Hujan lebat yang turun membuatkan Bella gelisah. Hujan tu bukan masalahnya, masalahnya sekarang dia masih di rumah Wonwoo! Kebetulannya, semasa datang ke kerja tadi Yoongi yang menghantarnya. Semasa ke rumah Wonwoo pula, dia hanya menaiki teksi. Tak mungkin dia nak suruh Yoongi ambil dia disini. Itu menempah maut namanya!
" Bella, awak nak balik kan? Jom lah saya hantarkan." Wonwoo bersuara. Nada suaranya kedengaran lemah sekali. Demamnya memang masih belum kebah.
" Eh tak payah! Saya boleh naik teksi je!" Bella menolak tawaran itu. Gila la kalau Wonwoo nak hantar balik! Terbocor rahsia!
" Kawasan rumah saya ni tak ada teksi, Bella." Balas Wonwoo. Sememangnya perumahan mewah itu susah untuk mendapatkan perkhidmatan awam.
" Tapi.. bos masih belum sembuh! Bos rehat je lah. Biar saya fikir sendiri." Bella cuba mengelak.
" Apa kata awak bawa je kereta saya?" Bagi Bella, kata-kata itu lagi lah tak masuk akal. Seribu soalan bakal keluar dari mulut keluargannya apabila kereta mewah Wonwoo dibawa pulang.
" Taknak lah! Saya tak suka bawa kereta mewah ni!" Tiba-tiba sahaja seraut wajah muncul di fikirannya. Yes! My hero! Bella lantas mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor seseorang pantas didailnya.
" Jungkook! " Suara Bella kedengaran lega. Wonwoo hanya tersentak apabila Bella mendail nombor adiknya. Mungkin dia tidak menyangka yang Bella agak rapat dengan Jungkook. Segala perbualan mereka dicuri-curi dengar oleh Wonwoo. Persis Hyerin! Cara gadis ini melayan Jungkook seakan cara Hyerin.
" Bos! Bos! Saya dah boleh balik! " Bella mematikan lamunan Wonwoo. Dia kelihatan gembira sekali dapat keluar dari rumah itu.
" Awak suruh Jungkook datang sini?" Bella hanya mengangguk dengan pertanyaan itu.
" Macam mana awak kenal Jungkook?" Soalan itu membuatkan Bella terpana.
" Err.. Saya selalu datang cafe Jungkook. Sebab itu boleh kenal dia." Entah apa punya alasan yang dia beri. Asalkan terlepas.
" Tak sangka pula awak kenal adik saya."
" Saya pun tak sangka dia adik bos." Balas Bella sekadar berpura-pura. Dia tidak mahu Wonwoo mengesyaki sesuatu.
" Bos, nanti tak ada kan perempuan yang tiba-tiba datang rumah bos then serang saya? " Sindiran khas buat Wonwoo terbit dari mulut Bella.
" Saya dah insaf. Sekarang saya dah single." Muka tak percaya Bella ditayangkan. Cis, berani kerat jari!
" Ye ke? Bos jangan salahkan saya kalau lepas ni orang lain makan nasi, tapi girlfriend bos makan kaki." Bella membalas. Kata-kata itu disambut dengan ketawa besar oleh Wonwoo. Ganas habis gadis ini!
" Saya serius la bos! " Bella berkata geram. Ada ke patut Wonwoo gelak dengan kata-kata dia tadi. Tiba-tiba sahaja Wonwoo bangun dari pembaringannya lantas mendekati Bella. Gadis itu mula terkejut.
" Saya janji. Tak akan ada lagi sesiapa yang akan sakiti awak. Saya akan lindungi awak." Wonwoo memandang tepat ke arah mata Bella. Suasana menjadi sunyi seketika disebabkan kata-kata Wonwoo tadi. Bella turut terkedu. Wajah mereka begitu hampir dan sehinggakan Bella dapat merasai deruan nafas Wonwoo. Dunianya bagai terhenti apabila Wonwoo bertindak berani menciumnya. Kali ketiga. Ini ciuman ketiga mereka! Ciuman ini benar-benar berlainan daripada ciuman Wonwoo yang sebelumnya. Perlahan-lahan Bella membalas ciuman itu.
Ting Tong!
Mereka berdua tersentak apabila loceng rumah dibunyikan. Bella bagaikan kembali ke alam nyata. Pantas dia menolak Wonwoo. Mukanya terasa berbahang. Kakinya terus sahaja melangkah ke pintu utama. Dia meninggalkan Wonwoo yang masih menyumpah penganggu suasana tadi.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfic" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...