Nightmare

2.8K 318 39
                                    

" Je.. Jeon Wonwoo.."

" Oh! Do we ever meet?" Soalan itu membuatkan kening Bella bertaut. Dia tengah pura-pura atau dia betul-betul lupa? Wonwoo yang sedang tersenyum manis itu dipandangnya sekali lagi.

" Miss? Hello?" Wonwoo menguatkan suaranya apabila melihat Bella hanya membeku.

" Oh! Tak! Kita tak pernah jumpa pun!" Pantas Bella menafi. Dari riak muka Wonwoo dia sudah dapat agak yang Wonwoo memang tidak ingat akan dirinya. Buktinya, sepanjang setahun perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun Wonwoo menunjukkan reaksi sebegitu. Riak wajah itu hanya akan dipamerkan apabila dia tengah 'mengayat' sahaja. Oh jadi dia tengah 'mengayat' aku lah ni?

" Oh okay. Back to our discussion, Miss Bella you are interested in working as an architect?" Wonwoo mula menyoal. Gadis dihadapannya sedikit menarik perhatian. Cantik.. dan sexy. Kena dengan taste dia. Dia pasti takkan lepaskan gadis ini. Tapi.. muka dia macam familiar lah.

" Oh sini interview arkitek ke? Saya rasa saya salah la. Saya datang nak interview untuk jawatan secretary je. Nampaknya bukan takdir saya" Tiba-tiba sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Bella. Seboleh mungkin dia cuba untuk mengelak dari bekerja bersama Wonwoo.

" Secretary? Macam mana Cik Bella tahu yang saya tengah cari secretary baru sekarang ni? Kebetulan cik sorang je yang datang untuk interview as a secretary, so saya rasa awak diterima! Welcome to Jeon's Holdings" Kata-kata itu membuatkan Bella terlopong. Sudah! Mimpi ngeri aku dah bermula. Satu perkataan untuk mengambarkan perasaaanya. MENYESAL.

*****

Bella mengemaskan barang-barang yang berada di mejanya. Setelah diterima kerja, dia terus ditunjukkan mejanya.

" Unnie, Bella nak tanya sikit boleh?"

" Eh apa pula minta izin. Nak tanya tu tanya je lah" Gaeun membalas. Dia merupakan setiausaha kepada Wonwoo namun disebabkan suaminya bakal berpindah ke Busan, jadi dia juga terpaksa mengikuti suaminya itu. Lega juga hatinya apabila dikhabarkan bahawa Wonwoo telah menemui pengganti.

" Won.. I mean.. Bos tu, err.. apa status dia?" Ya. Bella betul-betul ingin tahu status Wonwoo di mata orang lain. Adakah Wonwoo rahsiakan tentang status dia dari pengetahuan orang lain?

" Dia.. duda.." Bella terpempan mendengar jawapan itu.

" Hah? Duda?"

" Pelik kan? Orang handsome Wonwoo ada orang bodoh lepaskan?" Gaeun mengutuk. Bodoh? Aku bodoh sebab lepaskan dia? Eh! Dia yang lepaskan aku okay! Mahu sahaja Bella meluahkan semua itu namun cuba ditahannya.

" Em maybe diorang takde jodoh" Senyuman plastik terukir dibibirnya. Gaeun hanya mengangguk setuju dengan pendapat Bella itu.


*****


" Bella, masuk bilik saya!" Arah Wonwoo sewaktu melintas di hadapan bilik Bella. Hari ini hari pertamanya bekerja. Oleh itu, Bella hanya menurut. Ikutkan hatinya memang nak je dia tulis surat letak jawatan sekarang. Dengan terpaksa dia gagahi juga untuk melangkah masuk ke dalam bilik Wonwoo.

" Duduk lah" Wonwoo berkata sambil tersenyum manis. O..kay..? kenapa dia pandang aku macam tu? Seram. Ya itu lah yang dirasakan Bella.

