" Bos, Bella eonnie dah hilang! Saya balik bilik, pintu dah terbuka. Sa.. Saya.. Tengok ada bungkusan patung dengan darah! Bos.. Macam mana kalau ada orang apa-apakan eonnie?" Hani meluru ke arah Wonwoo apabila dia melihat bosnya itu sedang berjalan ke arahnya.
" Tenang Hani. Bella ada dalam bilik saya. Saya terserempak dengan dia semasa dia lari keluar bilik tadi." Hani menarik nafas lega mendengar jawapan Wonwoo.
" Maknanya, Bella eonnie selamat la? Fuh.. Lega saya dengar."
" Awak pergi la teman Bella. Dia tengah tidur sekarang ni. Awak bawa semua pakaian awak dan dia ke bilik saya." Wonwoo mula memberi arahan.
" Tapi.. Bos nak duduk mana nanti?"
" Tak payah risau pasal saya. Saya boleh tidur dengan Mingyu." Hani mengangguk faham. Tanpa menunggu lama, dia mencapai bagasinya serta barang-barang Bella lantas dibawa ke bilik Wonwoo.
" Hani, tolong tengokkan Bella. Kalau ada apa-apa, panggil je saya." Kata-kata Wonwoo itu jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar risau dengan keadaan Bella.
" Baik bos."
××××××
Matanya dibuka perlahan. Dia memerhati persekitarannya. Dia cuba mencerna apa yang berlaku. Patung! Bella mula mengingati semuanya. Sedikit sebanyak, rasa takut itu mula hilang.
" Eonnie, eonnie dah bangun?" Tersentak Bella apabila melihat Hani keluar dari bilik air.
" Hani, apa Hani buat kat sini?"
" Bos suruh Hani pindah ke bilik ni. Dia suruh Hani tengok-tengokkan eonnie."
" Habis dia nak tidur mana nanti?"
" Bos cakap, dia boleh tidur dengan Encik Kim." Bella hanya mengangguk faham.
" Sekarang dah pukul berapa?" Soal Bella lagi.
" 1.05 pagi." Balas Hani.
" Eonnie laparlah Hani." Bella berkata sambil memegang perutnya. Dia langsung tidak menjamah sebarang makanan sejak pagi tadi lagi.
" Eonnie lapar? Ha kejap, Hani pergi kedai serbaneka."
" Eonnie ikut Hani eh?" Bella berkata. Tak mungkin dia akan membiarkan Hani pergi seorang diri sedangkan jam sudah menginjak jam 1 pagi. Bahaya!
" Eh tak payahlah!"
" No! Bahayalah Hani pergi sorang."
" Em.. Betul ni nak ikut?"
" Tunggu kejap, eonnie tukar baju." Hani pantas mengangguk. Dia tahu Bella memang degil.
×××××××
" Eonnie, Hani tertinggal dompet lah."
" Pergi lah ambil. Eonnie tunggu sini."
" Eh takpe ke?"
" Takpe. Hani cepat sikit ye?"
" Okay." Hani pantas masuk ke bangunan di hadapannya semula. Sambil menunggu Hani, Bella memulakan langkahnya perlahan. Dia hanya berjalan perlahan-lahan kerana tidak mahu meninggalkan Hani.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Фанфик" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...