" Patutlah Bella tak pernah ponteng kerja ye?" Yoongi memerli. Bella hanya tersenyum tawar. Terbayang juga lah kalau Yoongi tahu tentang lakonannya itu, mesti abangnya akan kecewa.
" Umur kau berapa?" Soal Yoongi tanpa ragu-ragu. Kini dia mula memandang Taeyong atas bawah. Aduhai, dia yang lelaki pun boleh kagum dengan kekacakan Taeyong, apatah perempuan.
" Err..." Taeyong ragu-ragu jika dia memang patut memberitahu umur sebenarnya.
" 24 years old!" Bella menyampuk walhal dirinya sendiri juga tidak mengetahui umur sebenar Taeyong.
" Dalam umur macam tu kau dah jadi CEO?" Soalan Yoongi hanya dijawab dengan anggukan oleh Taeyong. Entah kenapa lelaki itu kelihatan sangat kekok dalam situasi seperti itu. Bella hanya memerhati mencuit Taeyong untuk mengawal riak wajahnya. Dia tidak mahu rancangan ini gagal.
" O.. kay?" Balas Yoongi yang pelik dengan sikap Taeyong dan Bella yang seakan menyembunyikan sesuatu.
××××
" Terima kasih sebab sudi tolong saya." Bella berkata setelah abangnya sudah beredar dari situ.
" No problem." Balas Taeyong pendek.
" Awak tak nak tanya saya apa-apa?" Soal Bella pelik melihat Taeyong yang tenang dan langsung tidak menanyakan apa-apa soalan.
" For what? Itu privacy awak. Saya tak ada hak nak masuk campur." I know everything about you and your ex-husband, Min Hyerin. Bisik hati Taeyong.
" Awak sangat memahami." Bella lega mendengar jawapan Taeyong. Sudahnya dia tidak perlu mengarang ayat untuk menutup rahsianya ini.
" Saya anggap itu pujian." Taeyong berkata.
" Eh saya memang puji awak pun."
" Yeke? Saya tak rasa pun keikhlasan dalam pujian tu."
" Eiii awak ni jahat la!" Bahu Taeyong ditampar lembut sebelum mereka berdua ketawa riang.
" Saya rasa, saya patut balik sekarang." Bella berkata.
" Awak nak saya hantar awak balik?" Soal Taeyong prihatin.
" Eh tak perlu. Awak jangan risau. Saya boleh jaga diri sendiri." Bella membalas lantas mula mengorak langkah untuk pergi.
" Awak yang perlu risaukan diri awak, Bella." Bisik Taeyong perlahan setelah melihat kelibat Bella semakin menjauh.
++++
" Hyung, apa yang kau cuba buat ni?" Soal Jaehyun.
" Apa? Aku cuma buat apa yang betul je." Balas Taeyong yakin.
" Are you sure? Kau bukan nak membunuh kan?" Giliran Doyoung menyoal.
" Kau gila? Buat apa aku nak bunuh diorang? Aku bukan ada masalah dengan diorang pun." Taeyong ketawa kecil.
" But she's your sister. Diorang penyebab segalanya." Doyoung membidas. Dia juga tidak tahu bagaimana Taeyong boleh jadi setabah itu. Kalaulah dia yang berada di tempat Taeyong, sudah pasti mereka dua akan dapat balasan yang setimpal.
YOU ARE READING
We Meet Again ( SEVENTEEN's Wonwoo)
Hayran Kurgu" KITA BERCERAI!" " Wait.. WHAT?!" Min Hyerin atau nama atau lebih dikenali dengan nama barunya iaitu Bella. Berkahwin pada usia yang muda dan bercerai setahun selepas itu kerana penampilannya yang kurang menarik. . . . 3 tahun Kemudian.. " Hello M...