Blessing

1.5K 202 67
                                    

Wonwoo membuka matanya perlahan-lahan. Dia memerhati sekelilingnya. Walaupun sudah banyak perubahan namun dia kenal bilik yang didudukinya sekarang. Ini bilik Bella. Haruman bau minyak wangi Bella memenuhi ruang bilik itu. Sekejap, macam mana dia boleh ada disini? Adakah..?

" Kau jangan seronok sangat. Kalau pun ibu bapa aku terima kau, aku belum tentu lagi terima kau." Satu suara yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu memberi amaran keras. Siapa lagi, kalau bukan si Yoongi.

" Saya faham." Wonwoo cuba menyembunyikan senyumannya. Dia gembira! Nampaknya ibu bapa Bella sudah boleh menerimanya. Sekarang ini, dia rasa untuk mengambil hati Yoongi bukanlah perkara yang sukar. Lihat sahaja situasi sekarang ini. Yoongi sedang menatang makanan dan minuman buatnya.

" Makan ni. Jangan salah faham pulak. Aku buat semua ni sebab terpaksa je." Seusai berkata sedemikian, terus sahaja Yoongi angkat kaki untuk berlalu dari situ. Tercalar egonya apabila dipaksa Bella untuk menghantar makanan buat lelaki itu.

" Eh, oppa nak keluar dah?" Kebetulan pula bertembung dengan Bella dan kedua ibu bapanya di muka pintu bilik Bella.

" Nak buat apa duduk sini lama-lama?" Tempelak Yoongi. Bella hanya mencebik bibir. Garang!

" Wonwoo, eomma dan appa minta maaf. Kami cuma takut Wonwoo mainkan Bella sekali lagi. Bella dah cukup terseksa selama ni."

" Wonwoo faham. Wonwoo tahu kenapa eomma dan appa buat macam tu. Wonwoo minta maaf sekali lagi atas apa yang Wonwoo pernah buat selama ni, tapi percayalah, Wonwoo betul-betul cintakan Bella."

" Appa, Wonwoo dah berubah." Tuan Min menarik nafas panjang sebelum mulutnya berkata sesuatu.

" Baiklah Wonwoo, appa benarkan kamu bersama semula dengan Bella. Tapi, tolong jangan sia-siakan Bella sekali lagi. Jaga dia seperti kamu jaga nyawa kamu." Terpancar senyuman manis di bibir Wonwoo apabila mendengar kata putus dari Tuan Min.

" Baik appa! Wonwoo janji, Wonwoo akan jaga dan lindungi Bella sebaik mungkin... walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa Wonwoo."

×××××

" Seriously, I don't trust you Min Hyerin!" Pucat muka Wonwoo yang duduk di tempat penumpang. Bella di tempat pemandu hanya mampu dipandang dengan riak wajah curiga.

" Tolonglah, kemahiran memandu saya dah baik tau." Puji Bella.

" But still, aku tetap tak percayakan kau. Dulu, masa kau memandu kita hampir jatuh gaung kau tau tak? Biar aku je drive."

" Awak ni over lah. Mana ada sampai masuk gaung. Terbabas je pun kereta awak dulu."

" Terbabas je kau cakap? Kau tau tak bawah tu gaung? Kalau menjunam ke bawah, arwah la kau!"

" Ala tu cerita lama lah."

" Cerita lama ke tak, sekarang ni biar aku drive."

" Tak, tak boleh! Awak tak sihat. Jangan risau, saya akan pandu kereta mahal awak ni sebaik mungkin." Tanpa persetujuan dari Wonwoo, enjin kereta terus dihidupkan dan bergerak ke rumah Wonwoo.

-----

" Lepas ni, sumpah aku tak akan benarkan kau memandu sampai bila-bila." Wonwoo berkata. Berada di dalam kereta yang dipandu Bella diibaratakan bagai nyawa di hujung tanduk. Ada juga yang tak sempat kahwin nanti.

" Baiklah, bakal suami saya tersayang." Balas Bella dengan nada menyampah. Baginya, tak ada lah teruk mana pun dia memandu. Tapi, Joshua pun pernah sembunyikan kunci keretanya selama seminggu kerana tidak mahu dia memandu. Ah, peliklah diorang ni! Hanya itu yang muncul di dalam hati Bella.

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now