tolonglah, dia tak jadi bini kau lagi." Daniel mencebik.

" Soon to be."

" Eh agak-agak kan, kalau aku try Bella sekarang sempat lagi tak?" Soalan menggali kubur sendiri itu keluar dari mulut Daniel.

" Mati kau kalau cuba." Bantal tadi dibaling kembali kepada Daniel.

" Hoi, nak lawan ke?" Maka itu bermula lah perang dunia ke-3 di antara Daniel dan Wonwoo.

" Cik Kri.." Hampir ternganga mulut Bella melihat situasi di hadapannya.

" Bella hi!!" Daniel menyapa ceria.

" Errr..."

" Jeon Wonwoo, Kang Daniel! Berapa umur korang ni?"

" Dia mula dulu." Adu Wonwoo manja.

" Apa aku pulak? Kau la!" Daniel membela diri. Dia turut tidak mahu mengaku salah.

" Korang.." Bella mengeluh berat. Nak marah pun dia rasa tak ada tenaga.

" Cik Kristine dah sampai. Boss dengan Tuan Daniel boleh ke bilik meeting." Bella bercakap dengan formal.

" Kau tak pergi ke?" Soal Wonwoo melihatkan Bella yang tidak bergerak dari tempatnya.

" Saya sepatutnya pergi tapi boss saya otak dia umur 3 tahun, dia dan kawan baik dia dah sepahkan bilik so saya kena kemas bilik dia dulu." Pedas sindiran itu ditujukan pada Wonwoo.

" Sorry Bella!" Daniel berkata sambil tersenyum comel.

" Tak apa. Korang pergi dulu, nanti saya pergi. Kesian Cik Kristine, dah lama dia tunggu." Mereka berdua hanya mengangguk dan melangkah ke tempat yang dituju.

-

" Kristine, you nak join kitorang lunch?" Soal Wonwoo kepada gadis cantik bermata biru itu.

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now