" Ada sesiapa yang belum datang ke?" Soal Bella kepada semua staff Jeon's Holding yang bakal berangkat Jeju sebentar lagi. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga ikut. Sudah la semua perancangan dia yang buat.
" Semua dah sampai Miss Bella." Salah seorang staff menjawab. Bella hanya mengangguk. Langkahnya kini diatur ke arah Wonwoo dan Mingyu yang sedang asyik bersembang.
" Bos, semua orang dah sampai. Kita dah boleh bertolak." Bella berkata kepada Wonwoo.
" Okay jom." Wonwoo mengorak langkah bersama Mingyu meninggalkan Bella. Huh! Dia tinggal aku macam tu je? Bella berkata sebal.
×××××
Sebaik memasuki pesawat, kepala Bella tercari-cari kedudukan Hani. Dia sudah berjanji untuk duduk dengan Hani semasa dalam pesawat. Setelah melihat Hani melambai-lambaikan tangannya, dia terus sahaja memulakan langkahnya ke arah Hani.
" Ahhh!" Bella terjerit kecil apabila seseorang menarik dirinya sehingga menyebabkan dia terduduk di atas riba seseorang itu.
" B.. Bos..!" Setelah menyedari bahawa riba Wonwoo yang dia sedang duduk, Bella pantas bangun. Mukanya merah padam. Dia yakin ada staff syarikat yang menyaksikan adegan itu.
" Ehem! Saya.. cuma nak suruh awak duduk sebelah saya je." Wonwoo berdehem dan cuba menjelaskan perkara sebenar.
" Tapi, saya dah janji nak duduk dengan Hani." Bella cuba menolak dengan cara baik.
" Awak lupa ke yang awak dah janji nak buat apa saja untuk saya?" Wonwoo membalas.
" Tapi.."
" No excuses Miss Bella!"
" Ye lah. Bagi la saya cakap dekat Hani dulu."
" Tak payah. Mingyu dah duduk dengan dia so Mingyu dah ceritakan semuanya." Wonwoo bersuara. Kini Bella tidak lagi membantah. Tempat di sebelah Wonwoo itu diambilnya.
" Awak dah uruskan semua urusan penginapan?" Soal Wonwoo cuba mencari topik untuk dibualkan.
" Don't worry bos, saya dah uruskan semuanya. Bos rileks-rileks sudah." Balas Bella selamba. Sebagai setiausaha kepada bos besar memang segala urusan pelancongan dia yang buat. Penat jugalah menguruskan semua namun terbit juga rasa gembira. Sekurang-kurangnya nanti kalau dia nak kemana-mana dia sudah tahu untuk menguruskan sendiri.
" Hm okay." Setakat itu sahaja topik itu mampu berlanjutan. Haish Wonwoo, cari topik, cari topik!
" Err awak.." Baru sahaja Wonwoo ingin memulakan topik, bahunya terasa berat sebelah. Dia segera menoleh. Kelihatan Bella sedang elok tertidur dibahunya. Wonwoo tersenyum sendiri. Comelnya awak, Bella.
×××××××
" Kita dah sampai!" Bella terjerit kecil. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke Jeju.
" Eonnie, kita dah sampai!" Hani memeluk Bella sambil kedua-duanya melompat suka.
" Dah-dah orang nak bertolak ke tempat penginapan ni." Wonwoo mematikan keriangan mereka. Bella mencebik geram. Orang gembira pun salah. Tendang masuk laut kang. Eh berani pulak kau, Bella.
" Ye lah." Bella akur. Tak mahu melawan. Takut nanti dia yang kena tendang masuk laut. Tadi berani la cakap besar.
×××××
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfiction" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...