" Err.. ada apa eh bos panggil saya?" Bella menyoal setelah suasana sepi selama 10 minit.

" Nothing!" Balas Wonwoo selamba. Bella menahan geram. Kalau dah takda apa-apa kenapa kau panggil aku setan?!

" Kalau macam tu saya keluar dulu lah" Baru sahaja Bella ingin bangun, dia telah dihalang oleh Wonwoo.

" Saya bos ke awak bos? Ada saya suruh awak keluar?" Wonwoo menayangkan muka serius. Haaa! Ni baru Wonwoo yang aku kenal. Serius! Hati batu! Sinis! Ego setinggi KLCC!

" Errr.. tapi saya nak buat apa dalam bilik ni?"

" Teman saya" Riak serius tadi bertukar ke riak menggatal. Senyuman manis terukir di bibir sambil matanya memandang tepat ke arah Bella.

" Kita pernah jumpa ke Bella?" Wonwoo menyoal. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan yang dia pernah jumpa Bella suatu ketika dahulu.

" Tak! Tak! Kita tak pernah jumpa! Saya ni baru balik dari luar negara" Bella cepat-cepat menafi.

" Luar negara? Awak belajar sana?"

" Ye lah bos. Takkan saya kahwin dengan orang luar negara pulak HAHAHA" Bella ketawa hambar.

" Ni saya pelik. Awak belajar luar negara dalam bidang arkitek tapi end up be a secretary? Are you kidding me Bella?" Wonwoo menyoal dengan rasa hairan. Memang pelik!

" Hah?" Lidah Bella menjadi kelu. Mahu sahaja dia menghentuk kepalanya di dinding. Macam mana boleh terlepas cakap ni?

" Errr.. sebenarnya.. err.. Haa! Saya ni tak minat arkitek. Parents says yang paksa. Bila saya dah balik Korea, saya dah bincang dengan diorang. So diorang terima keputusan saya" Bella menipu. Sudah lah tarik nama parents dia. Huhu maaf appa, eomma.

" Ohh okay" Bella menarik nafas lega apabila Wonwoo sudah tidak menyoal tentang perkara itu.

" Awak dah ada boyfriend?" Soalan Wonwoo itu hampir membuatkan Bella tercekik. Pada mulanya dia mahu mengangguk namun apabila mengingatkan dendam yang mahu dia balas itu jadi dia rasa tak salah kan nak menggeleng?

" Great! I mean.. err.. great awak takde boyfriend nanti takde lah hilang fokus awak nak bekerja" Wonwoo bijak memusing ayat. Padahal hatinya bersorak keriangan. Entah kenapa semangatnya untuk memiliki gadis ini semakin berkobar-kobar.

" Emm.. Bos.." Baru sahaja dia ingin meminta kebenaran untuk keluar dari bilik itu, terdengar satu suara menggegar Jeon's Holdings.

" WONWOO! KENAPA AWAK TAK ANGKAT CALL SAYA? AWAK TAK BOLEH PUTUSKAN HUBUNGAN KITA! SAYA BETUL-BETUL SAYANGKAN AWAK! SAYA SANGGUP BUAT APA JE DEMI AWAK. PLEASE WONWOO!" Seorang gadis bermake-up tebal dan bergincu merah muncul secara tiba-tiba.

" Siapa perempuan ni?" Suaranya kembali kendur apabila melihat seorang gadis duduk berhadapan dengan Wonwoo.

" Saya.."

" My future wife!"






UPDATEEE YEAAYY! AUTHOR DAH HABIS EXAMM! YEAYYYYY. INSYALLAH NANTI AUTHOR SAMBUNG FANFIC GYU, HANBIN DGN COUPS. PLS WAIT! AND TRULY SORRY THIS BORED CHAPTER! 😭 VOTE AND COMMENT! SARANGHAE READERS! ♡♡

We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)Where stories live. Discover now