" Hani, bangun." Tubuh Hani ditepuk lembut.
" Ahh.. Eonnie.. 5 minit lagi. Hani letih la." Rengek Hani manja. Bella hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah comel Hani. Tapi dia juga kesiankan Hani. Semalam mereka berdua memang tidur lewat jadi dia tahu pasti Hani letih. Lagipun, semua ini berpunca darinya.
" Kalau macam tu, eonnie keluar breakfast dulu. Hani jangan bangun lewat sangat tau?" Kata-kata itu disambut dengan anggukan kecil Hani.
Bella lantas mengorak langkah keluar. Waktu pagi begini tidaklah dia berasa takut sangat untuk berjalan seorang diri. Lagi pun, orang juga ramai. Kalau jadi apa-apa, dia boleh je menjerit.
" Bella?" Mendengar namanya dipanggil dia pantas menoleh. Dia melihat Wonwoo sedang melangkah ke arahnya.
" Selamat pagi, bos." Bella menundukkan kepalanya.
" Awak nak pergi mana seorang diri ni?" Soal Wonwoo hairan. Sudah la gadis itu tidak ditemani sesiapa.
" Saya nak join staff lain sarapan. Bos pula?"
" Sama juga. Tapi, kenapa tak pergi dengan Hani? Awak tau kan, awak dalam bahaya sekarang ni?" Nada suara Wonwoo kedengaran risau. Sudah semestinya dia risau, Bella kini diancam bahaya. Musuhnya juga tidak diketahui gerangannya jadi mungkin bila-bila masa sahaja Bella boleh diserang.
" Saya tak sampai hati nak kejutkan Hani. Biar lah dia rehat. Saya boleh jaga diri sendiri."
" But still..."
" Bos, kita pergi makan ye? Saya laparlah." Bella memotong percakapan Wonwoo dengan harapan yang Wonwoo akan berhenti membebel. Dia amat arif dengan bekas suaminya ini. Pernah sekali, dia tercuri dengar Wonwoo membebel kepada Jungkook dahulu. Fuh.. memang macam mummy.
" Tapi.."
" Ala, saya lapar lah. Nanti-nanti la bos sambung membebel." Lengan Wonwoo diraihnya dan mereka sama-sama melangkah ke cafe di mana semua staff berkumpul.
×××××××
Sedang Bella enak menikmati hidangan, telefonnya tiba-tiba berdering menandakan bahawa ada mesej yang masuk.
Dik, oppa is coming to Jeju! See you there! Dont forget untuk kenalkan oppa dengan bos adik yang hensem tu heheheheu love yaa
-YoongiTersembur makanan yang ada di dalam mulutnya. Betul ke apa yang aku baca ni? Yoongi oppa nak datang sini?! Kenalkan Wonwoo pada dia?! OMG, nampaknya ada yang buat kenduri arwah esok.
" Kenapa ni Bella? Siapa text?" Soal Wonwoo apabila melihat riak wajah Bella.
" Hah? Errr.. nothing! My mom yang text." Bella cuba menyembunyikan rasa paniknya. Dia juga cuba menenangkan dirinya walaupun hatinya berasa gelisah yang amat. Kepada siapa dia mahu meminta pertolongan?
" Hoi! Makan tak ajak." Mingyu yang entah dari mana tiba-tiba mengejutkan mereka berdua. Kemunculan Mingyu itu bagaikan memberi sinar cahaya kepada Bella. Mingyu pasti mahu menolongnya.
Kebetulan pula, semasa itu telefon Wonwoo berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Dia mula menjauhi mereka berdua untuk menjawab panggilan tersebut.
" Mingyu, kalau saya nak minta tolong boleh?" Soal Bella berhati-hati.
" Tolong apa?" Mingyu membalas dengan soalan.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfic" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...