Wawa perhati comment turun mendadak. Hmmmmmmmmmmz sedih la macam ni. Tak ada semangat nak sambung next chap. Hopefully comment boleh naik balik. Kerjasama anda amatlah dihargai. MOHON KEJAP LAGI BACA AUTHOR NOTE DEKAT HUJUNG CHAP!!
-
" Bella! Bangun! Kamu tak kerja ke?" Puan Min terjerit-jerit dari luar rumah. Melihat teriakannya tidak disahut, dia bertindak merempuh masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu.
" Bella! Ya tuhan, kamu tahu tak sekarang dah pukul berapa?" Badan anaknya yang masih lena diulit mimpi itu dipukul.
" Ah sakit! Sakit! Eomma!!" Rengek Bella.
" Kamu tak kerja ke Bella?" Soalan Puan Min itu membuatkan Bella mencebik bibirnya.
" Tak! Bella dah kena pecat!"
" Kena pecat?! Eh anak dara seorang ni, apa kamu buat sampai kena pecat?"
" Ish eomma ni. Suka hati je panggil Bella anak dara. Bella dah pernah kahwin la." Sebenarnya dia cuba untuk menukar topik.
" Nama je kahwin, tapi bekas suami kamu bukan pernah sentuh kamu pun." Kini Bella terasa menyesal. Menyesal dia tukar topik.
Ting!
Aku bagi kau 30 minit untuk datang kerja sekarang. Kalau kau lewat walau sesaat pun, aku pecat kau.
-Wonwoo
Mata Bella terbuntang luas. Dia terus bangkit dari pembaringannya. Langkahnya dituju ke bilik air.
" Eh kamu kelam-kabut nak ke mana ni?" Suara Puan Min kedengaran.
" Bella tak jadi berhenti kerja."
××××
Termengah-mengah Bella dibuatnya. Sebaik tiba di mejanya dia menarik nafas panjang. Sudahlah hari ini dia salah pakai kasut. Terpaksalah dia berlari dengan high heels yang dipakainya itu.
" Masuk bilik aku, SEKARANG!" Tiba-tiba suara Wonwoo kedengaran di sebalik intercom yang berada di mejanya. Pantas Bella bergerak ke bilik Wonwoo. Nada suara Wonwoo memang kedengaran seperti itu adalah arahan.
" Awak.. eh tak, bos panggil saya?" Bella tergagap-gagap bertanya. Gentar pula dia mahu menatap mata Wonwoo yang tajam memandangnya.
" Kenapa? Ada pakcik guard ke dekat meja kau?" Soalan sinis itu keluar dari mulut Wonwoo. Bella mengetap bibir. Sepatutnya aku tak payah tanya tadi!
" Duduk, aku ada banyak benda nak tanya kau." Bella hanya mengikut, dia tidak banyak soal. Takut kena perli lagi.
" Kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau tu Hyerin?"
" Saya.. saya takut."
" Apa yang kau takutkan?"
" Tak.. tahu.." Melihat riak wajah Bella berubah, Wonwoo bertindak menukar soalannya.
" Macam mana kau boleh berubah?"
" Berubah?" Bella kembali menyoal. Dia tidak faham dengan soalan Wonwoo itu.
" I mean.. macam mana kau boleh jadi cant------ tak, macam mana kau boleh ubah penampilan kau?" Hampir sahaja perkataan 'cantik' itu keluar dari mulutnya.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfic" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...