If you guys can make comment reached 1K for this FANFIC not this CHAPTER okay, xD i know yang tu memang tak mampu hajajjahaha, wawa akan belanja korang gambar wawa dengan coups. haa kalau nak tengok, bagi cukup 1K dulu.
DONT FORGET TO READ MY HOSHI AND SEUNGKWAN'S FANFIC!!!
-
" What?! Adik nak bawa teman lelaki adik?!" Nasib baik tak terbalik meja makan apabila Yoongi bersuara.
" Yang kamu terkejut sangat kenapa?" Soal Tuan Min pelik. Bella turun menunjukkan reaksi yang sama. Entah apa-apa la abangnya yang seorang ni.
" Eomma dengan appa tak terkejut ke?" Yoongi kembali menyoal.
" Buat apa nak terkejut? Dia dah lama sendiri, biarlah dia nak cari teman hidup. Yang kamu tu, sampai bila nak hidup membujang? Takkan tak ada calon lagi, Yoongi? Kalau tak ada, eomma boleh tolong carikan. Atau, kamu ni tak suka perempuan?"
" Eomma! Yoongi straight okay!" Huh! Benci! Kenapa tiba-tiba topik ini beralih kepadanya? Dia menoleh ke arah Bella yang dari tadi sudah menghamburkan ketawanya.
" Diamlah!" Bahu Bella dipukul.
" Sakitlah!"
" Dah-dah jangan gaduh depan makanan." Tegur Puan Min.
" Teman lelaki kamu nak datang pukul berapa, Bella?"
" Dalam pukul 5 petang ni." Bella menjawab.
" Dia kerja apa?" Giliran Yoongi menyoal.
" Dia.. bos Bella." Bella sengih.
" Bos adik yang kacak maut tu ke?!" Yoongi membulatkan matanya. Alamak, macam mana aku boleh lupa yang abang aku pernah jumpa 'bos palsu'.
" Err.. Oppa tengok lah sendiri." Bella membalas. Malas untuk menerangkan. Pandai-pandailah Yoongi tengok sekejap lagi.
" Oppa tak kisah siapa pun dia tapi jangan perangai macam bekas suami adik dulu tu sudah." Peluh dingin membasahi dahi Bella apabila amaran keras itu keluar dari mulut Yoongi. Alamak, patut ke dia tempah penggali kubur sebagai persediaan?
×××
Bella mundar-mandir di ruang tamu. Jam di dinding dikerlingnya. Bila-bila masa je Wonwoo boleh sampai. Hatinya mula resah. Bagaimanakah penerimaam ibu bapanya nanti? Adakah mereka akan terima Wonwoo semula atau sebaliknya akan berlaku?
Ting Tong!
Dia dah sampai! Bella semakin gemuruh. Kalau boleh pengsan, mungkin dia sudah pengsan sekarang ni.
" Ha, apa yang tercegat lagi? Teman lelaki kamu dah datang kan? Jemput dia masuk." Tuan Min berkata. Kesemua keluarga Bella sudah menunggu di ruang tamu termasuklah Yoongi sendiri. Dia sanggup membatalkan segala rancangannya demi untuk berjumpa dengan lelaki yang berjaya menawan hati adik perempuannya itu.
" Hye." Sebaik pintu dibuka, wajah Wonwoo terpampang di depan mata.
" Jem.. Jemputlah masuk." Akibat terlalu gementar, Bella mula tergagap-gagap.
" Kenapa muka kau pucat sangat ni? Sakit ke?" Soal Wonwoo risau. Wanita di hadapannya seperti sakit dan resah.
" Tak. Saya cuma takut family saya tak boleh terima awak." Bella membalas.
" Don't worry. Aku akan pastikan diorang terima aku."
" Awak takkan gunakan kekerasan kan?" Takut pula Bella apabila mendengar balasan Wonwoo tadi.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Fanfiction" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...