News

2.5K 285 29
                                    

" Ahhhhhh! Wonwoo, apa awak buat dalam bilik saya ni?! " Percakapan biasa Bella terus berubah. Mana taknya, buka mata je dia dah nampak Wonwoo. Nasib baik dia masih lengkap berpakaian.

" Awak lupa ke? " Soalan Wonwoo itu membuatkan Bella mendiamkan diri. Otaknya ligat memikirkan apa yang berlaku. Joshua.. tapak projek.. pokok tumbang.. OH!! Dah ingat!

" So.. sorry.. Bos! " Bella tersenyum malu. Tadi kalau Wonwoo tidak mengingatkannya tadi, sudah pasti jejaka itu bersarapan awal. Orang makan nasi tapi Wonwoo makan kaki.

" Bos.. saya tak bawa apa-apa baju " Walaupun malu untuk menuturkan, namun dia terpaksa. Takkan nak pakai baju ni lagi? Dah la semalam sehari suntuk dia memakai baju tu. Dia juga berharap Wonwoo tak blur macam Yoongi. Masih ingat dulu apabila dia cakap benda sama pada abangnya.

" Dah tu? Bogel la " Jawapan rated 18+ Yoongi yang layak makan kaki.

" Awak tunggu sini. Saya pergi beli baju untuk awak " Jawapan gentleman diberikan Wonwoo. Hampir sahaja Bella cair, namun cepat-cepat dia bekukan semula hatinya.

" Tapi.. Bos belum mandi? "

" Saya ni tak mandi ke, mandi ke, tetap handsome " Wonwoo membalas. Bella buat muka ala-ala sembelit. Menyampah betul dengan jejaka di hadapannya itu

" Suka hati bos la " Bella malas nak layan.

××××

" Nah.. " Beberapa beg kertas dihulurkan di hadapan Bella.

" Kenapa banyak sangat ni? " Soal Bella hairan. Bukan setakat banyak, mahal pulak tu! Tengok je jenama di beg kertas itu dah boleh membuatkan Bella pengsan.

" Saya tak tahu awak suka pakai baju yang macam mana. Lagi pun saya belikan jugak baju 'kecil-kecil' tu. Saya tak tahu saiz awak so saya agak aje lah " Dahi Bella berkerut sebentar. Baju 'kecil-kecil'? Omg! Setelah dapat tangkap maksud daripada ayat Wonwoo itu, wajah Bella terasa berbahang. Woi, malu! Pantas Bella melarikan diri ke dalam tandas. Rasa nak sorok muka dalam mangkuk tandas pun ada. Huwaaaaa!



××××


Bella hairan. Sumpah dia hairan. Balik sahaja dari Busan, dia dan Wonwoo terus ke pejabat. Namun, yang dia hairankan kenapa staff syarikat memandangnya dengan pandangan lain macam?

" Bos.. kenapa diorang pandang kita macam tu? " Soal Bella kepada Wonwoo. Mungkinkah kerana dia turun dari kereta Wonwoo?

" Biasalah. Awak kan tengah berjalan dengan jejaka terhangat Korea " Jawapan Wonwoo yang seakan masuk bakul angkat sendiri itu memang menyakitkan hati Bella.

" Bos, saya serius! "

" Ala.. relaks la. Abaikan " Akhirnya Wonwoo memberi jawapan yang tidak menyakitkan hati.

" Guys! Omgg! Betul ke apa yang aku dengar ni? " Pemilik suara itu meluru ke arah mereka beruda.

" Mingyu, sejak bila kau jadi bapok? " Tegur Wonwoo. Mingyu tarik muka 16 belas.

" Agak-agak la kau. Muka hot aku ni kau samakan dengan bapok. Memang dah lama hidup ke apa? " Mingyu membalas.

" Abaikan. So, apa yang kau bisingkan sangat ni? "

" Korang tak tahu ke? " Melihat Wonwoo dan Bella menggeleng, Mingyu menarik nafas panjang. Pandai buat, tapi tak tahu risiko.

" Korang pergi Busan kan semalam? " Bella mengangguk.

" Korang bermalam kat sana kan semalam? " Giliran Wonwoo mengangguk.

" Korang tidur satu bilik kan semalam? " Kedua-duanya menangguk sebelum mata mereka membuntang memandang Mingyu.

" Mana awak tahu? " Bella menyoal terkejut.

