Sejak pulang dari Jeju, Bella semakin sibuk dengan kerjanya apatah lagi mereka baru sahaja mendapat projek baru yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Ulgo sipji anha~
Deringan telefon bimbitnya itu membuatkan kerja Bella tergendala. Dia melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Private number?
" Hello?"
" Kau ingat kau akan selamanya bahagia ke, Min Hyerin? Kau akan terima balasan yang setimpal. Kau akan sengsara. Aku akan pastikan semua tu, Min Hyerin!" Di hujung talian, suara itu berkata. Bella yang mendengar ugutan itu terus mematikan talian. Tangannya sudah menggigil.
" Apa salah aku?" Rintih Bella sendiri. Dia betul-betul tertanya apakah salahnya sehingga dia diugut sebegitu. Dia tidak pernah kacau teman lelaki orang. Lelaki yang rapat dengannya hanyalah Yoongi, Jungkook, Joshua dan.. Wonwoo. Adakah semua ini ada kaitan dengan Wonwoo?
" Wonwoo..." Gambar perkahwinannya diambil dari dompet. Dia merenung wajah masam Wonwoo di dalam gambar tersebut. Tiba-tiba sahaja dia berasa rindu terhadap jejaka itu sedangkan Wonwoo bukanlah berada jauh darinya.
" Cik Bella, Pengurus Lim nak jumpa Cik Bella." Salah seorang pekerja mematikan lamunan Bella. Gambar perkahwinannya itu diletakkan dalam laci sebelum dia mengangkat kaki ke tempat yang ditujuinya.
" Bella, fail yang saya-----" Suara Wonwoo terhenti apabila melihat meja Bella kosong tanpa penghuni.
" Mana dia pergi?" Wonwoo mengomel perlahan. Dia melangkah ke meja Bella. Tujuannya datang ke situ adalah untuk meminta fail yang dia suruh Bella simpan dahulu. Namun disebabkan Bella tiada di mejanya jadi terpaksa la dia mencari sendiri.
" Mana dia letak ni..." Sudah habis diselongkar meja Bella. Laci yang tidak ditutup rapat menarik perhatiannya. Mungkin Bella menyimpannya disitu? Tanpa berfikir panjang, laci itu terus ditariknya.
Wonwoo tergamam apabila melihat gambar perkahwinannya bersama bekas isterinya itu berada di dalam laci Bella.
" Macam mana gambar ni boleh ada kat sini?" Setahunya gambar ini hanya ada satu keping sahaja. Patutlah album perkahwinannya tidak cukup satu gambar. Adakah ini bermakna...?
" Bos? Apa bos buat kat meja saya?" Soal Bella hairan. Wajah pucat Wonwoo dipandangnya hairan.
" Bos okay ke tak ni?" Bella cuba untuk memeriksa dahi Wonwoo namun tangannya ditepis lelaki itu.
" Aku bencikan penipu." Kata-kata itu memeranjatkan Bella. Peluh mula membasahi dahinya. Nafasnya bagai tersekat.
" Won.. Wonwoo.."
" Kau tipu aku, Min Hyerin!!" Bergema tengkingan Wonwoo dalam pejabat itu. Gambar ditangannya dilempar tepat ke muka Bella.
" Wonwoo, saya tak ada niat nak tipu awak. Saya.. saya.."
" Saya apa?!"
" Saya.. cuma rasa masanya belum sesuai untuk bagitahu awak." Perlahan kata-kata itu keluar dari mulut Bella.
" Tak sesuai atau kau seronok perbodohkan aku?!"
" Saya tak ada niat nak buat macam tu. Wonwoo, saya minta maaf.."
" Sudahlah Hyerin..." Baru sahaja Wonwoo ingin melangkah pergi dari situ, lengannya ditarik Bella.
" Wonwoo, saya cintakan awak." Luah Bella jujur. Sudah semestinya dia jatuh cinta dengan lelaki itu. Sikap lelaki itu yang selalu sahaja melindunginya dan sentiasa ada bersamanya membuatkan hatinya bergetar.
" Aku tak pernah cintakan kau, sama ada kau Hyerin atau Bella." Dingin dan kasar balasan atau lebih tepat penipuan yang keluar dari mulut Wonwoo. Lengannya terus direntap dari pegangan Bella, lantas dia melangkah keluar dari pejabat. Dia betul-betul kusut!
×××××
Telefonnya yang dari tadi berdering hanya dipandang sepi. Tertera nama Bella di skrin telefon Wonwoo itu. Entah sudah berapa ratus kali telefonnya itu berdering.
" Hello?" Wonwoo tersentak apabila seseorang mengambil telefonnya dan menjawab panggilan itu.
" Kim Mingyu!"
" Ya, kami kenal pemilik telefon ni." Wonwoo tersentak mendengar ayat serius Mingyu. Dia terus merampas telefon yang ada pada Mingyu.
" Hello, saya suami pemilik telefon ni." Wonwoo terus bersuara. Mingyu tersenyum senget. Tahu pula nak mengaku isteri.
" Encik, isteri encik ni mabuk teruk."
" Dia ada kat mana?"
××××××
Bella membuka matanya. Kepalanya terasa berat. Tekaknya yang mual membuatkan Bella pantas bangun ke bilik air.
" Damn.." Kepalanya dipegang. Eh, kejap! Aku kat mana?
" Kau dah bangun? Hidup tu kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?" Bella terdiam. Wonwoo yang berdiri di hadapannya hanya dipandang sekilas. Sakit di kepalanya lebih seksa dari kata-kata sinis Wonwoo itu.
" Saya minta maaf. Saya balik dulu." Bella ingin bangun namun kata-kata Wonwoo membuatkan perbuatannya itu terhenti.
" Kau nak balik dengan pakai macam tu?" Mata Bella jatuh pada pakaiannya. Dia hanya memakai gaun tidur separas paha.
" Siapa tukar baju saya?!"
" Kau rasa?"
" Awak ke yang tukar?"
" Habis kau nak Mingyu yang tengah masakkan hangover soup kat kau tu tukarkan baju kau ke?" Soal Wonwoo. Bella terdiam. Jadi, Mingyu turut ada disini.
" Tak.. tapi.."
" Pergi mandi. Tukar baju. Lepas tu, turun makan." Sebaik berkata sedemikian, Wonwoo terus keluar dari bilik itu meninggalkan Bella yang masih terpinga-pinga.
+++
" Dah bangun Bella?" Mingyu menegur.
" Ha'ah. Kau masak ke?"
" Ye la. Nak harapkan Wonwoo, bukan setakat dapur yang terbakar, sekali bangunan ni terbakar."
" Jangan sampai aku halau kau." Womwoo tiba-tiba muncul.
" Ops!" Balas Mingyu gedik.
" Kau, makan cepat. Lepas tu balik." Arah Wonwoo kepada Bella.
" Apa kau ni kejam sangat? Biar lah dia lepak sini." Mingyu menyampuk.
" Kau diam, Mingyu. Aku tak bunuh kau pun dah cukup baik." Wonwoo membidas. Selepas dapat tahu yang Mingyu sebenarnya tahu lebih awal pasal Bella, hampir sahaja dia memutuskan persahabatan mereka.
" Ye la, saya balik." Bella berkata perlahan.
" Aku hantarkan." Mingyu mempelawa.
" Takpe, biar aku je yang hantar dia." Wonwoo berkata tanpa dia sedar.
Selamat Hari Raya gaisssssss! Maaf zahir batin. 0-0 ye lepas ni xD anw vote and comment for this chap. PLEASE MAKE THIS FANFIC REACHED 3K!!!
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfictie" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...