" Hello!" Tersentak Bella apabila dia ditegur oleh seseorang ketika dia seorang diri berada di pantri. Kepalanya didongakkan.
" Oh hye Mingyu!" Balas Bella.
" Kenapa termenung je?" Soal Mingyu. Tempat kosong disebelah Bella menjadi pilihannya untuk duduk.
" Saja. Terkenangkan kenangan lalu"
" Kenangan lalu? Teringatkan boyfriend ke?" Usik Mingyu nakal.
" Takde lah. Saya mana ada boyfriend" Bella menafi.
" Takkan orang secantik awak tak ada boyfriend?"
" Cantik?" Bella tersenyum pahit. Perkataan itu betul-betul perit untuk ditelannya. Kerana semua kepahitan hidupnya bermula disebabkan perkataan itu.
" Bella, awak ada masalah ke?" Mingyu menyoal risau. Dari tadi pertanyaannya hanya dijawab sepatah demi sepatah.
" Saya okay. I need to go Mingyu. Bos nak bawa saya jumpa client" Bella berkata lantas dia mula melangkah meninggalkan pantri.
*****
" Bella, awak okay?" Soal Wonwoo semasa mereka berdua berada di dalam kereta.
" Saya okay. Kenapa?" Keningnya bertaut. Kenapa semua orang tanya dia soalan yang sama? Nampak sangat ke muka dia tak okay sekarang ni?
" Awak nampak murung. Kenapa ada apa-apa jadi ke?" Soal Wonwoo.
" Takde lah. Mungkin saya penat" Bella memberi alasan. Penat menangis dengan sikap awak, Wonwoo.
" Awak penat? Nak saya batalkan appoinment?" Wonwoo menyoal. Sumpah muka Bella semasa itu pun nampak pucat. Seperti ada sesuatu yang sedang gadis itu fikirkan.
" Tak! Tak! Saya okay sangat. Jangan batalkan appoinment. Kang apa pula anak Tuan Hong cakap nanti" Bella cepat-cepat membantah. Dia takut Wonwoo betul-betul menunaikan kata-katanya.
" Are you sure?" Soalan Wonwoo itu disambut oleh anggukan kecil Bella.
" Okay. Tapi, kalau awak sakit, cepat-cepat cakap tau. Saya tak suka pekerja saya sakit" Wonwoo memberi alasan.
" Okay" Bella senyum hambar. Rupa-rupanya dia hanya risaukan aku sebagai pekerja dia je. Haishh Bella! Jauh sangat kau fikir!
*****
" Bos mana anak Tuan Hong ni? Dah hebat sangat ke company diorang sampai suka buat client tertunggu-tunggu?" Terherot-herot mulut Bella mengutuk. Dalam hidupnya dia paling benci orang yang tak tepati masa.
" Ada pulak cakap macam tu. Kang kalau dia dengar, macam mana?" Tegur Wonwoo. Bella hanya tunduk. Mulut dia memang suka main lepas je. Entah-entah kalau anak Tuan Hong dengar, dia batalkan terus kerjasama ni. Huish! Seram! Dari tadi aku asyik panggil anak Tuan Hong je, sebenarnya apa nama mamat tu?
" Bos.. apa nama anak Tuan Hong tu?"
" Nama dia.."
" I'm sorry sebab lewat!" Satu suara memotong. Pantas Bella menoleh. Matanya membulat memandang si pemilik suara. Si pemilik suara juga tergamam dua saat melihat Bella sebelum..
" Weh monyet! Dah lah kau balik Korea tak cakap kat aku, tinggalkan note je. Kau pikir drama hindustan ke aku nak kejar kau kat airport?"

YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfic" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...