" Eonnie, jom la join kitorang." Pujuk Hani, salah seorang pekerja praktikal yang baru sahaja melaporkan diri di Jeon's Holding pada minggu lepas.
" Tak nak la. Eonnie tak minat." Bella menolak. Ada ke patut Hani ajak dia pergi company trip dekat Jeju hujung minggu ni. Dia bukannya tak suka bercuti tapi kalau kena menghadap muka Wonwoo 3 hari 2 malam, dia lagi sanggup mengurungkan diri dalam rumah.
" Hello, Miss Bella! Awak ingat, setiausaha boss ada pengecualian ke? Awak wajib join kitorang tau." Mingyu menyampuk.
" Kenapa pulak? Staff lain ada je yang tak pergi."
" Staff lain dengan awak tak sama." Mingyu senyum penuh makna lantas melangkah pergi. Eh mamat ni. Aku cepuk kang!
" Eonnie, eonnie nampak rapat dengan bos. Eonnie ada apa-apa ke?" Soal Hani ingin tahu.
" Ish! Apa Hani merepek ni? Eonnie lagi sanggup dating dengan Mingyu." Balas Bella.
" Eh kenapa pula?" Hani bertanya lagi.
" Sebab bos kita tu kaki perempuan. Dah la perempuan keliling pinggang, cerewet pulak tu. Kadang-kadang perangai pun macam budak-budak." Kutuk Bella tanpa menyedari bahawa Hani tiba-tiba sahaja tekun membuat kerja.
" Hani dengar ke tak ni? Sejak bila Hani rajin sangat buat kerja ni?" Bella berkata. Geram pula dengan Hani yang tiba-tiba fokus lain macam.
" Sejak bos dia yang kaki perempuan, cerewet dan perangai macam budak-budak ni ada kat belakang awak." Gulp! Suara itu. Takut-takut Bella menoleh. Seperti disangka kelihatan Wonwoo yang berada belakangnya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.
" B... B.. Bos? Err.. Hai?"
" Masuk bilik saya, Bella." Wonwoo berkata serius lantas mengorak langkah. Mati la kau, Bella! Mati la!
" Hani, kenapa tak cakap yang bos ada kat belakang tadi?" Hani pula dipersalahkan.
" Hani dah cuit eonnie tadi tapi eonnie yang tak perasan." Hani membela diri.
" Mati lah eonnie." Goodbye World.
××××××××
Bella mundar-mandir di hadapan pintu bilik Wonwoo. Nak masuk, tapi takut.
" Masuk, Bella. Nak kena bentang karpet merah dulu ke?" Bella telan air liur apabila pintu dibuka oleh Wonwoo. Sepanjang dia bekerja dengan Wonwoo, tak pernah Wonwoo bercakap sinis seperti tadi.
Bella melangkah masuk sambil menundukkan muka. Ketika mereka berkahwin dahulu, situasi yang paling dia takut ialah ketika Wonwoo sedang marah.
" Kenapa tunduk? Menyampah tengok bos awak yang kaki perempuan, cerewet dan perangai macam budak-budak ni ke?" Bella mencebik mendegar ayat Wonwoo. Tak habis-habis nak ulang ayat yang sama.
" Saya minta maaf." Bella berkata separuh tak ikhlas.
" Ikhlas ke minta maaf tu?"
" Eh mestilah ikhlas." Entah dari mana dia dapat keberanian untuk melawan.
" Apa yang saya dapat kalau saya maafkan awak?" Wonwoo sengaja menguji.
" Err... Bos.. Bos... Bos dapat saya!" Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak ada gear nak reverse dah. Apa benda kau mengarut ni Bella?
" Okay! Saya maafkan awak." Laju sahaja perkataan itu keluar dari mulut Wonwoo.
" Bos, maksud saya tadi bos dapat saya untuk bos suruh buat apa saja, bukan.. maksud lain." Bella cuba menerangkan.