" Jadi betul la korang tidur satu bilik? Wonwoo, apa yang kau buat dekat Bella hah?! Kau tau tak dia masih suci! Kau memang tak guna! " Marah Mingyu sebelum kepalanya dihempuk dengan beg tangan Bella.

" Apa yang awak mengarut ni Mingyu? Mana awak tahu saya masih suci? " Soal Bella geram.

" Sebelum ni memang lah awak suci, tapi sejak semalam awak dah tak suci! " Muka Mingyu seakan hendak menangis. Kesian Bella. Namun sekali kepalanya diketuk. Tapi kali ini oleh Wonwoo.

" Bodoh! Tak jadi apa-apa pun la semalam! Dekat guesthouse tu cuma ada satu bilik. Mulanya aku nak tidur dalam kereta tapi disebakan hujan lebat, so Bella benarkan aku tidur dalam bilik. Itu pun aku tidur atas sofa! " Satu persatu Womwoo menerangkan kepada Mingyu.

" So, tak jadi apa-apa lah? " Anggukan dari Wonwoo itu membuatkan Mingyu menarik nafas lega.

" Tapi macam mana awak tahu? " Soal Bella pula.

" Satu Korea dah tahu ' Jeon Wonwoo Didapati Masuk Ke Dalam Bilik Hotel Bersama Seorang Perempuan ' " Jawapan itu membuatkan empangan air mata Bella pecah. Dia terkejut. Dia takut. Dia gelisah. Semua perasaan bercampur baur.

" Ma.. macam ni? Macam mana kalau keluarga saya tahu? Mesti nanti diorang pikir yang bukan-bukan tentang saya " Bella bersuara gementar. Sudah la ditangkap masuk ke bilik hotel bersama seorang lelaki. Lelaki itu pula bekas suaminya. Pasti Yoongi akan mengamuk sakan. Memikirkan Yoongi sudah cukup untuk membuatkan lutut Bella menggeletar.

" Mingyu, kau dah uruskan hal ni kan? " Soal Wonwoo. Dia yakin sahabat baiknya telah selesaikan segalanya. Setiap kali dia ditimpa masalah pasti sahabatnya itu yang sudi menyelesaikan segalanya.

" Don't worry. Dalam gambar tu muka Bella tak nampak pun. Yang tahu perempuan itu Bella cuma staff dalam syarikat ni. Itu pun sebab awak dan Wonwoo pergi Busan sama-sama. Awak jangan risau, saya dah uruskan semuanya. Perkara ni tak akan sampai ke pengetahuan keluarga awak " Bella menarik nafas lega mendengar kata-kata Mingyu. Sungguh dia berterima kasih kepada Mingyu.

" Kalau macam tu, aku pergi dulu! " Mingyu berkata sebelum kakinya melangkah menjauhi mereka berdua. Sebenaranya dia cuba memberi ruang kepada mereka.

" Bos, saya minta maaf. Kalau saya tak berdegil nak ikut bos, semua ni tak akan terjadi "

" Awak tak perlu minta maaf. Tak ada sesiapa antara kita yang salah dalam hal ni. Yang salah tu mereka yang tahu melontar tuduhan hanya berdasarkan gambar yang mereka nampak " Bella perasan akan kematangan Wonwoo ketika berkata sedemikian.

" Baik bos " Bella menganguk paham. Tidak mahu memanjangkan perkara itu.

" Awak balik lah. Tak perlu masuk kerja hari ni " Wonwoo memberi kata putus. Pasti hari ini Bella menerima kejutan yang besar dalam hidupnya.

" Tapi.. "

" Tak ada tapi-tapi. Balik. Ini arahan seorang bos " Wonwoo berkata tegas.

" Terima kasih.. " Bella mula mengorak langkah namun langkahnya terhenti apabila mendengar namanya meniti di bibir Wonwoo. Dia menoleh sambil matanya tepat memandang Wonwoo.

" Hati-hati " Ucap Wonwoo. Bella tersenyum manis lantas menganggukan kepalanya. Hatinya terasa bagai nak pecah. Perasaan lama muncul kembali.


Yo~ update. Wonwoo is back gaisssss and he looks damn good. Im crying. Who miss Wonwoo and Bella? Put your hands up xD Sorry lambat update // woozi's puppy eyes // anw, vote and comment for this chap. SARANGHAE READERS ♡

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now