" Mummy! Daddy! No! Sampai mati Wonwoo takkan kahwin dengan budak hingusan tu!" Wonwoo cuba membantah.
" Then kamu nak merempat?" Bidas Tuan Jeon.
" Apa maksud Daddy?"
" Daddy dah buat keputusan. Kalau kamu tak kahwin dengan Hyerin, kamu takkan dapat ambil posisi Daddy dekat syarikat. Kamu kena ingat Wonwoo, daddy masih ada Jungkook sebagai pewaris Daddy" Tuan Jeon membalas.
" What?! Eii Daddy! Jungkook taknak lah posisi Daddy tu! Tapi.. Jungkook nak Hyerin noona kahwin dengan hyung!" Jungkook yang turut berada tiba-tiba menyampuk.
" Kau ni! Tak membantu langsung!" Bantal kecil yang berada berdekatan Wonwoo diambilnya lantas dilempar ke arah Jungkook. Hubungannya dengan Jungkook memang akrab. Mungkin disebabkan jarak umur mereka yang tidak banyak beza.
" Hyung, Hyerin noona tu baik sangat. Bagi aku lah kan dia tu comel je" Jungkook membalas.
" Daddy sokong!"
" Mummy pun!"
" Eh senang-senang, kahwin kan Jungkook je lah. Dia pun suka budak nerd tu kan?" Ujar Wonwoo pula.
" Eh kamu ni gila ke apa? Adik kamu tu muda lagi. Entah kahwin pun dia tak tahu apa benda" Puan Jeon mencelah.
" Eh mummy! Jungkook tau lah kahwin tu apa. Lepas kahwin nak buat apa pun Jungkook tahu" Selesai berkata di satu lagi bantal singgah di mukanya.
" Bangang!" Wonwoo tergelak mendengar jawapan adiknya. Siapa ajar? Eh semestinya Jeon Wonwoo.
" Ish budak ni! Cili mulut tu kang!" Marah Puan Jeon. Tidak menyangka anak-anaknya semua sudah besar.
" Alaa hyung. Kau kahwin lah dengan dia!" Jungkook berkata lagi.
" Eh kau ni kan!"
" Stop! Even apa pun jadi Wonwoo akan tetap kahwin dengan Hyerin. Titik!" Tuan Jeon terus bangun dari tempat duduknya lantas mengorak langkah. Tidak ketinggalan Puan Jeon yang turut mengekori langkah suaminya.
" Yeahhhh hyung nak kahwin!" Jungkook bersorak keriangan. Gembira sungguh dia apabila Hyerin bakal menjadi kakak iparnya.
" Diam lah kau!"
******
" Jungkook, boleh minta tolong?" Hanya tinggal 30 minit lagi sebelum Wonwoo bakal bergelar suami.
" Apa hyung? HAA! Kau jangan nak buat novel melayu yang cliche kat sini eh! Konon nak suruh aku ganti kau lah!" Marah Jungkook tanpa mengetahui perkara sebenar.
" BUKAN LAH!"
" Oh lepas tu kau nak suruh aku bawak kau lari dari sini? Hyung tu lagi cliche tau tak!"
" Eh setan kau boleh dengar dulu tak aku cakap apa?!" Kini giliran Wonwoo untuk naik angin.
" Lepas tu?"
" Aku nak suruh kau call orang untuk ambil semua barang Hyerin kat rumah dia. Suruh diorang pindah sebelah bilik aku! INGAT! SEBELAH BILIK AKU! BUKAN BILIK AKU!" Wonwoo berkata.
" Lah kenapa sebelah? Sepatutnya pengantin baru kena duduk satu bilik baru lah nanti aku boleh jadi 'Uncle' " Usik Jungkook nakal.
" Uncle nenek kau! Biar lah! Kau jangan bagitau mummy eh pasal aku tak tido sebilik dengan minah tu" Wonwoo cuba mengugut.
" Ye lah. Tapi nanti kalau mummy yang pergi rumah hyung, jangan salahkan aku" Jungkook berkata.
" Pandai lah aku nak selesaikan benda tu. Dah pergi buat kerja kau!" Halau Wonwoo. Walaupun berkahwin atas dasar paksaan namun hatinya tetap berdebar menanti saat-saat untuk bergelar seorang suami.
******
Hyerin tunduk apabila suaminya tidak habis merenungnya atas bawah. Ya suami. Namanya kini sudah bertukar kepada Jeon Hyerin. (P/S ; Authornim akan letak Hyerin if flashback. Tapi kalau bukan flashback I'll call her Bella. Jangan konfius pulak tau! Readers semua tau kan Hyerin and Bella orang yang sama?)
" Asal kau ni buruk sangat?" Hak alah tak sayang nyawa betul cik suami kat depan ni. Nak je Hyerin tanya 'Bila last awak makan penyepak?'.