" Ye, saya tahu. Kenapa? Awak nak jadi yang maksud lain tu ke?" Kata-kata Wonwoo itu membuatkan muka Bella merah padam. Tahniah, Min Hyerin! Kau baru saja memalukan diri kau.
" Awak boleh keluar." Bella menurut. Dia terus berlalu keluar. Sebaik melangkah keluar dari bilik Wonwoo, ringan sahaja mulut Bella kembali mengutuk.
" Eii ingat aku takut ke? Kalau berani, kau keluar la! Huh! Dasar bos cerewet, tak guna, perasan hensem, perasan macho...." Ayat Bella tidak dapat dihabiskan apabila kini pintu sekali lagi dibuka oleh Wonwoo. Situasi itu membuatkan Bella mencicit lari ke tempatnya.
" Ceh, tadi cakap besar." Wonwoo ketawa kecil lantas meneruskan kerjanya.
××××××××××××
Sebaik sahaja Bella memarkirkan keretanya di tempat letak kenderaan di rumahnya, dia dapat melihat sebuah kereta yang tidak dikenalinya terparkir di sebelah kereta abangnya, Yoongi.
" Siapa yang datang ni? Satu lagi, nacam magic pulak oppa ada kat rumah hari ini." Gumam Bella. Yoongi memang jarang ada di rumah. Entah apa yang disibukkannya.
" Eomma, Bella dah balik!" Laung Bella sebaik memasuki rumah.
" Bella dah balik sayang? Mari sini, ada orang nak jumpa kamu." Bella hanya menurut. Kakinya melangkah ke ruang tamu. Hampir gugur jantungnya apabila melihat Puan Jeon sedang duduk bersembang bersama ibunya.
" Mummy?" Senyuman terpaksa terukir dibibirnya. Bukan dia tak gembira berjumpa dengan bekas ibu mentuanya namun dia takut yang rahsianya bakal terbongkar.
" Hyerin! Mummy betul-betul rindu kamu!" Puan Jeon bangun lantas memeluk bekas menantunya itu.
" Mummy apa khabar? Semua orang sihat?" Bella berpura-pura menyoal sedangkan dia sudah tahu semuanya dari Jungkook.
" Mummy sihat je. Semua pun sihat. Daddy, Jungkook dan Wonwoo pun sihat."
" Bagus la macam tu. Bella rindu mummy sangat-sangat!" Luah Bella jujur. Dia memang rindukan ibu mentuanya itu. Puan Jeon boleh dikira orang yang sangat rapat dengannya semasa dia masih bergelar isteri Wonwoo dahulu.
" Amboi, lupa dah eomma kat sini." Puan Min berkata.
" Mana ada. Eomma jangan la merajuk." Pujuk Bella manja.
" Hyerin dah makin cantik. Kalau Wonwoo tengok ni, memang confirm dia tak kenal." Sumpah Bella rasa nak gelak guling-guling dari ruang tamu ni ke dapur. Memang dia tak kenal Hyerin pun mummy!
" Yeke? Bella ada belajar pasal fashion sikit masa belajar luar negara dulu." Balas Bella.
" Hyerin kerja mana sekarang ni?" Sudah. Soalan maut dah keluar.
" Err... Bella kerja kat syarikat biasa je. Baru nak cari pengalaman." Mujur sahaja Puan Jeon tidak menyoal lebih lanjut. Mereka meneruskan perbualan dengan pelbagai topik. Gembira betul Bella hari ini apabila dapat berjumpa dengan bekas ibu mentuanya itu.
UPDATTEEE! IM SO SORRY SEBAB LAMBAT UPDATEEEEE T^T ANWWWW SEVENTEEN HAVE RELEASE THEIR NEW MV 'BOOMBOOM'! GIVE ME YOUR FEEDBACK YEEEE^ LETS BOOMBOOM KAN CHAPTER NI DENGAN VOTE DAN COMMENT! SARANGHAE READERS!! ♡
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfiction" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...