" Biar buruk asal mulut tak macam longkang!" Bidas Hyerin.
" Eh eh pandai melawan!" Susah untuk Wonwoo percaya gadis nerd di hadapannya ini sedang menyindirnya.
" Dah lah Wonwoo. Saya tau awak benci saya. Tak boleh ke kita berdamai? Kita dah jadi suami isteri" Hyerin cuba menyelesaikan masalah mereka dengan matang namun..
" TAK NAK! Kau dengan hidup kau! Aku dengan hidup aku! Hubungan kita ni belum tentu lagi kekal. Kau faham?"
" Suka hati awak lah!" Sayu hati Hyerin apabila mendengar kata-kata Wonwoo. Tidak sampai 24 jam usia perkahwinan mereka, Wonwoo sudah ada niat untuk bercerai. Mampukah dia untuk hidup dengan lelaki itu?
" Tapi kau dengar sini, kau jangan pernah masuk campur urusan aku! Aku buat apa? Aku keluar dengan siapa? Berapa banyak girlfriend aku? Kau jangan pernah masuk campur!" Belum sempat untuk Hyerin membalas Wonwoo sudah melangakah keluar dari bilik itu. Di mana kebahagiaan yang patut dirasai pengantin baru? Kenapa hanya dia seorang sahaja yang berduka setelah bergelar isteri?
END FLASHBACK.
"HAH! Berangan!" Meja Bella diketuk kuat sehingga menyebabkan lamunannya terhenti. Dia mengangkat kepalanya.
" Mingyu!" Senyumannya terus sahaja lebar melihat gerangan yang berada di hadapannya.
" Eh kita pernah jumpa ke?" Mingyu mengerutkan dahinya. Dia baru sahaja hendak berkenalan dengan gadis itu.
" Huh? Err.." Bella kehilangan kata-kata. Dia kenal sangat dengan Mingyu. Kawan rapat Wonwoo. Dulu semasa dia berkahwin dengan Wonwoo, Mingyu juga merupakan orang yang rapat dengannya elain Jungkook. Walaupun persahabatannya dengan Mingyu tidak disenangi Wonwoo namun dia langsung kisah. Dia tahu Wonwoo cuma cemburu. Bukan cemburu kerana dia. Cemburu kerana risau Mingyu dirampas. Hek eleh. Betul ke mamat ni straight?
" Tu tag nama" Nasib baik Bella terpandang akan tag nama Mingyu. Mingyu pun kerja sini?
" Ohh. Tapi cara awak panggil saya macam kita dah lama kenal" Mingyu berkata.
" Err.. saya ni memang ramah! Kalau boleh dengan semua orang saya taknak cakap formal. Hahaha" Ketawanya di hujung ayat itu memang kedengaran dibuat-buat.
" Bagus lah macam tu. Lepas ni panggil saya Mingyu je. Saya pun tak minat sangat nak berformal bagai ni" Mingyu membalas.
" Saya.. Bella"
" Bella? Macam bukan nama Korea je?"
" Tu nama english saya. Saya lebih selesa guna nama tu" Bella membalas. Tak mungkin untuk dia menyebut nama Koreanya. Cari nahas.
" Awak nampak familiar. Oh ya! Muka awak mirip dengan kawan baik saya" Ujar Mingyu lagi.
" Ka.. kawan awak?" Aku ke yang dia maksudkan tu?
" Yeap. Nak tau satu rahsia? Memandangkan awak ni secretary Wonwoo so saya rasa awak patut tahu benda ni. Kawan baik saya tu bekas isteri Wonwoo" Bella berpura-pura menunjukkan reaksi terperanjat.
" Bos? Wow! Saya betul-betul tak sangka. Err.. Awak ni kerja sini kan? Kenapa awak dengan Bos macam rapat je?"
" Yeap saya memang kerja sini. Oh saya dengan dia dah kawan dari kecik lagi. Kitorang lebih dari rapat. Oh by the way saya masuk jumpa bos awak kejap. Kang bising pulak dia" Mingyu tergelak kecil di penghujung ayatnya.
" Oh okay okay" Dia meneruskan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Sedikit sebanyak dia sudah memahami kerjaya seorang secretary ini. Tanpa dia sedari, dirinya diperhati oleh Mingyu yang sudah menjauh.
" Hyerin.. Hyerin.. kau masih cintakan dia macam dulu kan sampai kau sanggup tukar imej kau? Ini Mingyu lah. Bodoh lah dia kalau tak kenal kawan baik dia" Mingyu ketawa kecil lantas menggeleng kepalanya perlahan.
YUHUUU UPDATE!! So how this chapter? Bored? Im sorryy. Vote and comment for this chap. Saranghae readers ♡
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfiction" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...